Written by AbangNara | May 10th, 2016

Menarik sungguh kata-kata Nur Fathia selepas kemenangannya di dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular di ABPBH29. Telah pun mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya baru-baru ini, Fathia menganggap kemenangannya adalah rezeki kurniaan Allah. Betul lah kata orang, apabila kita mengikut syariat yang ditetapkan olehNya, pelbagai rezeki dalam bentuk lain akan muncul.

fathia

Kata Nur Fathia:-

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur atas rezeki yang diberikan. Sejujurnya, saya langsung tidak menjangkakan kemenangan ini. Saya mengakui yang saya mempunyai lebih banyak produk di kaca televisyen berbanding filem.

Jika menang pun, saya rasa mungkin dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular, tetapi mungkin ini sudah rezeki saya. Saya menghadirkan diri di malam kemuncak ABPBH 29 ini pun kerana mahu menunjukkan sokongan terhadap acara ini dan tidak sangka pula saya yang bertuah malam ini.

Saya rasa bukan kerana hijab. Anugerah yang diterima adalah rezeki kurniaan Allah. Bagi saya, when you chase Allah, the world will chase you. Berada dalam bidang lakonan, saya tidak pernah mengharapkan apa-apa anugerah dan ikhlas dalam menjayakan setiap watak yang saya jayakan

fathia

Terbaik bukan kata-kata Fathia? Bukan senang untuk mengambil keputusan bertudung lebih-lebih jika terlibat dalam industri lakonan. Abang Nara memang respek dengan Fathia dan artis-artis muda lain yang mengambil keputusan sebegini. Sesungguhnya bertudung tidak akan menutup rezeki anda. Mungkin tawaran berlakon akan berkurangan, namun pintu rezeki di dalam bidang lain akan muncul. Tak gitu? Apa kata anda? Sumber Astro Gempak.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

47 responses to When You Chase Allah, The World Will Chase You – Nur Fathia

  1. acah acah alim says:

    btudung x smpi stahun pon lg tolong la jgn nk kluarkan ayat2 konon da btaubat 40 tahun…kalau btl2 u chase Allah u x kn tlibat lagi dh dgn acara2 melalaikan camni..

    jgn kecam ok.!.hehe

    0

    1
    • miss kepah says:

      bukankah bertudung itu mmg kewajiban, kenapa bila seseorg itu tiba2 bertudung (esp artis) trus jd big deal?normal je kot bila betudung sbb itu mmg asas seorang wanita muslim, nothing new or extraordinary about it(bertudung)..bukan tak suka dia bertudung cuma benda tu tak perlu nk disanjung dipuji melambung sgt..bersyukur dlm ati dah cukup dah sbb dia dh tergerak ati nk kembali ke landasan yg lurus ckit demi ckit….bab dia masih berlakon tu, pandai2 la dia jaga diri dan pergaulan dia, asalkan ibadah tak ditangguh, ok la kot,,,dia dah besar pandaila dia berfikir..

      0

      0
    • azwan celup says:

      at least dia dh bertaubat sblm umur 40 tahun, yg ko umur dah 100 TAHUN pown xbertaubat, syak wasangka je hidup ko, mereput la ko dgn hati yg bosuk & keji itu…

      0

      0
    • minah jambu harapan nenek says:

      dh bertudung tu bertudung aje jangan cakap banyak n jangan nk eksen bagos sangat cakap macm kutbah jumaat pulak..dh ambek award tu jalan suda ..semua orang satu donia tau Allah itu maha besar n maha mengetahui segala Nye..

      0

      0
      • Anonymous says:

        kan? dibuatnya diuji tetiba bukak balik tudung, hah apa dia nk cakap?
        ayat mmg bagus tapi takut xtahan dgn ujian masa depan je….

        0

        0
  2. patiah says:

    bosan lah…diam2 je la dik…ko buat ibadah ke sedekah amal jariah dok diam2 sudehhh…jgn jd macam lopa…dulu lopa pun sama…mula2 je keinsofan pompuan melayu terakhir gayanya….last2 pakai suar sendat ketat blaus singkat abis nmpk sume lurah bentuk…naik malu lak aku tgk dia kat Meletop tu..nak2 bila baru ni depa jemput Hans..aduhhh lain nau meriah aka gediks si lopa ni

    0

    0
  3. chetaktaulah says:

    And pls dot use this term..
    ” Jgn mudah menghukum org”
    Untuk….
    Elak dari di Tegur….

    0

    0
  4. retis jual tudung says:

    jgn pulak besok2 p jual tudung jgk..cukup2 la retis juai tudung ni.. eh ke dah juai?

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Asal artis pakai tudung je memacam Falsafah yg dikluarkan.
    Hahahaha
    Da la ko tu baru pakai sebulan dua.
    Ni mak , moyang semua da berturun temurun pakai bukan sebab glamour tapi sebab disuruh tutup aurat,,
    Chill la sikit , tk yah nk RIAK

    0

    0
  6. Stapler Biru says:

    kat malaysia ni…bila start pakai tudung..tak kira la artis or bukan artis…mula2 pkai mmg ikot syariat…lagi 2,3 bulan..tudung dah senteng nmpak dada..lengan baju senteng tak tutup smpai ujung lengan…pakai jeans ikot kaki…mula2 je la baju lengan panjang..pkai kain…tudung tutup bwah dada…hummmm…bertudung tu dah satu langkah..alhamdulillah..solat pun kna tunaikan yer…sekadar kata2…semoga semua istiqamah..aminnn..

    0

    0
  7. Katy says:

    Muka fathia ni ada iras iras muka bini abg Nara !!
    Untongla ko Nara , dapat Klone.

    0

    0
    • anon says:

      hahaha….komen yg paling kelakar. Mcm langit dgn bumi….yg sorang cantek puteh melepak, yg sorang lagi dot dot dot…

      0

      0
      • Katy says:

        Ko jeles ke ???
        Langit gan bumi , tak baik ckp cam tu .

        0

        0
      • Sedihhh!! says:

        Kot ye tak setuju pun jgn sampai menghina. Nauzubillahiminzalik.. Kita semua cantik dimata Allah.. Dh2 la tu like komen sendiri..

        0

        0
    • Anonymous says:

      Kahkahkah. Bini abg nara muka macam Fathia???? OMG. Kau cataract ke hapa?

      0

      0
    • Lotter says:

      aku pun rasa mcm tu…ada iras2…tu yg setahun sorang keluar tu…berselera je tgk…ihiks

      0

      0
  8. aku says:

    Alhamdulillah.moga fathia bertambah imannya n jd contoh pd yg lain.pd yg kutuk,biarkn ajelah.buat jahat org kutuk,baik pun org tak sng hati gak..begitulah lumrah dunia ni sampai kiamat nti..

    0

    0
  9. think says:

    Hati2 bila menegur bimbang kata-kata yg dilontarkan tak menggambarkan kita sebagai org Islam.

    0

    0
  10. semalu says:

    Just saying…..bila bertudung nampak kurang lawa, agaknya dia ni sesuai dgn rambut karat sb puteh, so naik seri… Neway, congrats lah sb bertudung…

    0

    0
  11. anon says:

    Hmm….pandai pulak berfalsampah…

    0

    0
  12. m says:

    i love you Fathia!! sekurang-kurangnya dia dapat hidayah nak tutup aurat. amboih..mengutuk orang kemain lagi ye korang

    0

    0
  13. satanita says:

    attention seeker cam nyah pudin tu jugak ..tobat konon …pungkok lu la

    0

    0
  14. DONUTGULA says:

    SORRY TO SAY LA FATHIA.
    AKU SUKA TENGOK KO BERUBAH BERTUDUNG, MANIS JE. TAPI KADANG2 KATA2 KAU TU MCM TERLEBIH SOLEHAH SEOLAH2 NAK TUNJUK KO MUALLIMAH SANGAT. BILA TGK IG KO, PAKAI SELUAR SKINNY JUGAK. RASANYA TAK PERLU NAK SEBUT KATA2 YANG TAK SEJAJAR DENGAN CARA PEMAKAIAN. HARITU KAT MELETOP, LOFA NABIL SURUH REVIEW PASAL MOVIE BARU KO, KO ASYIK CAKAP “SUBHANALLAH, MAASYAALLAH..SEBENARNYA MALU SAYA NAK PROMOTE MOVIE NI SBB MASA SHOOTING BELUM BERTUDUNG”. TAPI MASA TU SELUAR KO KETAT JUGAK. JUST BE YOURSELF & TAKE UR TIME.

    0

    0
    • Khai says:

      Setuju sgt!!!!

      0

      0
    • minah jambu harapan nenek says:

      kalau dh bertudung atau berhijrah buat macm biasa aje suda ..idop macm orang biasa gi pasar shopping masak makan minommmm tk payah la nk kerek2 sangat ngan cakap bahasa arab tu semuaaaa kite kan orang mlayu ..ni tak kalau dh bertudung ha start la kerek2 nk cakap macm2 itu ini eeeee meluat minah jambu lah huh !! berenti berlakon aje lah senang !!

      0

      0
    • Bruhh says:

      Setiap org yg berubah wajib melalui ujian yg dinamakan ujian hati. Ini ujian utk dia, mungkin dlm hati dia tgh struggle dgn perasaan riak and whatnot. Husnuzon pls.

      0

      0
    • Anonymous says:

      Tak perlu caps semua boleh tak? Are you screaming? Ini pun nak diajar.

      0

      0
  15. noon says:

    dia ckp rezeki dari Allah bukan sebab dia berhijab lahh..
    yg korang ni emo apasal ek…

    0

    0
  16. tom says:

    fathia baru lah nak berubah… ramai pulak yang komen mengutuk macam2.
    sedar diri lah sikit.. korang tu perfect sangat ke?

    0

    0
  17. mawar xde duri says:

    ye betul skrg fathia ala2 ustajah gitu ayat2 dia..propa sgt!

    0

    0
  18. UstaJah says:

    Biarlah. dia baru2 nak berubah tu… Bagi dia masa… Utk fathia, semoga tetap istiqomah ye… Dan jangan lupa utk menghadiri majlis2 ilmu. Semoga dapat meningkatkan lagi ilmu agama dan bacaan Al Quran. InsyaAllah.

    0

    0
  19. The truth says:

    Oh please…. masa kau “liar” dulu kau chase Allah?? Dah puas buat mcm2, skrg kau rasa dah tak ingin lah nak buat semua tu Pastu kau ingat kau bagus lah nk kasi2 nasihat alim mcm ni. Muntah. Puiii. Tutup rambut tak bermakna apa2

    0

    0
    • Anonymous says:

      eh Allah pun maafkan hamba kalau bertaubat semua zaman “liar” Fatiha tu akan lenyap.yang ko ungkit tu kenapa..wartawan tanya artis jawap.. itu yg kelur statement tu..hish ko ni itu pun nak dengki…jangan buat kerja Tuhan boleh tak.. juz leave it to God

      0

      0
  20. melati says:

    But if you chase the world, then you”ll still as rich as Neelofa 50juta…….wakakakakakakakakakaka

    0

    0
  21. Matahari says:

    Abg nara salah interpret kata fathia ni.. when you chase Allah, the world will chase you.. bila dia decide nak pilih Allah, dia diduga dan diuji dgn keindahan dunia.. semoga fathia terus beristiqamah dlm jalan yg dia pilih…

    0

    0
  22. Anonymous says:

    ya ALLAH, XFHM MANUSIA NIE, BLE BUAT BAIK DIKATE BUAT JAHAT PON DIKATE..XBLH KE DOA YG BAIK2 ? PASAL JUAL TUDUNG..MASALAH KE? SEKURANG-KURANGNYE DIE JUGA BAGI PELUANG PERNIAGAAN. CUBE POSITIF..JGN ASYIK NAK MENGUTUK. BAIK SGT KE KITE NIE ASYIK NAK BURUKKAN ORANG

    0

    0
  23. Anonymous says:

    ap la ko org ni …fathia ckp mcm tu pn d kutuknya…bgi la dia ruang..entah la..aku mlas nk komen lbh2 sb aku SEDAR aku sndri pn x sempurna…

    0

    0
  24. Anonymous says:

    korank suma nih baca @ x statement fathia? ke main baca title ja.. aduhai sedey.. cubalah doa yg baik2.. nobody’s perfect sista.. including u & me.. bg chance & support.. peace

    0

    0
  25. effa says:

    salam,
    jgn cepat melatah……tukarkan aura negatif kepada positif, mmg betul kata Fathia..when we chase Allah the world will chase you……x payah pertikaikan brapa lama dah bertudung kerana ia bukan ukuran kematangan diri…..jgn jadikan kita cermin utk org lain tapi kita perlu sentiasa cerminkan diri kita dulu……kita hanya manusia biasa tidak punya kuasa atau apa2 pun….apa yg kita ada hanyalah pinjaman semata2

    0

    0
  26. ma says:

    Allah is with you, tak kiralah awak bertudung atau tidak. Fathia, ko jangan salah faham. Allah is for all of us. kalau bertudung, tak semestinya ko tak buat dosa. tu lah cepat sgt jatuh hati dgn ex pak we tu. bila frust pakai tudung. tengok tu si fiza and janda norman tu. bertudung, tapi kahwin cerai entah berapa kali dah. lost count.

    0

    0
  27. ma says:

    tudung tu tak de kena mengena dgn taubat. org melayu ni jenis cepat menghukum. keluar lah ayat2, tudung tu tanggongjwablah, maruah lah. ape lah korang ni. yg pasti, tudung atau tidak tak de kena mengena dengan dosa atau pahala.

    banyak je kes yg bertudung tu, mati kena bunuh, dicerai, jatuh sakit , jadi janda, jadi pengebom berani mati, yg murtad pun ada. tudung bukan penentu iman seseorg.

    0

    0
  28. tipu says:

    berlakon je lebih ni…bertudung tak mungkin boleh masuk syurga…takde ayat mane yg mengatakan pun…org melayu seronok mengandai-andai

    0

    0
  29. aisyisy says:

    ape2 je la…tp paling suka artis wanita yg sorg ni…mizz nina…

    0

    0
  30. Anonymous says:

    Dia berlakon filem apa?

    0

    0
  31. cek mek molek says:

    serius.. aku lebih suka tgk dia cantik tanpa tudung…bagus fathia sbb awk bertudung dan kecantikan awk hnyela utk dipersembahkan utk suami awk je..! tapi bersederhanalah dalam berkata2.. itu lebih baik.. contohi irma hasmie dan diana amir. semoga awk terus istiqamah utk berhijab menepati syariat dan please takyah nk hijabista sgt!

    0

    0
  32. faizal 88 says:

    filem melayu tak ada lagi pelakun wanita yang akan melakunkan watak2 wanita jahat….sebab semuanya dah bertudung..tak boleh lagi bawa watak jahat kerana dan bertudung mesti baik abaik semua. wayang kini semua akan cerita baik baik dan happy happy

    0

    0