Ya, Betul Saya Sedang Bersedih – Fasha Sandha

Hiburan

Ya, Betul Saya Sedang Bersedih – Fasha Sandha

Status rumah tangga Fasha Sandha dan suami Jejai mencetuskan pelbagai persoalan dan spekulasi sejak bulan lepas.

Advertisement

Namun begitu, Fasha sebelum ini enggan mengeluarkan sebarang kenyataan meskipun bertemu empat mata dengan pihak media dalam beberapa majlis.

Walaubagaimanapun, saat Fasha memuat naik satu video menerusi akaun Instagramnya semalam, ia seakan memberi lagi “hint” bahawa wanita itu sedang mempunyai masalah besar lebih-lebih lagi selepas beliau akui sedang bersedih.

Jangan salah anggap bahawa saya kurus kerana bersedih. Saya kurus kerana tak makan malam.

Ya betul, memang saya sedang bersedih. Tetapi saya seorang wanita yang tabah dan kuat. Saya tidak akan tunjukkan kesedihan saya.

Sebagai wanita jangan jadikan alasan bersedih untuk menjadi ‘serabai’ dan tidak terurus. Kehidupan perlu diteruskan. Sebagai wanita kita harus berdikari setiap waktu.

Kami pun tidak mahu komen lebih tentang isu ini, cuma apa sahaja masalah rumah tangga yang Fasha sedang lalui sekarang kami mendoakan agar ia dapat diselesaikan dengan baik.

Cuba kenangkan kembali saat manis anda berdua dahulu dan jangan mudah mengalah apabila sesuatu ujian itu datang. Banyakkan bersabar dan berdoa kepadaNya.

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...