Viral Baju Anak Bercorak Bunga : Che Ta Tidak Mahu Layan Perkara Remeh

Hiburan

Viral Baju Anak Bercorak Bunga : Che Ta Tidak Mahu Layan Perkara Remeh

Tentu ada semua tahu bahawa sut hitam dengan corak bunga merah yang dipakai oleh anak Rozita Che Wan iaitu Ammar Affendy menjadi viral di Internet. Untuk pengetahuan anda, ia adalah sut yang ditempah khas daripada seorang pereka fesyen terkenal.

Advertisement

Netizen menyamakan baju anak Che Ta dengan alas meja, “casing” telefon bimbit dan bermacam-macam lagi di Twitter dengan menggunakan ayat “ Saya tak tiru anak Che Ta”.

Meskipun sedang menikmati percutian bersama keluarganya di Greece, Che Ta sedar bahawa perkara itu menjadi bualan ramai. Namun, beliau tidak mahu memperbesarkan perkara remeh- temeh seperti itu.

Tak ada apa yang perlu saya perkatakan. Bagi saya itu adalah hal remeh dan tak perlu diulas dengan lebih lanjut. Maaf, isu sebegini tak cukup penting sehingga dapat menjejaskan jadual kerjaya saya.

Perkara ini agak kelakar sebenarnya, tiada niat untuk netizen untuk meyakitkan hati mana-mana pihak. Kadang-kadang tidak perlu serius sangat bukan? Apa salahnya bergurau manja dengan Che Ta dan anaknya. Hehe..

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...