Uqasha Senrose Nafi Ada Masalah Dengan Wanita Bertudung

Hiburan

Uqasha Senrose Nafi Ada Masalah Dengan Wanita Bertudung

Gara-gara memuat naik video menjelaskan beliau berdepan dengan situasi mengejutkan apabila seorang wanita bertudung labuh menunjukkan penumbuk terhadap dirinya dalam satu kejadian di sebuah stesen minyak , pelakon Uqasha Senrose menerima kecaman daripada netizen.

Advertisement

Uqasha sebenarnya tidak mahu memberikan komen panjang mengenai isu tersebut dan niat beliau memuat naik video berkenaan kerana ingin berkongsi apa yang sudah berlaku kepada dirinya serta meminta agar kaum wanita menjaga adab.

Seperti yang saya jelaskan dalam video, beberapa hari lepas saya ke Kelantan dan ketika di stesen miyak, berlakunya satu kejadian salah faham di antara saya dan seorang pemandu perempuan. Sebenarnya, saya tak mahu komen panjang tentang isu ini tetapi ingin saya jelaskan saya tiada masalah langsung dengan sesiapa. Saya tiada niat buruk dan mahu netizen mengambil pengajaran dalam kisah saya.

Apa yang saya ingin sampaikan adalah sebagai perempuan kita haruslah menjaga adab. Saya bukan menghentam perempuan itu kerana bertudung. Tetapi tidakkah penampilan seseorang itu harus menggambarkan karakter dan perilakunya? Saya  benar-benar terkejut, kereta yang pancung kereta saya dan memberi isyarat penumbuk itu adalah perempuan malah bertudung labuh.

Uqasha sebenarnya tidak kisah untuk meminta maaf kepada wanita tersebut tetapi wanita itu sebaliknya mengeluarkan telefon bimbitnya untuk merakam tindakan Uqasha dan menjadikan ia bahan untuk viral.

Kadang-kadang ada situasi yang memang akan membuat kita terkejut kerana tidak menyangka seseorang itu berbeza dengan penampilan mereka. Semoga dengan penjelasan Uqasha ini, kita juga boleh menjadikan ia sebagai pengajaran.

Sumber Berita : Media Hiburan

Kredit Video : Jebart Media

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...