Written by Bella | April 4th, 2015

Wartawan hiburan vateran dan kolumnis akhbar Berita Harian, Juwie atau nama sebenarnya Abdul Jalil Saleh telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia(HUKM) pada malam tadi selepas menderita pelbagai penyakit termasuklah kanser prostat.

Juwie atau lebih mesra disapa Mama Juwie dikalangan artis sebelum ini pernah menjalani rawatan bagi sakitnya itu dan telah dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) setelah keadaan beliau tidak stabil. Satu pembedahan juga telah dijalankan pada hari Khamis lepas tetapi kemudian kembali kritikal selepas itu.

Mama Juwie yang berasal dari Singapura merupakan anak keenam daripada lapan beradik juga merupakan penulis lirik popular sekitar tahun 80 an.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah kakaknya di Selayang Baru dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selayang.

Setiap manusia yang hidup dimuka bumi ini pasti akan bertemu penciptaNya. Saat itu mereka tidak akan dapat lari atau dielakkan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.

Sumber Berita: Berita Harian

 

11 responses to Wartawan Hiburan Senior Mama Juwie Meninggal Dunia

  1. nini says:

    One by one gone. It’ll be more kerap as we get older kan?

    0

    0
  2. AAB says:

    Al Fatihah…

    0

    0
  3. Ika says:

    Innalilahiwainnailaihirajiuun…
    Al-fatihah…Dulu selalu bca majalah mangga dan seranok dengan Telatah Juwie,
    Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan termasuk dalam golongan orang- orang yg beriman.Aamiin

    0

    0
  4. Tina says:

    suka baca artikel dia masa I muda muda dulu….Al Fatihah buat Juwie…terima kasih kerana sentiasa menghiburkan pembaca…

    0

    0
  5. Kemek Suhaiza says:

    al fatihah…semoga rohnya tenang di sana…aaamin

    0

    0
  6. melati says:

    R.I.P…Juwei…

    0

    0
  7. Anonymous says:

    tak kenal.. takziah moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT.. setiap yg bernyawa pasti merasai kematian

    0

    0
  8. Mawar Puteh says:

    innalillahiwa innailaihirrojiun…takziah buat keluarga dan rakan allahyarham.membesar dengan lagu-lagu ciptaannya

    0

    0
  9. boymerah says:

    Al-Fatihah.
    Auntie aku kenal arwah. Dia seorang yg baik. Juga seorang yg amat talented. Beliau pun banyak menulis lirik2 lagu2 popular 90an.
    I wish I knew you too uncle.

    0

    0
  10. soulmate says:

    sedih baru tahu sebab dah lama tak tgk tv n bace surat khabar due to my final exam. arwah mak sye kenal rapat sgt dengn mama juwie. dia baik sangat. even dia lmbut still dia tunaikn tggjwan dia pergi umrah n rajin bersedeqah waktu raya. Al fatihah

    0

    0