Written by Bella | April 16th, 2015

Kemelut yang dihadapi oleh Persatuan Seniman Malaysia(Seniman) akhirnya telah terlerai apabila Ahli Jawatankuasa persatuan tersebut sebulat suara menyingkirkan Vanidah Imran daripada terus memegang jawatan sebagai bendahari.

Menurut presiden persatuan Zed Zaidi, pelucutan jawatan itu adalah wajar kerana Vanidah telah gagal untuk mematuhi arahan jawatankuasa dimana beliau harus bertanggungjawab menyelesaikan gaji pekerja, bayaran sewaan, bil tertunggak serta perkara lain yang sedikit sebanyak mampu mencetuskan masalah dalam sistem pentadbiran Seniman.

Pelucutan tersebut dibuat atas sebab dia (Vanidah) tidak mendengar arahan jawatankuasa agar menyelesaikan bil tertunggak, gaji pekerja, bayaran sewaan dan lain-lain sekaligus meyukarkan pentadbiran Seniman.

Pada pendapat Zed Zaidi, untuk menjadi ahli dalam persatuan seseorang itu harus memberikan komitmen, bertanggungjawab dan tidak menyusahkan orang lain.

Prinsip dalam persatuan senang sahaja. Kita buat kerja sukarelawan dan jika tidak boleh memberi komitmen, jangan ambil tanggungjawab jika tidak mampu kerana ia akan menyusahkan semua orang.

Kita mahukan AJK persatuan adalah individu yang boleh buat kerja dan bukan berdasarkan populariti.

Perbuatan Vanidah yang melarikan buku cek persatuan serta tetap berdegil untuk tidak memberikan kerjasama untuk mengeluarkan wang bagi beberapa proses penting telah mewujudkan konflik didalam ahli jawatankuasa Seniman.

Susulan perkara tersebut, satu laporan polis telah dibuat oleh Zed Zaidi di Balai Polis Taman Melawati dimana enam ahli jawatankuasa baharu Seniman iaitu ashidi Ishak (Pengerusi Biro Sukan & Sosial), Datin Sofia Jane (Pengerusi Biro Pelakon), Khir Rahman (Pengerusi Biro Pendidikan Seni & Latihan), Arash Mohd (Pengerusi Biro Pemantauan & Penguatkuasaan), Sharifah Amani (Ketua Biro Seniman Muda) dan Lisa Surihani (Pengerusi Biro Sukarelawan & Penajaan) telah mengeluarkan kenyataan kepada media dimana mereka mempertahankan tindakan Vanidah yang menyimpan buku cek tersebut.

Berikutan kes ini juga, suami Vanidah iaitu Rashidi Ishak telah menarik diri sebagai Pengerusi Biro Sukan & Sosial secara lisan dan masih belum menyerahkan surat rasmi kepada Zed Zaidi.

Jawatan bendahari kini diambil alih oleh pelakon Zarina Raja Lawak 5.

Sumber Berita: mStar Online

26 responses to Vanidah Imran Dilucutkan Jawatan Daripada Seniman

  1. kahkahkah says:

    kahkahkah,makin lawak seniman skrg ni,dari dulu sampai skrg tak habis2 rebut kuasa.

    0

    0
    • Anonymous says:

      kalo dia larikan cheque book pn dia bole buat apa..
      dia larikan dari tangan penyangak2 yang ada dalam persatuan tu ape..

      0

      0
    • zuanzuan says:

      apalah bodoh sgt? Zed zaidi nie bukan dulu kerja bank ke, tak akan tak tahu buku cek yg dipegang oleh vanida tue boleh dibatalkan serta merta oleh bank jika ada arahan daripada pengerusi tue sendiri, so buku cek tue tak de nilai lah lepas tue.

      0

      0
  2. Anonymous says:

    v ni bersih dr publisiti.
    bila jd mcm nie…tak best la.
    apa pon harap v dpt beri penjelasan berhubung tuduhan ini.

    0

    0
    • N says:

      xpe.. mesti V ada sebab kenapa buat mcm tu kan..
      so far pon dia bukannya ada problem
      kita tgu jelah penjelasan V..

      0

      0
    • unknown says:

      rasany V dah pernah bg statement.. katanya dia x bole suka2 hati keluarkan cek/payment tanpa butiran lengkap walau atas arahan presiden.. sekian

      0

      0
  3. sue says:

    Lagi bagus V. Duduk rumah, fokus kat famili, diri sendiri & kerja sendiri sudah. Tak payah nak serabut kepala deal dgn politik & org2nya. What for? Bukannya depa boleh bawa kebahagiaan & ketenangan pun. Depa nak buat cam manapun biar pi depa. In the end, masing2 akan disoal nnti kat akhirat utk apa jua tindakan kita biar sezarah pun. Pandai2lah semua jaga kelaku & tindakan bila hidup kat dunia ni.

    0

    0
  4. Ante says:

    Aku ingat ler,lepas ni kalau nak lantik Presiden Seniman,lantik ler orang orang beriman macam Ustaz Ustaz dari kalangan ahli ahli Nasyid dan sebagainya.Takde ler panas sangat seniman tu,jika nak menipu pun akan rasa malu pada Ustaz yg jadi Presiden tu.

    0

    0
    • Anonymous says:

      lepaih nie si V ni plak buat report polis ckp dia buat mcm tu ada sebab..sebab ada unsur penyalagunaan wang seniman..atau apa2 la..tgk la nani kalau tak percaya. senang ja nak tau skrip drama melayu malaysia nie..huhuhu!
      tak la payah sgt mcm skrip ‘”mana MH 370?”

      0

      0
  5. ewahbule says:

    HMMMMMMMMMMMMMMMM

    0

    0
  6. AwanNano says:

    Seniman Bujang Lapok memang best..!!

    0

    0
  7. sherry says:

    Serious menyampah ngn Zed Zaidi ni. Perasaan bagus. Sebenarnya dia ni yang banyak kontroversi sbb perangai menggelabah dia tu.

    0

    0
  8. Biskut says:

    Bukan ker dulu V penah bg statement yg dia tak blh nk kuarkan apa2 wang atau payment sbb blom ada surat kuasa utk membolehkan dia berbuat demikian. kalo nk kuar kan wang sesuatu organisasi, dia kena la ada authorization dr pihak berwajib. ZZ sbg presiden dh penah bg surat kuasa utk V ker?

    0

    0
  9. angel says:

    bukan sbb buku cek tp, tanggong jawab dia mana apasal larikan diri mesti ada smoething ooooo…

    0

    0
    • baaaaboon says:

      Dia larikan cek bukan larikan diri. Authorization letter zed tak buat walaupun dia suruh berkali kali. Kalau vee issue cheque pun tak valid. Takde ke banker famous nak komen kat paper tentang kebodohan Zed. Melayu kan macam tu, suka cari orang famous panggil komen. Chq book tu kalau dia release ke Zed barulah tak buat kerja namanya. Tak pe Vee, awak go down as a hero. Tengok sapa back up dia, bukan calang calang orang kot.

      0

      0
  10. ada aku kesah says:

    hurm aku idok le paham cite seniman ni cane sbnrnya.
    tp dpt agak le jgk sikit2, ada kaitan dgn org gilak kuasak.
    tgk le nama2 yg defend vanidah. semua pengerusi la ketua la.
    takkan dorg sesaja nak defend dia tanpa sbb kan.
    bila lg nak lucutkan si zz ni dari seniman. makin nyampah ai.

    0

    0
  11. zabedah zabit says:

    zed zaidi ni..iq di sama mcm mat maslam.

    geli nama zed zaidi padahal rozaidi ..sudahlah roz…

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Quote from Zed Zaidi;
    “Kita mahukan AJK persatuan adalah individu yang boleh buat kerja dan bukan berdasarkan populariti.”

    Pasal ko tau ko tak popular kannn. hahahaha. Sudah la Zed. Bawak sedar diri sikit.

    0

    0
  13. aku pun ensem gak says:

    vee tu anak polis…. apa tindakan dia memang betul..bukan melarikan buku cek…tapi menjaga amanah yang diberi padanya…duit seniman bukan utk kepentingan individu,,bukan utk bayaran yang tak manafaat…. vanidah imram pelakon yang bersih dari segala gosip liar atau murahan..rekod bersih…dia seorang yang amanah…
    zed zaidi dah terdesak sebab tak ada tawaran berlakon yg ditawar pada dia…nak pusing duit la tu…..

    0

    0