Written by Bella | January 24th, 2016

Sekitar minggu lepas, gosip Zizan Razak yang dikatakan bercinta dengan bekas isteri Eizlan Yusof iaitu Vie Santie cukup hangat diperkatakan. Ada yang mendakwa hubungan mereka semakin rapat selepas kedua-duanya terlibat dalam satu perniagaan bersama-sama.

Walaubagaimanapun, Zizan nampaknya enggan memberikan komen lanjut meskipun ia sudah menjadi viral.

Hari ini, Vie yang tidak mahu gosip ini berterusan telah tampil menjelaskan status hubungan beliau bersama Zizan menerusi akaun Instagram miliknya.

Dengan pengakuan tersebut, Vie berharap agar tiada lagi pihak yang terus mengaitkan beliau dengan gosip berkenaan kerana ia memberikan kesan negatif didalam hidupnya.

Berikut adalah penjelasan penuh Vie :-

Salam.. Sebelum ini saya mengambil langkah untuk berdiam diri bukan kerana apa yang diperkatakan itu benar.Buat masa ini saya sibuk menguruskan urusan perniagaan saya sehingga tidak mempunyai masa untuk mengambil bahagian mengulas hal remeh temeh sebegini..

Namun bila fitnah ini semakin berleluasa sehinggakan melibatkan nama saya di ruang-ruang gosip dalam akhbar mahupun laman sosial, maka saya terpanggil untuk mengambil langkah memperbetulkan dakwaan segelintir pihak yang tidak usul periksa tentang kesahihan banyak perkara yang dilemparkan keatas diri saya.

Perbuatan mereka ini sudah keterlaluan dan melampaui batas kerana tidak adil jika mereka terus menulis sesuatu topik yang boleh memberi kesan keatas reputasi saya, apatah lagi jika ia melibatkan hal peribadi. Maka pada hari ini (22hb Jan 2016) saya ingin menyatakan bahawa gosip liar yang kononnya saya mempunyai hubungan intim dengan Zizan Razak adalah TIDAK BENAR sama sekali.

Saya hanya mengenali Zizan sebagai sahabat biasa, tambahan pula dia merupakan rakan kepada adik lelaki saya yang juga terlibat dalam industri yang sama. Saya memohon kepada semua pihak agar cerita fitnah ini dihentikan segera. Saya mempunyai keluarga dan mahu menjalani hidup seperti biasa tanpa sebarang kontroversi.

Akhir sekali, saya berharap agar ada sifat kemanusiaan di hatipara penulis untuk mempertimbangkan sesuatu perkara sebelum ia dikeluarkan sebagai kenyataan. Dunia kita kini terlalu banyak fitnah.

Janganlah sampai tangan kita menjadi kotor ‘MEMFITNAH’ kehidupan orang lain sehingga sebenarnya kita seolah-olah ‘MEMBUNUH’ kehidupan orang tersebut dalam masyarakat.Semoga masih lagi ada golongan orang beriman yang percaya pada tuhan dan hariakhir lalu menghentikan segala tohmahan yang akhirnya ia boleh mengheret mereka kepada kemurkaan tuhan.. !!

Itu dia penjelasan panjang lebar oleh Vie sendiri, mungkin benar hubungan mereka tidak lebih daripada rakan perniagaan. Maknanya Eizlan Yusof masih ada lagi peluang untuk memujuk Vie kan?

Sumber Berita: Instagram Vie Santie

22 responses to Vie Santie Nafi Bercinta Dengan Zizan Razak

  1. Vie cantik says:

    Vie santie ni cantik, xpdn dg zizan pun

    0

    0
    • Anonymous says:

      Betul tu.. Dia ni business woman, matang dan pandang jauh masa depan takkan la nak berkenan dekat badut.

      0

      0
    • anon says:

      Mmg tak padan pun, zizan tak pandang pun janda2 bekas org. Anak2 dara berlambak nak kat zizan…. Cantek pun kalau janda wat ape, dah boroi pun…Yg lbh teruk janda yg kuat menipu….

      0

      0
  2. Anonymous says:

    vie santie ke vie shantie?

    0

    0
  3. Ayu says:

    Harap Vie dpt berbaik semula dgn Eizlan

    0

    0
  4. dina says:

    zizan nye taste yang putih melepak… so mmg tak heran lah gosip ni… harap x betul lah…biarlah vie balik pada eizlan semula.

    0

    0
    • anon says:

      Semua org atas dunia ni nak yg cantek & puteh, tapi kalau dah jodoh dgn yg gelap nak wat camne….

      0

      0
      • miss kepah says:

        kecik ati aku yang itam ni kau ckp mcm tu…huehueheu apapun matsalleh suka yg kulit sawo matang, tanned skin dorg bilang

        0

        0
  5. hani says:

    zaman ni byk fitnah sbb suke upload gambo..kalo ko xkuar ngn zizan gelak ketawa pastu upload gambo mne org x terpikir yg ko ni ade hubungn ngn laki?mesti ade punce bile kuar fitnah tu..kalo xde, xde nyer org nk mengate..bese la mulut org ramai..bagusla ko bgi penjelasan..

    0

    0
  6. mrs pip says:

    hurmmmmmmmm …. vie with zizan? aku protes!
    tak sesuai la …..

    0

    0
  7. Anonymous says:

    rasanya zizan yang perasan lebey kat vie ni, siap kata no komen lagi nak kasi, apa salahnya sebut je takde apa2..sengaja nak kasi viral kan…..vie ni lawa..aku penah tengok dia kat curve masa tu ngan eizlan still husband n wife…lawa giler sedangkan tak pakai mekap pun..simple sangat…

    eh zizan, mana pompuan yg ko cakap nk kawen tu kat kampong?hek eleh ko cakap je lebey

    0

    0
    • johnny bravo says:

      Hey, ingat zizan nak sngt ke janda ke…… Janda2 yg beranak pinak dah sagging semua benda. Gf zizan seblm ni semua lawa2 & puteh pun. Vie tu janda laa….yuck..

      0

      1
  8. Anonymous says:

    kentut di waktu petang memang nikmat.. kentut itu nikmat Allah.. ingat uols

    0

    0
  9. azza says:

    Apsal tajuk lari dari isi kandungan cerita yg nak disampaikan?

    0

    0
  10. sue cantik says:

    ntahnya

    0

    0
  11. aku kepoh says:

    Zizan memang tergila gila kan vie tapi ibu zizan tak suka vie Sebab janda… Ibu zizan suka kat umi Naziera.. Tapi kan zizan taste putih gebu…

    0

    0