Watie, Joey Dan Isteri, Kisah Untuk Teladan Semua

Hiburan

Watie, Joey Dan Isteri, Kisah Untuk Teladan Semua

watie elite joey

Sebenarnya kami memang dah lama teringat nak menulis cerita pasal Watie dan Joey nie. Boleh dikatakan hangat jugaklah cerita mereka berdua ini. Hangatnya sebab si Joey nie dah pun berkahwin dan dikatakan bercerai dengan isterinya kerana ingin bersama dengan Watie. Itu yang ramai manusia-manusia di luar sana yang menuduh si Watie ini sebagai perampas suami orang.

Advertisement

Tapi benarkah Watie ini merampas si Joey daripada isterinya? Sudah tentu kalau kita tanya Joey atau Watie kedua-duanya tak akan mengaku. Maklumlah tengah kemaruk dilamun cinta. Ini kata-kata Joey:-

[note]Hentikan spekulasi dan usah babitkan Watie dalam masalah ini kerana dia tiada kena-mengena langsung. Saya melihat tiada gunanya kita mengaibkan mana-mana pihak kerana tindakan itu tiada penghujung dan penyelesaian sebaliknya hanya memberi ruang untuk orang sekeliling menepuk tangan. Kenyataan itu bukan saja memalukan pihak saya dan dia, malah tak semena-mena nama Watie pula dikaitkan sedangkan punca itu tak pernah wujud sejak awal lagi. Usah mudah menuding jari dan mencari punca dengan mengaitkan nama Watie dalam masalah ini. Perceraian ini tidak langsung disebabkan soal orang ketiga sebaliknya antara kami sudah tiada persefahaman lagi.[/note]

watie elite joey

Tapi isteri Joey (masih belum disahkan penceraian oleh pihak mahkamah) berkata yang Joey sememangnya telah mengabaikan dirinya dan anak berbulan-bulan lamanya. Malah paling kejam pernah mengupload gambar mesra Joey bersama Watie ketika mereka berdua berhari raya bersama-sama. Kata isterinya:-

[note]Usah menafikan perkara itu apabila ada pihak mula mempersoalkannya.Memang dia meletakkan gambar itu. Namun, saya sendiri tidak mahu melihatnya cuma teman yang memberitahu kononnya Joey meletakkan gambar mesranya dengan Watie serta gambar ketika mereka menyambut Aidilfitri bersama di kampungnya di Masai, Johor. Memang saya terkilan kerana ketika saya dan anak duduk bersendiri di pagi raya, rupa-rupanya dia membawa Watie dan anaknya pergi beraya hingga ke kampungnya di Johor. Tergamak dia melakukannya dan meninggalkan anaknya sendiri beraya sendirian.[/note]

watie elite joey

Kesian kami mendengar keluhan isteri Joey ini. Takkanlah Watie tak boleh berfikir yang Joey juga boleh melakukan perkara yang sama sekiranya mereka berkahwin nanti? Memang betullah kata orang yang waktu bercinta ini kentut pun bau wangi. Mungkin itu yang sedang dialami oleh Joey dan Watie. Sampai lupa terus anak yang sepatutnya dijaga. Kata isteri Joey lagi:-

[note]Jika benar dia bertanggungjawab dan tidak lupa nafkah anak seperti mana dikatakan dalam laporan semalam, kenapa hingga ke hari ini, saya yang mengikat perut bagi menghantar anak ke sekolah. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya berhenti bekerja sebagai penerbit produksi kerana Joey yang meminta memberi tumpuan pada keluarga dan anak.Kononnya dia mampu menyara kami sekeluarga. Justeru apabila dia pergi meninggalkan kami begini, saya kembali mencari kerja dan meminta bantuan teman sekeliling. Memang perit dan jika tiada kesabaran, sudah lama saya bunuh diri. Mana tidaknya, saya dan anakduduk merintih di pagi raya dan hingga kini saya berdepan dengan pelbagai tanggungan. Rumah, kereta, perbelanjaan harian dan persekolahan anak semuanya menjadi beban kerana perkara ini [/note]

Bagi kami senang je, nak kawin lain boleh, nak cerai boleh tapi tanggungjawap sebagai seorang suami tue kenalah jaga. Jangan dah boring main buang macam tue sahaja. Pandai kahwin pandailah jaga. Semoga kisah yang terjadi ini mampu menjadi teladan untuk kita semua. Dan kami berdoa agar ending cerita ini semuanya mendapat kebahagiaan yang dicari selama ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...