Written by Bella | January 11th, 2017

Lima tahun mendirikan rumah tangga bukanlan perkara yang mudah. Menerusi portal mStar Online, pelakon Wawa Zainal mendedahkan perkahwinan beliau dan Aeril Zafrel hampir musnah gara-gara seorang peminat fanatik yang mengakui Wawa sebagai kekasihnya.

Peminat itu menghantar mesej secara peribadi kepada Aeril di media sosial sehinggakan mereka suami isteri bergaduh besar.

Ada peminat yang hantar mesej kepada Aeril secara peribadi dan mengaku dia merupakan kekasih saya sehingga ia menyebabkan kami bergaduh besar kerana lelaki itu. Saya kenal dia sebagai peminat, namun saya tidak menyangka dia boleh bertindak melampau dan bertujuan merosakkan rumah tangga kami.

Perkara itu juga membuatkan saya diserang oleh kekasih lelaki itu yang menuduh saya pula merampas kekasihnya.

Walaubagaimanapun, berkat kesabaran mereka, Wawa meluahkan rasa syukur kerana beliau telah melepasi tempoh lima tahun perkahwinan yang penuh dengan ujian.

Kini tiada lagi rasa cemburu ataupun salah faham kerana mereka sudah semakin serasi dan percaya antara satu sama lain.

Alhamdulillah, lima tahun perkahwinan kami lalui agak sukar kerana tempoh itu adalah masa kami untuk membina keserasian dan kepercayaan antara satu sama lain.

Saya anggap fasa itu sudah lepas dan sekarang tiada lagi cemburu buta dan lebih faham. Bukan senang nak bina persefahaman itu, ia perlu ambil masa.

Dalam pada itu, ditanya tentang hubungan dengan suaminya yang dikatan berantakan akibat sikap cemburu, Wawa memberitahu beliau lebih mengetahui sikap sebenar Aeril.

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mendirikan rumah tangga  pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 3, dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa yang baharu sahaja berusia setahun.

Sumber Berita : mStar Online

14 responses to Wawa Zainal Dedah Rumah Tangga Hampir Musnah Gara-Gara Seorang Peminat Mengakui Beliau Kekasihnya Kepada Aeril Zafrel

  1. Anonymous says:

    remeh temeh lah. block je la peminat tu. pening kepala buatpe kalau x betul. adoiii

    19
    0
    • Anonymous says:

      kannnn….remeh je isu ni…blok laa sng…ntah2 mmg jns kaki melayan jgk…huahuahua….laki bini ni 2-2 cemburu buta,kaki melayan…x abis2 lg cite muak btl…cam laa die sorg je y ade ujian camtu…relek laa wawa oiiii….kawen 20 thn pn blm tentu ko fhm btl2 perangai laki ko tuh…y pntg xyah nk tunjuk sgt kebahagiaan ko tuh kat media sosial…org kate mrk y ske tunjuk bahagia ni realitinya xde laa bahagia mne…tunjuk sbb nk menutup sedih di hati…hahahahaha…

      13
      0
      • ash says:

        yer
        walau sampai anniversary ke 50 tahun pn akan sentiasa ada benda baru pasal pasangan kita
        masa berubah
        faktor persekitaran pn boleh jd punca
        yg penting sabar dan ingat Allah ada dgn kita

        9
        0
    • RINA says:

      AJL31 Team dan Ayda Jebat Punca nyanyian Sheila Amzah HAMBAR?

      0
      0
    • Anonymous says:

      Gila agaknya nama anak panjang macm tu..menyusahkan anak nak mengena..nak sebut pun lidah terbelit2.mak bapak macm ni pentingkan diri sndiri..buat benda tak bawk paedah.kesian anak tu nnti..BERAT nk tanggung..

      10
      0
      • ash says:

        setuju
        mmg niat kita kononnya nk makna yang baik bagi anak2
        tp sebenarnya menyusahkan untuk banyak urusan
        bila isi nama jer dh makan sepuluh minit
        yg menyemak pn keliru dengan ejaan nya
        salah panggil kena marah
        x salah lebih dari dua patah perkataan
        tapi jgn lah nk eja susah nk sebut susah
        last2 panggil abang ngan adik jer

        6
        0
    • Anonymous says:

      Mcm laa hensem sgt laki ko tuu smpai ad org nk ngorat..ntah² laki kau tuu pn sama gatal..

      3
      0
  2. Anonymous says:

    Ala Aeril pun gatal jgk.. layan ppuan kt ig.. konon2 peminat.. skali ada peminat Wawa ngaku dia kekasih wawa… Tau pulak cmburu yer Airel..

    10
    0
  3. gedekkk says:

    gedik oh gedik

    2
    0
  4. melati says:

    mungkin Ala Aeril ingat yg ngaku Kekasih Wawa tu rupa mcm Dato Sheikh Muszaphar…pastu Wawa tunjuk gambor peminat yg ngaku kekasih tu mcm serompong (Hidung Kembang) kapal trus Ala Aeril ckp lantak lew..!!! selalu muka cam serombong Kapal ni Mat2 Rempit jew…pastu perasan Handsome….kikiki

    1
    0
  5. Yaya says:

    Ahhh!! Motif kau cerita benda2 cenggini knp? Jaga laki bebaik la wawa oiii

    2
    0
  6. Fidot says:

    Cite rumahtangga mcm ni better simpan kemas2 jela oi. sume benda nk cite ke? gosip murahan betui.

    3
    0
  7. Dandelion23 says:

    Dah tak da modal nak naikkan nama. Cemtaik

    0
    0

Leave a Comment

Optional