Written by AbangNara | July 8th, 2015

Nama Shah Jaszle satu ketika dahulu memang cukup hebat. Sebelum kontroversi yang melanda dirinya (khalwat, putus tunang), ramai yang mengidamkan Shah Jaszle sebagai teman lelaki idaman mereka. Muka pun hensem, berlakon pun pandai. Namun saham serta popularitinya jatuh merudum seperti mata wang Malaysia selepas ditangkap khalwat sedangkan sudah bertunang ketika itu.

shah jaszle

Sudah pun berkahwin secara senyap-senyap dengan dihadiri keluarga terdekat sahaja pada 1 Mei lalu, Shah Jaszle kini muncul mewarnai dunia hiburan selepas 2 tahun menghilangkan diri. Dalam tempoh menyepikan diri itu, Shah Jaszle telah pergi mencari diri sendiri dan mahu para peminat melupakan kontroversi khalwat yang pernah melanda dirinya. Kata Shah Jaszle:-

Terlebih dahulu, saya mahu memohon maaf jika ada yang mencari saya. Bukan apa, dua tahun kebelakangan ini saya terpaksa berhenti menerima tawaran berlakon. Niat saya hanya satu, membawa diri jauh daripada segala kontroversi. Memang sakit bila ramai yang menghentam saya macam-macam selepas ditangkap khalwat. Kehilangan saya itu hanya sementara. Saya pergi mencari kekurangan diri.

Bukan (takut disoal kes khalwat). Saya buat semua ni kerana nasihat ibu dan arwah ayah. Ibu berkata, apabila semakin banyak saya muncul dalam mana-mana drama atau filem, maka semakin ramailah yang mencari kesalahan saya. Baik saya senyap jika tidak mahu dihentam lebih teruk.

shah jaszle

Untuk makluman, kes khalwat Shah Jaszle masih lagi dibicarakan. Pelakon ini masih berpegang kukuh bahawa dirinya tidak bersalah di dalam hal ini dan yakin kebenaran akan terbukti jua satu hari nanti. Kata Shah Jaszle lagi:-

Kes itu masih berjalan sekarang. Sudah dua tahun berlalu, bila sampai masa nanti saya akan buktikan diri tidak bersalah.

Tidak semua (kontroversi timbul berpunca darinya). Saya tidak perlu risau kerana keluarga tahu siapa diri saya. Sebab itu, saya pilih jalan yang terbaik dengan berdiam diri apabila ditanya tentang isu khalwat. Saya tidak mahu membawa mulut kerana kata-kata itu nanti akhirnya akan memakan diri sendiri.

Selama dihujani dengan kritikan dan cercaan orang, saya sudah banyak berkorban maruah. Malu semuanya saya tanggung.

shah jaszle

Mungkin Shah Jaszle tahu sesuatu yang kita tidak ketahui dan menyebabkan dirinya begitu yakin sekali. Apa pun, semoga kemunculan semula Shah Jaszle akan disambut baik oleh semua pihak. Memang sukar nak lupakan kontroversi yang pernah melanda dirinya. Hanya ada satu cara sahaja iaitu terus menerus berlakon sebaik mungkin sehingga para peminat bercakap hanya tentang bakat anda sahaja. Sumber Utusan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

16 responses to 2 Tahun Menghilang Kerana Kes Khalwat, Shah Jaszle Mencari Kekurangan Diri

  1. Lovelyvic says:

    Berlakon pun dh tak layak jadi hero rasanya…
    Kalau watak bapak2…. bleh ar.

    0

    0
  2. Anonymous says:

    cakap aje lah nak carik job carik duit sebab bini nak bersalin

    0

    0
  3. Kijang says:

    Shahz ni kawin sama hari dgn ramona zamzam ari tu kan? Tanjat boboy nengok gmbar kawin dia. Jauh beza dgn gmbar kawin ramona. Baju mcm pinjam, tak iron lgsg, nmpak 2-2 mempelai main tibai ambik baju nak cpt je. Jauh beza dgn ramona nye wedding yg teramat lah mesmerizing gichewwwww. Maaf sy phm ni bulan pose tapi pndg sejuta kali kat bini Shahz tu pun ttp ku khuatiri awat nmpak pelik bebeno ye? Kalau and phm maksud sy. Apa2 pun tahniah sbb sudah mndirikan rumah tgga.. Takmau jadi playboy lagi k no no no

    0

    0
  4. aku says:

    err…perempuan yg dia kawen ni..perempuan yg sama dia selfie dlm kereta gmbr atas tu ke? ha..dua2 dh nampak gemuk.. ape rahsianya ek… bahagia nampaknya..

    0

    0
  5. lalala says:

    hr tu ada baca kat harian metro, adalah menyebut tntng sorang artis laki yg br je kwin kira2 sebulan lps (tp post ni dah lama lah, bkn br kluar bln ni) ckp bininya tunggu nak bersalin je. sumber tu dia dpt drpd kwn artis tu sendiri. mula2 kwnnya tak percaya, tp bila artis tu tnjk gmbr kat kwn dia tu, brlah kwnnya caya. pastu ada lah tls kat ruang tu, ptt kwnnya heran gf artis tu tetba ubah penampilan bertudung dan berbaju longgar bagai. ada sesuatu nak disembunyikan. aku pun fkr2 sapa artis laki yg br2 je kwin dlm tempoh tu sbb bknnya rmai artis laki yg br je kwin msa tu.
    ps:ni apa yg aku baca kat hrian metro, bkn aku buat gosip sendiri. jap nanti mst ada yg mrh aku ckp aku bergosip bln pose ni..haha. well, dah ni mmg blog gosip. gosip secara berhemah bak kata abg nara kan

    0

    0
  6. Miraedoramon says:

    erkkk wifey dia ni cantiknyaaa ..shah jaszle ni pon ramai awek2 cute minat dia ..

    0

    0
  7. Cum Gang says:

    Alhamdulillah Allah masih sayangkan dia. Kahwin atau kehendak kahwin itu bukan sesuatu yang mudah, ada peristiwa yang membawa Shah untuk nikahi isteri dia sekarang. Moga perkahwinan ini menutup segala kontroversi yang melanda dirinya.

    Lantaklah orang nak kata bini dia dah mengandung ke ape. Aku yakin Shah akan berubah bila dapat anak nanti. Dia akan terus diuji..hanya dengan ujian sahaj dia akan lebih dekat kepada tuhannya. Shah! Tahniah! Moga jadi ketua keluarga yang soleh. Be loyal and be a man!

    0

    0
    • ubi says:

      komen yg paling matang..alhamdulillah..semoga kedua ibubapa anda dirahmati Allah swt..thumbs up for u cum gang

      0

      0
  8. Anonymous says:

    Jgn kawin sbb ada sbb sudah!!!huhuhuhuhu

    0

    0
  9. mawar says:

    aikkk ingatkan dh bersara…x yah lah lagi berlakon…cari keje lain okey

    0

    0
  10. aku says:

    Lantak pi laaaaaaaaaaaaaaaaaa

    0

    0
  11. saya says:

    jujur ckp…aku tak kenal shah sgt tp shah penah dtg belakon kat umah aku… dia very humble.. infact aku jumpa mak dia n hanis jugak… mmg diorang down to earth..apa pun yg jadi.. biarla…if dia nak berubah alhamdulillah… sy nampak sendiri shah solat..doakan je la dia betul2 insaf…sendiri mau igt la kan…

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Ensom ke?okay bye!

    0

    0
  13. LittleApple says:

    Setiap orang ada kisah silam. entah2 apa yang berlaku pada dia mungkin pernah berlaku pada kita pada masa lalu. atau masa hadapan nanti? manatau kan. Sebab tu mulut tu kena jaga. Jangan nanti korang yang kena, i mean nafsu tu stiap manusia ada. manatau one day korang pula yg termengandungkan anak dara orang. or maybe anak korang. time tu flashback la apa yg kuar dri mulut korang. nawuzubillahiminzalik. Doa kan baik suda. tak payah nak tambah garam tambah macam2 :) Muhasabah diri. People deserve a second chance

    0

    0