Written by AbangNara | April 3rd, 2016

Semenjak dua menjak ini, ada desas-desus yang sedang bertebaran menyatakan Wak Doyok sedang menyulam cinta dengan bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim. Desas-desus ini dikuatkan lagi apabila Wak Doyok dan Azrinaz sering memuat naik gambar mereka berdua bersama-sama menghadiri pelbagai majlis. Sekali tengok, memang sama cantik sama padan kan? Namun betulkah mereka berdua bercinta?

wak doyok dan azrinaz

Diasak bertubi-tubi tentang kebenaran gosip tersebut, Wak Doyok enggan mengulas lebih dalam tentang hubungannya dengan Azrinaz. Bagi Wak Doyok, cukuplah hanya dirinya dan Azrinaz yang mengetahui status sebenar hubungan mereka. Kata Wak Doyok:-

Maafkan saya. Ia terlalu peribadi dan saya tidak mahu mengulas. Lagipun saya tidak mahu setiap komen atau jawapan saya disalah tafsir. Sebab itu lebih baik saya berdiam diri.

Saya buat tak tahu saja apa yang peminat atau orang sekeliling perkatakan. Persepsi mereka saya anggap biasa saja. Malah, apabila gosip seperti ini tersebar, saya tidak terkejut pun. Cukup antara saya dan dia saja tahu.

Kalau orang kata kami selalu bersama sebab berkongsi minat sama iaitu feysen, tidak juga sebab saya selalu buat hal sendiri. Tidak wajar untuk orang memberi andaian sedemikian.

wak doyok dan azrinaz

Mungkin Wak Doyok masih lagi dalam fasa mengorat dan masih belum ‘declare’ apa-apa lagi dengan Azrinaz. Suatu hari nanti pasti Wak Doyok akan berkongsi status mereka sekiranya jodoh tiba. Sama-samalah kita nantikan. Yang penting Wak Doyok dan Azrinaz masing-masing gembira berada di sisi masing-masing. Tak gitu? Sumber Harian Metro.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

18 responses to Wak Doyok Enggan Ulas Gosip Sedang Bercinta Dengan Azrinaz Mazhar Hakim

  1. Anonymous says:

    Pluk2 bagai..hehe..

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Azrinaz ni sape plak? Pembaca berita ke?

    0

    0
  3. projen says:

    elok la tu…bagai pinang dibelah belah

    0

    0
  4. kuihsepit says:

    ngaku jelah Doyok oiii..

    0

    0
    • dodol says:

      aku rasa doyok nak ngaku tp azrinaz tak bagi, takut elaun kena potong kot. byk2 laki, doyok jgk yg azrinaz suka. hehehe

      0

      0
  5. Unknown says:

    Alah, slalunya bila xnak ckp apa2, mksd dia betol.. Elok la tu, kahwin dgn ex sultan brunei a.k.a antara org paling kaya kat dunia nih.. nnti bleh la bli jam tgn yg ori..

    0

    0
  6. gameover says:

    Main puas2 aje Azrina, lepas tu dumb him. Next please. Ini kan lelaki melayu punya typical behavior. They don’t deserve fidelity.

    0

    0
  7. Anonymous says:

    kadang macam kesian betul dgn azrinaz ni.. dh kene cerai dgn sultan brunei. pastu boleh pulak saje nk low class kan diri ada affair dgn si wak doyok yg tahpape.. mcm xde laki lain je kat dunia ni.. boleh ke si wak doyok ni tampung hang.. ke hang yang bela wak doyok ni…

    0

    0
    • Fido Dido says:

      Itula…sadis. Semoga bukan jadi anak ikan. dah kaya, better cepat2 kawen. huhu

      0

      0
    • Anonymous says:

      Rezeki di panjang2 kan, Azrinaz. Apa salahnya. You can always make more money. Kalau dah berkenan, proceed je.

      0

      0
  8. Cik Kim says:

    Please don’t wear skirt below your knees. You look shorter

    0

    0
  9. cik piNgu says:

    erk.. nampak pendek bila azrinaz pakai skirt mcm tu..

    0

    0
  10. Rara says:

    Ngaku jer yg ko coverina gay… Azrinaz tu ko punya beard…. Kan senang… Honesty is the best policy… Ktxbai

    0

    0