Written by Bella | August 28th, 2016

Sejak beberapa hari lepas, video pelawak Lan Pet Pet yang mengamuk dan memarahi penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menjadi viral di media sosial.

Dipercayai kejadian berpunca daripada tindakan penguatkuasa MPSJ yang mengunci tayar kereta milik Lan sedangkan pada waktu itu enjin tidak dimatikan dan isterinya juga berada didalam kereta.

Dek kerana video itu, ramai yang menyalahkan dan melemparkan pelbagai kritikan kepada pihak MPSJ.

Walaubagaimanapun, Lan meminta agar perkara tersebut tidak lagi dipanjangkan dan mengakui ia sebenarnya kesilapan beliau.

Pihak MPSJ sudah menjalankan tugas dan kewajipan mereka. Saya sendiri jadi serba-salah apabila ramai yang menyalahkan penguatkuasa MPSJ apabila video itu menjadi ‘viral’ semalam, sedangkan saya sebenarnya yang melakukan kesalahan.

Saya tidak menyalahkan mereka mengambil tindakan mengunci tayar kereta saya. Walaupun ketika itu isteri saya sedang menunggu dalam kereta lain di belakang kereta saya, ia tetap satu kesalahan.

Buat Lan apa yang berlaku memberikan beliau pengajaran dan menasihati agar mereka yang bergelar selebriti harus mematuhi undang-undang dan jangan menggunakan populariti untuk melakukan sesuatu perkara sesuka hati.

Pada masa yang sama, Lan merasa agak terkilan apabila ada pihak merakam aksi beliau itu tanpa kebenaran dan menyebarkan video berkenaan.

Saya tak pasti siapa yang merakam video itu. Disebabkan mereka juga perkara ini kecoh dan ramai yang menyalahkan anggota penguatkuasa MPSJ. Pendek kata individu berkenaan cuba mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku.

Apa pun perkara ini sudah diselesaikan dengan cara baik dan saya pun sudah membayar kompaun. Saya hormat mereka kerana masih boleh dibawa berbincang walaupun selepas saya memarahi mereka.

Respek pada Lan Pet Pet kerana mengakui kesilapan beliau. Apa-apa pun, perkara sudah diselesaikan secara baik dan tidak perlu lagi kita mengkritik mana-mana pihak.

Sumber Berita : Harian Metro

26 responses to Video Mengamuk Dengan MPSJ Viral : Lan Pet Pet Mohon Maaf

  1. Anonymous says:

    Dah memang salah kau. Dah viral baru nak mintak maap. Bluekk

    0

    0
    • Budak medik says:

      Boleh x tgok dulu video tu before awk komen?
      Sbb obviously salah jpj tu,
      Dan awk kalau teraniaya pun mesti marah..
      Skrg ni isunya, lan minta maaf bukan sbb viral, lan marah sbb org ramai dok hentam jpj, so lan xnak la kesalahan terus2 diletakkan atas jpj..
      Dari situ dah nampak, lan mengaku salah bukan sbb dia salah, tp sbb dia seorang yg sgt bertanggungjwb utk tak membiarkan org ramai terus menerus hentam jpj..

      Skrg sy x pasti awk ni x faham isu ataupun awk ni isteri org jpj or awk ni org yg rakam video ni, sbb cuma org yg. “Tak faham” isu je yg boleh salahkan lan dalam kes ni?

      0

      0
      • Anonymous says:

        Adik bakal doc..mpsj bukan jpj. Nanti bila periksa pesakit..hati-hati ya..takut salah ubat

        0

        0
        • Anonymous says:

          KAHKAHKAHKAH…klaka la komen ko. tapi ade betul nye jugak.org cakap sakit perut, die ingat sakit otak.

          0

          0
      • Anonymous says:

        Haha. Alahai.. naivenya bakal doctor ni. Tu la byk sgt belajar x jumpa org. Hello dik.. sah2 la dlm video tu Lan tu meroyan salahkan mpsj (bkn jpj ye) padahal sah2 dia salah. Cakap kemain kasar lagi. Padahal benda boleh bawa berbincang. Bini dia DALAM KERETA LAIN. Penguatkuasa tak buta perut sgt nak clamp kereta yg ada org di dalamnya. Bodo tak bodo Lan pet2 ni sebab tak educated. Mengamuk2 tak tentu hala.. dah viral buat2 rasa bersalah. Hahaha.. drama je lebih

        ISUnya skrg yg kau tak faham ialah.. retis ni (maybe laki ko kot kan.. or sbnrnya Lan sendiri yg komen) retis suam2 kuku ni nak COVERLINE je. Dah kantoi perangai rude dia.. ofcoz la dia divert isu konon2 mintak maaf, jgn salahkan penguatkuasa bagai. Apsal masa mengamuk tu takde lak dia rasa penguatkuasa tu betul dia salah. Dah viral cepat2 la mintak maaf konon2 rasa bersalah sbb org hentam penguatkuasa. Hahahaha. Dik.. jgn naive sgt ya.. dan takyah beria2 refreash page utk unlike komen. Org ada akal boleh pikir yg lan pet2 ni coverline je.

        0

        0
      • bodopiang says:

        mana datang jpj pulak nih..???

        0

        0
      • buekk says:

        hihi…a’ah..kalau lan ni hentam boleh la pulak ye…puii

        0

        0
    • makbapakbykduithantaruniversiticik says:

      budak medik?medik mana yg bangang sgt?Russia/ukraine/indon/india???

      0

      0
  2. Intai2 says:

    Betul tuuu….dh viral br ngaku salah kalo x jgn harap. Tp baik lh sikit dr sesetengah artis tu yg bila terang2 salah buat mcm x salah jerrr….

    0

    0
  3. kumbang putih says:

    Dah memang kau salah..lg nak bising..keturunan sengal

    0

    0
    • maisarah says:

      keturunan kau bagus sgt ke? klu bgus ko pun x buang masa komen kt sini kot. heh!

      0

      0
      • si chumil says:

        jangan smpi nak melibatkan keturunan org.. setiap org ada silap dan salah.. xde satu pon mahkluk didunia ni perfect.

        0

        0
  4. Anonymous says:

    Dah memang ko salah…lg nak bising2…keturunan sengal

    0

    0
  5. Anonymous says:

    hurm..padan muka si lan tu…dah x laku wat la mcm tu kan…
    minta maaf sbb dh diviralkan ..sib baik diaorg x up lan kuar kayu nk pukul bebudak ni…bini dia mmg ada TAPI DALAM KETE LAIN..bini dia kuar kete after kete lan di clamp…nk wat kecoh…x kisah la ko artis ke bawak byk duit ke,salah ttp salah…diaorg buat kerja ikut undang2..buka sesuka hati…
    to keyboard warrior..sila selidik dulu before nk komen2…sia2 je tabur fitnah kt mereka yg tidak berdosa…

    0

    0
  6. zupzapzupzap says:

    Awat lan..hang buat loklaq noo..takkan lah org mpsj tu saja2 nk pi clamp keta hang kot..lain kali tolong ikut peraturan yg telah ditetapkan ya

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Yg takde kt tmpat Tu x pyh nk hentam spe btol spe salah….kite x tau pe yg jdik sbnanye.

    0

    0
  8. Haha says:

    Mentang2 lan tak sepopular dulu mpsj buat tak layan je haha

    0

    0
  9. loyalmalaysian says:

    nak carik publisiti je…al maklum lah……lain kali parking baik2 sikit…jalan tu bukan awk yg punya…

    0

    0
  10. xpyh mtk maaf says:

    xpyh nak mintak maaf, sbb gomen tgh tak de duit,, sini sane die buat roadblock,pastu charge tah ape2 kesalahan. nak duit je skang

    0

    0
  11. lullaby says:

    kenapa xparking betul2 kalau dah tahu tgh bawak banyak duit? Cuba parking kat tempat betul hati pun tenang. nk masukkan duit kat dlm bank pun tenang xpyh terkocoh kocoh. kita lagi nk selamat sbb tgh bawak duit byk.

    orang lain pun pernah jugak nk masuk jumlah duit banyak dalam bank. apa salahnya parking kat tmpat y betul. walaupun ingt sekejap..parking lah sebetulnya sebab itu y sepatutnya kerana tidak menyusahkan pihak.
    please think about other people. there are certain rules that we need to abide and there are certain that are meant to be broken. *those irrelevant ones lah

    0

    0
    • Anonymous says:

      masalahnya selalu xde parking tmpat bank ni. kalau kau tgk kat hosp or area bank mesti parking full. so nk bising apanya, lagi pon bini dia ada dlm keta suruh jela alih keta. lain la xde tu baru clamp -..-

      0

      0
  12. sutun kurita says:

    Mintak maaf mencelah yekk..kadang2 sikap sesetengah pihak penguasa ni pon memilih,,berlaku depan mata saya..gerai tepi jalan jual buah durian milik peniaga melayu dirobohkan…dalam kawasan yang sama juga pemilik gerai durian kaum lain, ditepi jalan juga elok teguh berdiri…siap boleh buat promosi lagi..hahaha..racist ke apa ni??..maaf andai pendapat saya menyentap hati mana-mana pihak..

    0

    0
  13. mnyampah says:

    kalau keta korang kena block ke dgn org2 yg xpark btl2,ms tu mst mnyumpah soh clamp kan keta yg block keta korang kan??kena kt retis,kemain korang backup!manusiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    0

    0
  14. anon says:

    Hmm….dia ingat dia popular sngt ke, sampai nak marah2 org mcm tu. Menyampah betol dgn artis2 propa ni…. dia ni dah tak relenan dlm dunia seni.,
    Biasalah artis2 ni, lepas wat salah baru nak mintak maaf. Sepatutnya pikir dulu…

    0

    0
  15. Penyokong says:

    Biase la artis dah kaye sikit je pun mcm nk menunjuk die punye pawer,bang hidup ni pinjam je,berbaik dgn manusia tk de salah kn

    0

    0