Video “Buang” Ini Buktikan Sesuatu Itu Mungkin Tiada Nilai Di Mata Kita, Namun Cukup Bermakna Untuk Ibu Bapa Tercinta

Hiburan

Video “Buang” Ini Buktikan Sesuatu Itu Mungkin Tiada Nilai Di Mata Kita, Namun Cukup Bermakna Untuk Ibu Bapa Tercinta

Setiap hari, rutin Abang Nara ialah bangun pagi, gosok gigi, makan roti dan bukak komputer untuk melihat perkembangan dunia seharian. Paling Abang Nara suka ialah buka Facebook sebab banyak informasi menarik yang dikongsikan oleh kawan-kawan di situ. Berita semasalah, gambar lawak la, video menariklah dan macam-macam lagi.
courts malaysiaPagi ini, sedang Abang Nara melayan Facebook, terperasaan beberapa kawan berkongsi satu video yang sama. Kata mereka video ini wajib ditonton sebab menyentuh jiwa dan raga. Siap boleh buat kita mengimbau zaman kanak-kanak. Abang Nara macam biasalah skeptikal sikit. Kawan-kawan Abang Nara nie memang over sikit kadang-kadang. Jadi untuk mengetahui kebenaran kata-kata mereka, Abang Nara pun tontonlah video tersebut:-

Sob, sob, sob. Sememangnya filem pendek bertajung “Buang” dari Courts Malaysia ini memang menyentuh perasaan, jiwa raga dan naluri Abang Nara. Bergenang kejap air mata. Teringat kenangan bersama atuk tercinta di kampung menonton televisyen yang sama seperti di dalam video di atas. Dan kat rumah Abang Nara dulu pun memang ada kipas yang sama. Di situlah Abang Nara adik beradik pun sejukkan air, tiup buat bunyi kapal terbang dan berlagak macam Superman. Kenangan sungguh!!!

Advertisement
courts

korang kecik-kecik pun confirm ada buat macam nie kan?

Abang Nara suka dengan pengajaran video “Buang” dari Courts Malaysia ini iaitu sesuatu yang lama, tak semestinya tidak bermakna. Kita selaku manusia memang lumrah sukakan dengan benda yang baru. TV nak baru, sofa nak baru, peti ais nak baru, kereta nak baru. Ada tue bini pun nak baru jugak. Hehehe. Namun kita perlu ingat, benda lama pun ada harganya tersendiri. Harga dari segi kenangan, memori, pahit manis yang diharungi dan pengalaman yang dicipta bersama. Jadi kita perlu sentiasa menghargai sesuatu yang lama dalam kehidupan kita, tanpa perlu membuang mereka sesuka hati. Amboi berfalsafah pulak Abang Nara di pagi-pagi hari ini.
ciurtsVideo “Buang” ini dihasilkan sempena ulangtahun ke 30 Courts Malaysia. Abang Nara dah pernah kongsikan rahsia Courts kekal lama di Malaysia menerusi artikel ini satu ketika dahulu. Sejak tahun 1987, Courts Malaysia telah meraikan hidup senang bersama rakyat Malaysia. Courts telah membantu ribuan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah untuk membeli pelbagai jenis produk menerusi skim pembayaran mereka. Senang cerita, Courts ini sejak Abang Nara kecil sampailah ke hari ini, sentiasa berada di sisi menemani setiap detik kehidupan. Power sungguh!!!
courtsMaklumat lanjut layari www.courts.com.my.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...