Written by Bella | August 18th, 2015

Sebut sahaja nama Ziana Zain, tentu semua orang kenal bukan? Lebih-lebih lagi mereka akan teringatkan gaya nyanyian beliau yang sambil angkat kening itu.

Baru-baru ini semasa beliau sedang membuat persembahan  di pentas Kuala Lumpur Fashion Week 2015, satu insiden yang agak melucukan telah berlaku.  Semasa Ziana sedang menyanyi dengan penuh penghayatan tiba-tiba mikrofon yang digunakan oleh beliau tercampak jatuh dan beliau gagal untuk menyambutnya kembali.

Perkara itu berjaya di rakam dan ia sudah menjadi viral di laman sosial sejak semalam. Walaubagaimanapun, rata-rata peminat Ziana memberikan reaksi positif dan tetap memuji  sikap beliau.

Jom kita layan video ketika mikrofon beliau tercampak di bawah:-

Kalau kami berada di tempat Ziana Zain memang dah malu habis. Mana tidaknya penonton pun ramai dan masing-masing tengah menghayati persembahan beliau, tiba-tiba dikejutkan dengan insiden mikrofon terjatuh.  Apa-apapun kami “tabik” kepada Ziana kerana beliau tetap nampak comel.

Sumber Video: YouTube Media Hiburan

7 responses to (VIDEO) Mikrofon Ziana Zain Tercampak Di KLFW 2015 Jadi Viral

  1. Anonymous says:

    disebabkan incident itu nampak cute di mata saya, maka saya tak marah kak ziana over do ke apa.. ok ye

    0

    0
    • Lovelyvic says:

      Aku pun bantai ketawa tgk video ni..
      yg aku tak tahan tu sempat lagi pose sblm kejar mic…
      serius kelakar but cute…
      Aku pun suka.

      0

      0
  2. mersiq says:

    hahahaha

    0

    0
  3. ila says:

    hahhhaha…comel je….hayunan tangan tlmpau kuat tu kak ziana sb tu tcampak…xpe….lawak n comel…sy suke..sy suke…

    0

    0
  4. Shirley says:

    Lucu tapi comel je hehehe…. Terbaik lah Kak Ziana Zain!

    0

    0
  5. kutu says:

    adatlah kalau ada insiden semasa persembahan..jac pon penah tegolek..adira pon penah terduduk..misha omar kain sangkut.

    tabik ngn kak ziana..insiden ni buatkan dia nmpak so profesional..keep calm & pose.

    0

    0
  6. Rahimah says:

    Hahahahahahahahah
    Hahahahahhahahhahah
    Hahahahhahahahah
    Berair !!!

    0

    0