Wishlist Abang Nara Untuk Tahun 2012

Hiburan

Wishlist Abang Nara Untuk Tahun 2012

Dalam masa sebulan, tahun 2011 akan berlalu meninggalkan kita. 2012 akan menjelma dan dah ramai yang mula memasang angan-angan dan membuat senarai wishlist sempena tahun baru. Abang Nara pun ada wishlist jugak. Harap-harap wife Abang Nara baca wishlist ini dan hadiahkan salah satu daripadanya untuk Abang Nara.

1. Beli rumah sendiri
Bukan senang nak beli rumah di Kuala  Lumpur nie. Dahlah harga mahal, kalau yang harga murah lokasinya pulak tak cun. Tahun 2011 Abang Nara sekadar tengok-tengok brochure sahaja tapi tahun 2012 nie kalau diizinkanNya memang nak angkut sebijik rumah.

Advertisement

2. Beli kereta baru
Insya-Allah tahun depan ahli keluarga Abang Nara akan bertambah dengan kehadiran cahaya mata. Sekarang ini Abang Nara sedang memandu Myvi. Harap-harap dimurahkan rezeki dan dapat beli kereta besar sikit. Senang nak letak car seat untuk anak tercinta.

3. Beli Samsung Galaxy S II
Inilah sebenarnya wishlist kegemaran Abang Nara. Untuk anda yang tak tahu, Samsung Galaxy S II ialah smartphone terbaik untuk tahun 2011. Sebenarnya hari tue Abang Nara dah nak angkut dah, tapi disebabkan habis duit berpindah ke rumah sewa, hajat tersebut terpaksa ditangguhkan sementara waktu.

samsung galaxy s II

Namun lepas tengok beberapa video daripada laman web Samsung Galaxy S II, nafsu membeli semakin membara dibuatnya. Memang confirm akan Abang Nara rembat Samsung Galaxy S II ini tahun 2012 nanti.

Menarik kan? Rasanya dengan 4.27 inci skrin Super Amoled Plus, 1.2GHz dual core processor dan seberat hanya 116g, Samsung Galaxy S II pastinya tidak akan mengecewakan apabila ianya menjadi milik Abang Nara tahun depan. Tengok kualiti video yang dirakam guna S II pun dah buat Abang Nara rasa tak keruan.

Kalau anda pun ingin menjadikan Samsung Galaxy S II sebagai wishlist tahun 2012 anda, sila terujakan diri anda dengan melawat laman web Samsung Galaxy S II.

P.S: Harga Samsung Galaxy S II kini ialah RM1,899.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...