Viral Di Twitter, Sharnaaz Ahmad “Koyak” Dikritik Netizen

Hiburan

Viral Di Twitter, Sharnaaz Ahmad “Koyak” Dikritik Netizen

Kah, kah, kah. Kelakar pulak Abang Nara membaca apa yang terjadi antara Sharnaaz Ahmad dan netizen di Twitter. Memang tergelak sakan dibuatnya. Memang jadi hiburan di kala kebosanan menghadap cerita Hafiz Hamidun dan Joy Revfa. Untuk makluman, baru-baru ini Sharnaaz telah menulis beberapa “tweet” yang agak beremosi.

sharnaaz

Advertisement

Namun tweet di bawah oleh Sharnaaz Ahmad telah mendapat perhatian daripada para netizen.

sharnaaz

Tweet yang menyelar golongan lelaki membuat tutorial makeup di Instagram dan Facebook ini mendapat maklumbalas yang begitu banyak daripada netizen. Ada yang bersetuju, ada yang membantah dan ada yang membalas dengan kata-kata penuh sindiran. Satu balasan daripada seorang pengguna Twitter cukup menarik perhatian.

sharnaaz

Ha, ha, ha. Kelakar kan? Memang pedih kata-kata tersebut. Memang boleh makan hati dibuatnya. Yang menjadikan ia viral ialah apabila Sharnaaz Ahmad telah mem”block” si penulis tweet di atas.

sharnaaz

Susulan pem”block”an tersebut, rata-rata netizen menggelar Sharnaaz Ahmad seorang yang mudah “koyak”. Tetapi ini kan dunia online, jadi memang Sharnaaz boleh buat apa sahaja yang dimahukan. Tak gitu? Apa pula pendapat anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...