(VIDEO)Nad Zainal Kunjungi Semula Rumah Anak-Anak Yatim, Jelas Terserlah Sifat Penyayang

Hiburan

(VIDEO)Nad Zainal Kunjungi Semula Rumah Anak-Anak Yatim, Jelas Terserlah Sifat Penyayang

Amboi, amboi, amboi. Satu langkah yang amat bijak daripada pengurusan Nad Zainal iaitu A Klasse Management. Selepas video Nad Zainal berkelakuan tidak sopan (baca ‘terkangkang sambil ngadap handphone) tersebar dan menjadi viral, rakaman video kunjungan semula Nad Zainal ke rumah anak-anak yatim yang sama jelas menyerlahkan sifat penyayang, prihatin dan mesra pelakon ini. Lawatan ini telah dilakukan semalam dan ia adalah untuk menunaikan janji yang telah dilakukan ketika lawatan pertama. Jadi lawatan ini bukanlah dilakukan untuk meng’counter’ video yang telah menjadi viral itu.

nad zainal

Advertisement

Kata Nad Zainal:-

Saya telah ke sana semula atas janji yang telah dibuat ketika lawatan sebelum ini. Tiada kena mengena dengan isu yang timbul. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Rasanya, tiada masalah yang berlaku antara saya dan pihak rumah anak yatim terbabit.

Sementara itu Asyraf Khalid, ketua pegawai Eksekutif A Klasse memaklumkan yang Nad Zainal berasa amat gembira selepas sesi lawatan ini. Kata Asyraf:-

Niat kami ikhlas nak jumpa mereka. Sejurus selesai menziarai mereka, Nad bercakap dengan saya, ‘Asyraf, Nad tak kisah apa orang nak tulis, tapi, hari Nad happy sangat’.

Bagi saya, itu lebih bermakna. Kami dapat meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak tersebut. Bila saya nampak api, saya cuba jadi air, supaya api tak merebak dan bakar segalanya. InshaAllah, kita sentiasa memperbaiki diri

nad zainal

Apa-apa pun semua yang kita lakukan bergantung pada niat. Jika niat ikhlas, pasti akan sampai kepada hati semua orang. Diharap tiada pihak yang mempertikaikan kunjungan Nad Zainal ini. Semoga anak-anak yatim tersebut gembira dengan kemesraan Nad Zainal. Tahniah Nad dan A Klasse Management atas inisiatif ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...