Written by AbangNara | May 9th, 2014

Ya kalau anda berusia lebih kurang Abang Nara, pastinya anda sering mendengar lagu Vertical Horizon ketika zaman muda-muda dulu. Antara lagu kumpulan ini yang popular ialah “Everything You Want”, “Best I’ve Ever Had” dan “You’re God”. Teringat kenangan belajar main gitar lagu “Best I’ve Ever Had” sebab minat sangat-sangat dengan lagu itu. Sayangnya diri ini memang tidak berbakat dalam seni jadi sampai ke sudah tak habis belajar. Hehehe.

vertical horizon in kl
Dan ada berita baik untuk peminat-peminat kumpulan Vertical Horizon di Kuala Lumpur. Dibawakan oleh Te’Ark Records, Vertical Horizon akan menggegarkan KL KL Live, Jalan Sultan Ismail pada 3 Jun ini bermula pada jam 8 malam. Inilah masanya untuk mengimbau kenangan dan menyanyi lagu-lagu Vertical Horizon secara “live” dengan ribuan penonton yang dijangka bakal memenuhkan KL Live.
vertical horizon in kl

Tiket-tiket berharga RM128, RM178, RM238 boleh dibeli menerusi laman web www.ticketpro.com.my atau di kedai muzik Rock Corner. Diskaun sebanyak 20% akan diberikan kepada mereka yang membeli tiket “early bird” sehingga 19 Mei ini. Persembahan pembukaan Vertical Horizon In KL akan dilakukan oleh kumpulan OAG.
vertical horizon in kl

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.vhliveinkl.com. Jangan lepaskan peluang keemasa ini untuk menyaksikan Vertical Horizon secara “live”.

Yang Ini Pun Best Jugak:-

    7 responses to Vertical Horizon Gegarkan Malaysia 3 Jun Ini

    1. Anonymous says:

      tak ada faedah pun….next time baik engko war2 kan program keagamaan..dpt pahala…ke nak kena bayar dulu baru ko nak promote?

      Hot debate. What do you think? Thumb up 2 Thumb down 8
    2. Bedah says:

      Dah tua baru nak turun Malaysia?
      Maaf, sudah terlewat..! Peminat anda telah kertu =P

      Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 4
    3. wak lu says:

      Awie ade x

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 2
    4. Anonymous says:

      tringat lagu ni mse study kt ipoh..kenangan lame mengusik kalbu..

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
    5. pilot says:

      apeciter MH370? senyap sunyi dah.yg tak balik ghumah pakat balik ghumah dah.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    Leave a Comment

    Optional


    2 + = 4