Written by AbangNara | September 17th, 2014

Susah juga menjadi wanita yang cantik jelita seperti Tasha Shila ini. Walaupun satu Malaysia sudah tahu hatinya telah dimiliki oleh seorang jejaka bernama Hans, masih ramai lelaki-lelaki hidung belang yang masih cuba menghimpit dirinya. Mungkin daya penarik Tasha terlalu hebat sehingga membuatkan lelaki hidung belang ini mencuba nasib. Inilah yang dikatakan ‘susah juga kalau ada awek cun’.

tasha shila

Namun begitu Hans boleh menarik nafas lega kerana Tasha Shila bukan sahaja tidak melayan lelaki hidung belang yang cuba menggodanya, malah turut memberitahu hatinya sudah dimiliki. Kata Tasha Shila menerusi portal GUA:-

Ada juga yang cuba mengenali dan mendekati saya walaupun mereka sudah tahu mengenai hubungan saya dengan Han. Mereka secara berterus-terang menyuruh saya meninggalkan Han. Saya cuma bersikap jujur dengan mereka dan saya mengatakan yang saya kini sedang mengenali Han. Saya sendiri pun tak suka untuk rapat dan mengenali ramai orang. Jika niat mereka mahu berkawan sahaja, saya okay dengan perkara itu.

Hubungan kami berjalan seperti biasa. Tiada masalah yang terjadi. Dia seorang yang memahami kerjaya saya. Kami masing-masing sibuk, tetapi kami bersikap ‘give and take’. Saya sedang mengenali dia dan saya akui dia merupakan seorang yang istimewa. Untuk ke peringkat yang seterusnya, saya serahkan semua kepada ketentuan takdir

tasha

Hanya ada satu cara untuk menghalang kemaraan lelaki-lelaki hidung belang ini. Tak lain tak bukan ialah Tasha kena berkahwin cepat-cepat. Kalau dah kahwin nanti, mesti Tasha tidak akan diganggu lagi. Kalau kena kacau pun, Hans boleh gunakan kemahiran Muay Thai nya untuk meng’karate’ lelaki-lelaki tersebut. Hehehe. Tak gitu?
sonata worldP.S: Akhirnya rahsia kecantikan wanita Korea terbongkar jua. Diimport dari bandar Gangnam, produk kecantikan Desert Oasis daripada Sonata World ini adalah halal, 100% semulajadi dan bebas daripada alkohol serta bahan kimia. Kini kulit wajah anda juga boleh jadi semulus pelakon-pelakon Korea di kaca TV. Layari www.sonataworld.com atau SMS/Whatsapp Encik Rustam di 0123206127 atau 0165078325 untuk informasi lanjut.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

23 responses to Walau Sudah Ada Kekasih, Tasha Shila Masih Dihimpit Lelaki Hidung Belang

  1. Anak Melayu Sudah Sedar says:

    Inilab media melayu.. Gosip + hal2 duniawi
    menjadi bahan makanan rakyat melayu Malaysia tiap hari!
    Macam mana nak maju??!!!
    Ayuh semua! Tinggalkanlah gosip murahan+hal duniawi ni.
    Kita patut beri lebih masa dalam hal politik Malaysia!!

    Mari! Ayuh! Bangkit! Menyokong seruan Perdana Menteri Malaysia!
    Hidup Melayu!!! Hidup Barisan!! Hidup UMNO!!

    0

    0
    • lynn says:

      apehal “gunakan kemahiran Muay Thai nya untuk meng’karate’” pulak? dah nama muay thai, nape nak karate lagi? kau ni nara, menulis tak proof read ke?

      0

      0
    • lia says:

      yang ko pun sama baca gosip2 ni apa hal??

      0

      0
    • minah jambu idop umno ! merah biru says:

      idop umno ! idop jalur gemilang ! idop pak najib ! lov u pak najibbbbb emmuah !!

      0

      0
  2. pisau cukur says:

    Yeke??. Cer tanya mana dah kereta audi no plat TAS114 tu kat dia. Lolss ;)

    0

    0
  3. ina says:

    Mcm mna la jantan x kejar.. Klu ko bgambar pun usaha keras mendada dan melentik.. Nk kata cantik tu ok la sbb makeup pun berinci2 #sori na peminat tasha.. Huhuu

    0

    0
  4. insan yang kerdil says:

    sesungguhnya kite sekarang berada di akhir zaman…kiamat semakin hampir…manusia di zaman sekarang bukan masa utk enjoy dan bersuka suka…tasha…ingatlah…seluruh anggota yg kamu tayang pd arni akn menjadi saksi di akhirat kelak…usah la di bangga apa yg ade pd ketika ini kerana semuanya hny Allah yg pny..T_T

    0

    0
  5. antiartistpropa says:

    benda bodoh mcm ni pun jadi bahan cerita ke? kot yer pun nak glamourkan diri, bahan2 murah mcm ni tak payah la dicerita kat org..motipnya apa? eh, muntah hijau aku baca..alahaiii..

    0

    0
  6. mimiyangdivine says:

    dan ini adalah berita kerana???

    0

    0
  7. Anon says:

    adoi Tasha kau mcm tak tahu kan apa yg sebenarnya lelaki kejar pada kau, tu ha benda tersembol atas dada kau tu yg lelaki2 tu tunggu nk kerjakan..jgn bangga sgt byk org nk kn kau tp teliti dulu apa sebab lelaki2 nak kan kau.

    0

    0
  8. nok gebuzzz says:

    ni lagi sorang retis….asik cakap berkawan rapat…masih nak mengenali la….tapi kehulur hilir bersama….pas tu post pic yg rapat2,kalau masih dlm tahap saling mengenali tak payah post pic mcm org becinta bagai…..

    0

    0
  9. elsa says:

    bf hg hensem la tasha.x sesuai kot ngn hg.bak mai kat ceq la

    0

    0
  10. Detective Conan says:

    TASHA SHILAK NI CANTEK????…tak cantek langsung pun!!!…makeup mak oi…58 inci..blakon pun tak kemana pun hebatnya…publisiti MURAHAN yg berlambak2…kesian dgn RETIS2 POMPUAN kat Msia zaman sekarang…no QUALITY AT ALL…

    0

    0
  11. kopisusu says:

    Cuba tgk pic no.2 tu.. tangan kanan shila kat mna tu?.. ni la dia ppuan akhir zaman.. mmg la smua laki2 nak bila tngn pandai membelai.. aduyaii..

    0

    0
  12. Coreena A says:

    Jgn lh gedik, dr ska org jd nyampah nnti…mcm awk sorg je yg cntik kt dunia ni. Awk tk le hodooh cma blh thn jerr. Mgkn sweet bg ssetgh org, well…msg2 pny taste. Aweks2 kt lua sna pn bdpn pkra yg sma. Nma pn si hdg blang mmg ska cr mgsa. Miss world yg lbh cntik, lbh mlus dan lbh lentik dr awk tu pn mlas nk crita ttg jntan2 miang yg dok mngejar diaorg.

    0

    0
  13. ooooo says:

    tak susah pun jadi cantik jelita sebenarnya. yang susah bila cantik jelita tu mekap tebal berinci and tayang itu ini yg selalu diintai lelaki hidung belang. benda free beb, sape je taknak.

    0

    0
  14. Anonymous says:

    Naik loya baca statement ni..

    0

    0
  15. Gotchasssss says:

    Kahwin ke tak kahwin ke kemungkinan tak berapa selamat jugak. Kalau dah sogok dgn DUIT, PANGKAT & HARTA, makna ‘sayang & cinta’ tu dah tak ada makna dah pun. Siapa tak nak hidup senang kan ? ;)

    0

    0
  16. nuha says:

    nak btau dia laku…lol

    0

    0
  17. Random Thoughts says:

    Mcm patung chucky childs play jer.
    Lisa cantik lagi, plus nampak die punyer beauty with brains.

    0

    0
  18. fattyjul says:

    laki kejor nko tu bkn nak kawen pon…nak purkis nko je..statement bangge yg mjerat diri sndiri..kenkonon bangge la jadi gilaan jejantan…..pigirahhhh

    0

    0
  19. Hidupinisementara says:

    Itu maknanya those men do not respect you. Sepatutnya kalau tau ada bf ada batasan sikit and berkawan dengan baik dulu. Ni yg mengorat pun hidung belang kalau org bukan artis pun sure tak nak. Cuba dari orang yg baik2 yang berkedudukan sure kena tinggal bulat2 bf tu..gosh shila toksa klr statement jantan hidung belang terkejar2 tak classy lah. Sedap sikit dgr kalau specific vips or royalty yg kejar.

    0

    0