Usaha Berterusan JKKN Meningkatkan Martabat Bahasa Melayu Di Kalangan Warga Asing

Usaha Berterusan JKKN Meningkatkan Martabat Bahasa Melayu Di Kalangan Warga Asing

Adakah anda masih ingat dengan Pertandingan Lagu Melayu Antarabangsa yang mula diperkenalkan tahun lepas? Pertandingan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) ini yang dibuka khusus kepada warga asing mempertandingkan bakat mereka dalam membawakan lagu-lagu ciptaan komposer Malaysia dengan lirik berbahasa Melayu. Namun, kalau tahun lepas peserta dari Yaman memenangi kategori lelaki manakala peserta dari Kemboja memenangi kategori wanita, tahun ini sepuluh orang peserta dari sepuluh buah negara akan berentap untuk mendapat gelaran juara Pertandingan Lagu Melayu Antarabangsa (PALMA) 2012.

Peserta-peserta yang telah terpilih untuk bertanding di peringkat akhir kali ini ialah Uleh Chika Kingsley dari Nigeria, Ameen Mohammed Ammen dari Iraq, Oliver Ng Tat Chung dari Mauritius, Rene Mark Barrow dari United Kingdom, dan Noreldin Mohamed Taha Mansor dari Sudan untuk Kategori Lelaki.

Manakala untuk Kategori Wanita, lima peserta yang terpilih ke peringkat akhir ialah Zhao Chen dari China, Tebogo Amogelang Mokone dari Botswana, Choi Hye Min dari Korea, Sonam Dolma Lama dari Nepal dan Paing Patrya dari Kemboja.

Advertisement

Tuliskan dalam diari anda, Pertandingan Akhir Lagu Melayu Antarabangsa 2012  bakal berlangsung pada hari Sabtu, 3 November 2012, pukul 8.00 malam di Auditorium Perdana, Angkasapuri. Kalau tak berkesempatan menonton secara langsung, anda juga boleh menonton siaran langsung pertandingan ini di TV2 mulai jam 9.00 malam.

Untuk pengetahuan anda, penganjuran PALMA 2012 ialah yang untuk tahun kedua selepas kejayaan penganjuran pada tahun lepas. Seperti tahun sebelumnya pertandingan ini hanya terbuka kepada peserta bukan warganegara dan ia mendapat maklum balas positif daripada warga asing yang terdiri daripada pekerja kedutaan dan suruhanjaya tinggi, perwakilan negara luar termasuklah yang sedang berkhidmat di sektor swasta serta kakitangan dan pelajar pusat pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS).

Selain mengiktiraf bahasa Malaysia sebagai perhubungan rasmi di persada dunia melalui pembudayaan bahasa, pertandingan ini juga diadakan bagi mengembangkan populariti lagu Melayu ke luar negara. Ia bermatlamat untuk membuahkan hasil yang baik serta dapat melahirkan rakyat Malaysia yang sayang akan bahasanya sendiri.

Bagaimana, hebatkah warga-warga asing ini menyanyikan lagu melayu? Saksikan prebiu di sini:-

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...