Written by Bella | November 24th, 2016

Siapa sangka penyanyi yang dilahirkan di Kedah, Yuna yang kini melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa dan aktif menyanyi di Amerika Syarikat diberikan peluang untuk menghiasi papan iklan elektronik di tengah-tengah  bandar Times Square, New York.

Untuk pengetahuan anda, bukan mudah untuk dipilih sebagai artis pilihan bagi Nasdaq hanya jenama popular dan barisan mereka yang terkenal sahaja yang berpeluang membuat paparan di “billboard” tersebut.

Menerusi portal BH ONLINE, Yuna maerasa syukur kerana akhirnya segala usaha beliau berbaloi apabila bakatnya sudah mula diterima di Amerika Syarikat.

Sebelum ini, wajah kumpulan The Chainsmokers menjadi wajah pilihan untuk papan iklan berkenaan. Saya pula diundang untuk sesi fotografi oleh Nasdaq baru-baru ini dan hanya gambar yang dipaparkan di skrin terbabit, bukan video.

Apapun, saya bersyukur kerana bakat saya diterima baik di sana walaupun baharu lima tahun mencuba nasib di negara itu.

Tahniah kami ucapkan kepada Yuna yang terus membuatkan rakyat Malaysia bangga kerana berjaya mengharumkan nama negara dan membuktikan anak tempatan juga mampu untuk bersaing dengan artis antarabangsa.

Sumber Berita : BH ONLINE

37 responses to Wajah Yuna Terpapar Di “Billboard” Times Square, New York

  1. dotdotdot... says:

    wah…..amazing!!!
    waspada….
    jgn sampai tarantula pulak yg gigit….

    15

    0
    • Anonymous says:

      klu pakai tudung elok2 lg bagus coz mewakili islam

      5

      5
    • Anonymous says:

      tahniah..kerana anda menjadi agen illuminati. industri muzik amerika dikuasai illuminati.

      1

      16
    • bbycumil says:

      kalau dia still dgn imej dia yg dulu yg bertudung litup tu, korang rase dia blh btahan ke kat US? aku rse x..bila imej mcm black women baru la org pandang kan..

      19

      0
      • fishhhhh says:

        serabut nya pemikiran kau.ustaz aku kataaa pakai lah apa sahaja yg menutup aurat.kau nak pakai tudung saji ke selimut ke towel hapak kau ke.pakai lah janji kena syarat.aurat yuna tu antara dia dgn tuhan,nak tegur secara baik dia tak nak dgr kita dh buat hak kita.kau tak perlu nk low class kan pemikiran kau dgn imej black women lah apa lah.islam tu mudah.tak perlu berlilit lilit sana sini.

        13

        1
        • bbycumil says:

          ko yg sbnrnye menserabutkan pemikiran ko..aku x sebut pon psl aurat..aku sebut psl imej atau style..kalo nk cite psl aurat mmg sah2 dia x tutup dgn betul..tlg la jgn merumitkan benda yg simple..tu pun xfhm ke..dasar pemikiran low classss..

          4

          2
      • hahahahahahahaha says:

        tak semestinya kottt.kau je pandai2 buat assumption. orng pakai macam tu pun nak define style orng.sikh pun pakai turban jugak.pahal kau nak cop style black woman?sakai

        4

        0
    • Anonymous says:

      tahniah yuna.. bukti pendengar internasional lebih menghargai bakat yuna.. kalau kat Malaysia ni jgn hrp la.. org Malaysia ni kan buta seni sikit.. diorg ingat penyanyi2 yg melolong memekik suara kecik tu la yg paling hebat… hahaha.. suara ning baizura tu diberi standing ovation tau kalau kat Hollywood tapi kalau kat Malaysia ni, asyik2 nak menangkan suara mcm ct tu la, ct ni la.. kemon laa… open your mind..

      15

      2
      • Anonymous says:

        klu kt malaysia org duk tergila2 lagu mcm aiman tino,projector band,hazama…selagi lagu x bunyi tangkap leleh super duper, rock kapak sore pecah, sengau ke langit..tu bukan menyanyi katanye..lagu cmni yg meletop2 kt radio..wlaupun backdated 20 tahun pn xpe,janji sengau merayu2 tu ada..

        8

        0
      • Ramos says:

        Everytime orang compare Siti dengan Yuna, Im like…hmmm…entah la. sedih pun ada. The least u could say is Siti is also our national treasure sbb dia is the only artist yg bawak budaya kita bila perform dekat overseas.

        BUT that doesnt mean that i dont like Yuna. In fact, aku sendiri rasa Yuna layak untuk digelar the NEXT SITI NURHALIZA, even kita semua tahu in terms of vocal, x comparable. But yes, I prefer Yuna to be the next Siti. Cuz i love both Siti n Yuna!

        4

        0
        • Anonymous 5.44pm says:

          No.. Jgn salah fhm. Saya takde ckp pun siti nurhaliza tak bagus. Siti is very good singer okay.. Cuma org Malaysia perlu lebih menghargai bakat2 yg ada kt Malaysia ni. Tidak hanya melihat satu jenis tone suara.. Di Malaysia ada byk penyanyi hebat yg bersuara besar spt Ning Baizura, Syafinaz Selamat, Noryn Aziz dan ramai lagi.. Tapi di Malaysia penonton lebih gemar dan bersorak mcm lupa diri jika sorang artis menjerit-jerit semasa menyanyi. Tak kisah la artis tu nyanyi sumbang ke ape tapi penonton tetap bersorak bangga.. Kalau penyanyi tu memang tarik suara sedap takpe la jgk… Di Malaysia org lebih melihat populariti berbanding bakat… Itu hanya akan membuatkan Negara luar mentertawakan kebolehan Negara kita… Lihat seperti Indonesia Dan filipina, bakat penyanyi2 negara mereka byk yg standard internasional… Sebab itu kita sering dipandang rendah oleh mereka..

          4

          1
  2. mel says:

    wow!!

    5

    0
  3. Go go go says:

    Tahniah yuna..bangga dengan pencapaian awak

    11

    0
  4. Anonymous says:

    Berkat spider mat salleh yg mengigit lehernya..kou hadaaaa?

    4

    8
  5. Robyn says:

    Tahniah Yuna.. so proud of u!! Kamu dihargai di negara orang, di USA yg bukan calang2 tempat.. tapi sedihnya dikata dan dikutuk oleh bangsa kamu di negara kamu sendiri. Biarkan mereka Yuna.. tiada siapa boleh bersihkan hati mereka selain mereka sendiri.. U’re now standing in the eyes of the world – as a proud Malaysian!!

    Bravo..

    50

    2
  6. Anonymous says:

    SO ?????

    2

    14
  7. alia says:

    TAHNIAH YUNA…..artis malaysia yg patut dibanggakan….setakat terkenal dan glamour kat malaysia berlambak…..walaupun album laku bagai nk hangit tapi tak sejauh kebolehan yuna , yang berjaya memasuki arena muzik US
    tak kan yuna tak mendapat sebarang penghargaan dr kerajaan malaysia….artis lain entah apa2 senang jer dpt DATO …..

    28

    1
  8. effa says:

    I’m so proud of yr achievement…..you go girl, org tak tahu kerja keras kamu hingga ke tahap ini…..yang ramai hanya tahu bash saja…..penyakit manusia akhir zaman “penuh rasa hasad”…….semoga yg baik2 buat kamu YUNA

    24

    0
  9. sunshine says:

    org suka mengutuk ni pandai perabih kan duit jerk dgn buang masa.. shila hamzah yg pakai tudung elok2 pun kena ngata.. ni kan lagi si yuna.. cermin la dulu diri masing2 tu.. xpenat ker asik kondem org.. letih la korg ni..

    17

    0
  10. Q says:

    Ramai haters kat comment ni. Losers aka keyboard warriors yg xpuas hati kejayaan Yuna? yang tahu cari salah sebar fitnah. Yg aku pelik, artis yg berjaya atau yg cantik2 jer haters ni kondem, yg kurang cantik/ kurang berjaya dipuji melambung lambung. Setiap org baik cantik atau tidak ader jer perangai buruk atau baik. Mungkin haters ni hodoh dalam dan luar tu yg xpuas hati kot.

    2

    0
    • Anonymous says:

      yg kondem tu x educated..klu educated pn jenis minda dan hati x terbuka..ilmu masih xmampu meluaskan pandangan mereka..x pnh tgk dunia diluar sana..u can really see the pattern..apa yg die org minat n condong ke mana..

      3

      0
    • Anonymous says:

      yuna cantek ke? wuhuuuuhuu

      0

      0
  11. Yekeni says:

    Kita dulu masa kanak2, bila nampak bai singh pakai serban, kita akan cubit lengan kawan kita sehingga kawan kita berjaya menyebut warna serbannya dengan betul.

    Itulah mungkin kesan lebam tu.

    1

    2
  12. Anonymous says:

    krikk krikk
    fasha org perlis okayy
    sama dgn rita rudaini

    0

    0