Viral: Yana Samsudin Dan Fadzil Zahari Cuci Tandas Awam Di RnR

Hiburan

Viral: Yana Samsudin Dan Fadzil Zahari Cuci Tandas Awam Di RnR

Tindakan Yana Samsudin dan suami Fadzil Zahari yang tanpa segan silu membersihkan sebuah tandas awam di sebuah stesen minyak di RnR Sungai Perak telah menjadi viral di laman sosial  baru-baru ini. Ramai yang memuji pasangan tersebut yang secara tidak langsung telah memudahkan pengguna lain.

Advertisement

Yana yang mendengar berita berkenaan berkata, beliau sama sekali tidak menyangka perkara itu akan menjadi viral dan tidak pernah berniat untuk menunjuk-nunjuk.

Tidak timbul istilah ingin menunjuk-nunjuk kebajikan yang dibuat kerana apa yang kami lakukan adalah seikhlas hati. Saya sendiri tidak memuat naik gambar ketika suami membersihkan tandas wanita yang kotor kerana ada najis itu.

Saya difahamkan air tiada dan ia menyukarkan lagi pengguna untuk menggunakan tandas. Saya meminta suami saya membelikan air mineral beberapa botol dan ada antaranya saya gunakan untuk menjirus di lantai tandas itu.

Selepas selesai menggunakan tandas, saya dan suami mencari hos dari luar untuk membersihkan najis di dalam tandas itu. Namun, kecoh seketika apabila pekerja stesen minyak itu menghalang kami menarik hos itu.

Walaubagaimanapun, masih ada segelintir pihak yang mengkritik beliau apabila memuat naik status meluahkan rasa geram tentang keadaan tandas tersebut di akaun Facebook miliknya. Namun, teguran tersebut bukanlah berbaur sindiran dan diselitkan dengan elemen komedi.

Yana cuma ingin membuka mata pengguna agar menjaga kebersihan tandas dengan baik dan menegur pihak urusan stesen minyak yang seharusnya memberikan peringatan kepada pengguna jika tiada bekalan lain atau sebagainya.

Saya menegur dalam bentuk komedi di Facebook supaya pihak terbabit lebih sensitif dan berdisiplin ketika menggunakan tandas.

Kepada pengguna, gunakanlah tandas dengan sebaiknya, tambah pula pada musim perayaan ini. Pihak stesen minyak pula, jika tiada air dan sebagainya, lebih baik letakkan peringatan sebelum pengguna menggunakan tandas.

Masalah tandas awam yang kurang bersih ini memang agak kritikal, tidak semua yang mempunyai kesedaran sivik yang tinggi. Kadang-kadang nak buang air pun terbantut bila lihat keadaan tandas yang sangat kotor dan berbau.

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...