Written by Bella | August 29th, 2016

Gosip percintaan antara Zizan Razak dan bekas isteri Datuk Eizlan Yusof iaitu Vie Shantie Khan bukanlah satu berita baru lagi.

Kedua-duanya menafikan mempunyai hubungan istimewa meskipun peminat dan pihak media dapat menghidu bibit cinta antara mereka apatah lagi mereka sering keluar bersama dan berpakaian sedondon sewaktu majlis perkahwinan adik Vie.

Namun, sehingga kini masih tiada perkembangan terbaru mengenai hubungan mereka.

Baru-baru ini Mawar Putih daripada akhbar Berita Harian dapat bertemu empat mata dengan Zizan dan menanyakan beberapa soalan mengenai beliau dan Vie.

Jelas Zizan, beliau dan Vie sebenarnya serasi bersama dan Vie adalah wanita paling rapat dengan beliau sekarang.

Ya, Vie adalah wanita paling rapat dengan saya ketika ini. Saya sebenarnya rasa rendah diri apabila berkawan dengannya.

Bagi yang kenal, mereka tahu siapa Vie. Dia “ low profile” walaupun memiliki segala-galanya. Ikutkan, kami bagaikan langit dan bumi.Kami serasi berkawan dan boleh berbual apa saja, terutama mengenai perniagaan. Vie saya lihat sebagai ahli perniagaan yang berjaya.

Ditanya mengenai soal jodohnya dengan Vie, Zizan bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut mengenai dan menyerahkan hal berkenaan kepada ketentuan Tuhan.

Soal jodoh, saya tidak berani memperkatakannya lebih-lebih. Saya berdoa tetapi biarlah Tuhan yang menentukannya. Dengan siapa Allah lebih tahu.

Semoga Zizan dapat bertemu dengan wanita yang boleh dijadikan peneman hidupnya. Kalau ada jodoh dengan Vie pun apa salahnya bukan?

Sumber Berita : Berita Harian

15 responses to Vie Wanita Paling Rapat Dengan Saya Sekarang – Zizan Razak

  1. Hakak jemah says:

    Ni pn 1 hal jugak, heboh ckp nk kawen, tp x jugak kawen2..
    Lpstu sbuk gosip sana sini. Bila tanya semua x mengaku.
    Yg pmpn tu lak, dh mcm xde jantan lain dia nk. Padan la dia xnk rujuk blk ngn bekas laki dia.
    Esok lusa, keluar lak stmt vie shanti nafi, x pun mengaku jugak suwai berkawan ngn jantan ni. Minggu dpn cerita 2 org ni lagi nafi lak itu ini.
    Asyk hapdet kisah bercinta je la sampai bertahun2. Hausssss!!!

    0

    0
  2. kata kau! says:

    X salah bella..ko gtau lh si zizan tu kawen cepat2..”Vie low profile tp ada segala-galanya”..haaa, mmg ssuai sgt lh tu..mmenuhi selera zizang..benda yg baik jgn dilambat lambat kn zizang..x gitew???

    0

    0
  3. bosan la weiiii..... says:

    satu lagi pasangan kontroversi!

    0

    0
  4. nok gebuzzz says:

    si vie ni boleh tahan kontroversi…..ex hsbd dia relax jer,xd gossip pon..

    0

    0
    • Anonymous says:

      betul. yang artis Eizlan tapi yang macam2 kontroversi, Vie.

      0

      0
    • anon says:

      Dia ni bkn artis pun tapi bkn main menyibok lagi. Agaknya nak wat ex dia jealous. Aku doakan eizlan dpt jodoh perempuan muda yg lawa & baik, bkn penipu mcm vi ni…

      0

      0
  5. melati says:

    Al Fatihah Zizan..semuga tenang lah engkau disana..!!!

    0

    0
  6. aura positif says:

    Come on Zizan!! Go for it…both are nice people….Cepatlah Zizan masuk meminang jangan tunggu lama2…….

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Jawapan tipikal yg diberikan artis Melayu bila nak coverline mereka sedang bercinta. Mcm tak ikhlas je nak kat anak org. Last last kantoi juga bercinta…. haktuiiii

    0

    0
  8. Anonymous says:

    klau vie pilih zizan…hmmmmmm…cam x de lelaki lain ke y dia nk…retis y muka bangla y dia suka..ap y menarik kat zizan ni pn aku x thu..

    0

    0
  9. johnny bravo says:

    zizan ni bodohlah, wat apelah dgn janda penipu yg dah boroi ni. Ramai lagi anak2 dara kat luar sana. Nasib ko lah kalau dijodohkan dgn janda attention seeker ni…

    0

    0
  10. sentap says:

    untung janda sekrg…cpt laku dpt lak bujang…yg anak dara smpi ni x bertemu jodoh…

    0

    0