Video Klip RM 1 Juta Datuk Seri Vida Kini Di YouTube, Netizen Anggap Hasil Tak Berbaloi

Hiburan

Video Klip RM 1 Juta Datuk Seri Vida Kini Di YouTube, Netizen Anggap Hasil Tak Berbaloi

Video muzik single Datuk Seri Vida (DSV) yang berjudul I Am Me kini sudah dimuat naik ke YouTube. Dalam video itu, Vida dihiasi dengan kilauan emas permata dan wang ringgit dan bagi usahawan popular ini, dia bukan mahu riak tetapi inilah yang diinginkannya dalam video muziknya.
vlcsnap-2017-10-05-14h43m05s859

Video itu dimuat naik ke rangkaian YouTube DSV semalam dan setakat ini sudah ditonton lebih 30,000 kali dan mendapat lebih dua ribu likes.

Advertisement

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Vida memberitahu telah membelanjakan RM 1 juta untuk menghasilkan video muzik tersebut yang turut disertakan sari kata bahasa Melayu dan bahasa Korea.

Bagaimanapun, ada Netizen meninggalkan komen yang hasilnya seolah-olah tidak berbaloi dengan kos RM 1 juta yang telah dilaburkan. Menurut Chum Buzz:

Maaf la Dato.. saya rasa kualiti video ni amat bagus… cuma cara video ni di-shoot dan bagaimana video ni dirakam saya rasa tak berbaloi.. sepatutnya Dato kena pilih Director yg betul betul mantap. Saya tak rasa vibe international…???? sepatutnya lagu Dato akan lebih mantap dengan music video yg mantap

vlcsnap-2017-10-05-14h43m33s670

Teropong Ajaib menulis:

Dato kenapa lambat dah kurang fenomena i am me nyer…. agak kecewa sbb ingat ada tarian² khusus ke apa ( sbb kata nk setanding Psy,PPAP etc kan) next time dah siap semua MV baru dato release lagu… macam omputeh first day release single dh siap ada MV baru go viral and views meningkat.. bukan apa takot basi #Komenikhlas

vlcsnap-2017-10-05-14h44m35s051

Maaf la Dato. Saya kecewa Dato Gebang2 kata video dato nak lawan Taylor swift and Katy perry. Hakikatnya video Dato ni sangat sedihhhhh. Siapa camera man video ni? Sedihhhnya shoot MV ni… zoom melampau2. Orang kalau dah modal video 1 juta…buatlah ada shoot pakai Drone ke…buatlah canggih2 sikit. ini macam style 80 an jer gayanya. Saya rasa yang mahal dalam video ni props jer… content video dengan teknik2 kecanggihan yang di harapkan amatlah ………..menyedihkan. Kesian Dato pun tak pandai cari pengarah……membazir jer sejuta tu…..

Video tersebut boleh ditonton di bawah:

Apa pun, video muzik asal I Am Me mendapat 8.6 juta tontonan dengan lebih 64,000 likes. Ia juga mendapat reaksi dari Netizen Timur Tengah dan Korea Selatan.

Diharap video terbaru ini akan mencipta fenomena memandangkan lagunya catchy dan infectious. beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...