Written by serenity | August 7th, 2012

Tahun demi tahun, Petronas seringkali tampil dengan iklan raya yang kreatif dan menarik, namun yang paling ketara ialah mesej yang disampaikan melaluinya. Untuk tahun ini, filem pendek raya Petronas menampilkan pelakon Redza Minhat.

Filem pendek ini mengisahkan Erman, seorang jurutera Petronas yang ditempatkan di Asia Tengah, cuba untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan jauh dari kampung halaman, apabila jalan hidupnya menemukan dia dengan seorang kanak-kanak lelaki tempatan, Jeyhun.

Erman dan Jeyhun mulanya tidak mengenali antara satu sama lain, setiap langkah membawa mereka lebih dekat untuk mengenali potensi diri mereka yang sebenar, dan membawa perubahan pada orang di sekeliling mereka. Ianya cerita mengenai perjalanan seorang lelaki untuk mengenali dirinya sendiri dan eksplorasi makna sebenar kehidupan.

Filem pendek raya Petronas yang lepas banyak berkisar kepada cerita-cerita di Malaysia, tetapi kali ini ia memfokuskan kepada cerita yang lebih besar–peranan yang dimainkan oleh Petronas di negara-negara tempat ia beroperasi. Mari saksikan filem pendek ini. Kredit gambar via.me Redza Minhat.

 


21 responses to (VIDEO)Filem Pendek Raya Petronas Tampilkan Redza Minhat Di Uzbekistan

  1. G says:

    I like~!

    0

    0
  2. […] Tahun demi tahun, Petronas seringkali tampil dengan iklan raya yang kreatif dan menarik, namun yang palig ketara ialah mesej yang disampaikan melaluinya. Untuk tahun ini, filem pendek raya Petronas menampilkan pelakon Redza Minhat. Filem pendek ini mengisahkan Erman, seorang jurutera … Continue reading → […]

    0

    0
  3. […] Tahun demi tahun, Petronas seringkali tampil dengan iklan raya yang kreatif dan menarik, namun yang palig ketara ialah mesej yang disampaikan melaluinya. Untuk tahun ini, filem pendek raya Petronas menampilkan pelakon Redza Minhat. Filem pendek ini mengisahkan Erman, seorang jurutera … Continue reading → […]

    0

    0
  4. Glamer Gilerrr says:

    HENSEM NYERRRR……

    0

    0
  5. nini says:

    bila berada kat negara orang memang kita akan rindu gila kat Malaysia, terutama makanannya……….aku sendiri menangis2 cari makanan Malaysia setiap kali keluar negara. . dan kalau jumpa pun taklah 100% macam kat Malaysia tapi jadilah buat pelepas rindu……hahaha bila ingat lucu rasanya…

    0

    0
  6. Aida233 says:

    Muka Jeyhun macam joseph gordon lewitt

    short film ni mmg menyentuh hati :`)

    0

    0
    • Syah99 says:

      Joseph Gordon Levitt?It’s sound familiar to me.Is not that Joseph Gordon Levitt the guy from the sitcom 3rd Rock from the Sun?I think that is him.Yeah…Jeyhun face looks like JGL…xD

      0

      0
  7. Anonymous says:

    syabas…good character redza!!!

    0

    0
  8. haaaaaachuuuuummmmm!!!!! says:

    tertunggu-tunggu redza minhat dlm hot guys who cook.
    tiap2 minggu tunggu.tetibe dia pegi masak megi goreng jek??????????????
    oh noooo………………………….

    0

    0
  9. halo miss says:

    tnpe sdar sy mnangis..=(

    0

    0
  10. cinnamon says:

    He’s so fineeeeee. I can’t even handle his hotness, LOL. Did I mention ever mention that HE’S HOT? :>

    0

    0
  11. Anonymous says:

    sedihnya
    hanya 14 minit ja untuk tarik emosi aku ke dlm filem pendek ni
    thumbs up petronas n all the actor

    0

    0
  12. didu says:

    bagi link boleh…

    0

    0
  13. doo..doo.. says:

    congrats Petronas. bravo! filem pendek yg sgt bagus!

    0

    0