Wawa Zainal ‘Pasang Badan’ Untuk Kekal Anggun

Hiburan

Wawa Zainal ‘Pasang Badan’ Untuk Kekal Anggun

Tidak dinafikan pelakon Aeril Zafrel kini semakin popular dan digilai oleh ramai peminat wanita diluar sana.

Advertisement

Perkara itu sebenarnya membuatkan isterinya, Wawa Zainal sedikit terganggu dan memberitahu beliau terpaksa  menjaga badannya untuk tidak kelihatan selekeh kerana suaminya berjumpa dengan perempuan cantik setiap hari.

Memang saya nak kurus sebab sebagai selebriti kita kena jaga penampilan. Aeril setiap hari jumpa perempuan cantik, takutlah. Jadi, saya kena pasang badan untuk kekal cantik.

Tapi sebenarnya, saya tidak cemburu pun. Mungkin saya kurang tidur sebab terlalu sibuk dengan kerjaya seni dan juga perniagaan. Anak-anak pun semakin lasak, jadi banyak bergerak.

Walaubagaimanapun, Aeril ada mengeluarkan kenyataan beliau tidak akan pernah mencari perempuan lain dan setia bersama Wawa. Malah, Aeril juga sedang aktif membina badan atas pujukan Wawa juga.

Pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal memang cukup sepadan dan menjadi favourite ramai diluar sana. Biasalah tu, kalau dah popular pasti akan ada ramai peminat. Apa yang penting, kepercayaan didalam perhubungan itu. Kami doakan agar pasangan ini kekal bahagia sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...