Written by Bella | February 25th, 2015

Mempunyai wajah yang jelita dan manis membuatkan Uqasha Senrose menjadi idaman lelaki diluar sana. Pernah putus tunang bersama Pekin Ibrahim dan didakwa sebagai teman tapi mesra Syafiq Kyle, kini Uqasha kononya telah dirisik oleh seorang anak hartawan.

Anak hartawan tersebut dikatakan tunang kepada seorang pelakon yang masih baru dalam industri dan pernah digosipkan dengan beberapa artis wanita lain sebelum ini. Gosip liar ini tersebar apabila sebuah akhbar mingguan pada hari Ahad menyatakan Uqasha dan jejaka tersebut dikatakan pernah keluar bersama sebelum ini.

Namun, Uqasha yang tidak pasti siapakah anak hartawan yang dimaksudkan sedang mendekati dirinya hanya mengetahui mengenai perkara itu selepas membacanya di akhbar. Uqasha sekeras-kerasnya telah menafikan gosip tersebut dan meminta agar tiada pihak yang menjaja kisah tidak benar tentang dirinya lagi.

Saya langsung tidak mengetahui mengenai perkara itu dan pada saya gosip berkenaan adalah mengarut dan tidak mempunyai asas.Malah saya sendiri tidak mengetahui anak hartawan mana yang dimaksudkan.

Sudah-sudahlah buat cerita tidak benar mengenai saya. Saya sendiri pun tidak faham.

Biasalah, wanita yang cantik sering akan ditimpa pelbagai gosip tidak benar apatah lagi jika mereka masih bujang. Jika tidak mahu digosipkan lagi bersama jejaka lain, mengaku sahajalah yang anda sebenarnya sudah dimiliki oleh Syafiq Kyle. Hehe

Sumber Berita: mStar Online

15 responses to Uqasha Senrose Dirisik Anak Hartawan?

  1. Anonymous says:

    semua gadis2 cantik, nak kawin orang kaya nak idup senang jadi artis……..pas tu bercerai dah jadi perkara biasa

    0

    0
  2. Anonymous says:

    bgus la.. kalu kawin cpat pun bgus tpi elak fitnah.. ermm uqasha klu makeup nipis2 je pun dh cntik…

    0

    0
  3. rora says:

    cantik ke ? jerk

    0

    0
  4. tak suka make up tebal says:

    tebal noo make up nya!

    0

    0
  5. Anonymous says:

    kalau wajah dan lakonan suke tengok nelydia daripada uqasha, tapi uqasha sesuai bercouple dengan syafieq kylie , dari pada sama pekin dulu

    0

    0
  6. weng weng says:

    huhuhu..takme lagi ade gosip hebat!!!! mulalah artis ni menafikan..tapi lame2 nak jugak..huhuhu

    0

    0
  7. anon says:

    Baguslah, wat ape pekin yg dah lah tak hensem tak berharta pulak. Org lawa baik gih kejar org kaya je…. Semua org nak hidup senang skrg ni… We live in a material world… U go gurl..

    0

    0
  8. eton says:

    ni bukan yg comolot sama nabil dulu ke?
    sorry kalu salah…..

    0

    0
    • Anonymous says:

      soooo??? klu orang ungkit2 kisah dlm kain ko yg tk senonoh ko marah tak? move on jela. tkyah nk tanya hal yg dh lepas. mcm budak je

      0

      0
  9. tulangg says:

    tak elok buka aib orang , takut benda aib orang yang kita buka , terkena dekat batang hidung sendiri , keturunan sendiri , anak anak sendiri mana tahu kan .minta dijauhkan la , kita tutup aib orang orang tutup aib kita ,

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Biasa la tu. Vip2, Datuk2, anak2 hartawan , kebanyakannya taste dia orang hanya pada artis je. Kenapa ek? Apa yang best sangat dapat artis. No wonder la bila orang nak kawin dengan orang kaya mesti cakap kena jadi artis dulu.

    0

    0
  11. minah jambu sayang nenek says:

    elehhh si uqasha ni bukan Nye leh pecaya sangattttttttttt ! dia ni suka permainkn perasaan orangggg bila orang tu dh suka n sayang ngan dia ha dia start buat prangai macm kiwak ! orang macm uqasha ni dia jenis cepat jelak boring n muak bila lama2 berkawan or bermateair…soooo mana jantan yg suka nk mateair ngan uqasha tu kena la tungu umur uqasha tu 30taon baru otak uqasha tu matang…buat masa sekarang ni otak dia separoh matang jadi tk sesuai untok berumah tanga buat masa ni..

    0

    0
  12. wa says:

    Dia ni bercinta ngan Syafiq Kyle le… tengok kat instagram diala. sama padan!

    0

    0