Written by AbangNara | March 30th, 2011

Terima kasih banyak-banyak kepada anda semua yang sangat-sangat prihatin di dalam entri Bantulah Adik Salah Seorang Pembaca BeautifulNara Jika Anda Sudi.Info terbaru yang diterima ialah pihak IJN kini akan menyelesaikan segala urusan kos rawatan adik Mohd Rahim.

Untuk pengetahuan anda, selepas kisah adik Mohd Rahim ini dikeluarkan di BeautifulNara, ada pihak-pihak yang prihatin telah meng”highlight”kan isu ini kepada pihak IJN. Dengan tindakan prihatin dari anda semua dan follow up yang cekap daripada pihak IJN, kini segala kos rawatan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak IJN.

Abang Nara daripada pihak yang terbabit (Weiya dan keluarga) mengucapkan jutaan terima kasih atas bantuan dan sokongan anda selama ini. Segala jasa baik anda hanya mampu dibalas oleh Allah. Terima kasih atas segalanya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

122 responses to (UPDATE)Terima Kasih Untuk Bantuan Anda, Kos Rawatan Adik Pembaca BeautifulNara Kini Diuruskan Oleh IJN

  1. Kasih says:

    alhamdullilah.. moga segala urusan di permudahkan… dan Im juga cpt2 sembuh… Amin…

    0
    0
    • saiful wafi says:

      insya allah, berkat semua membantu dan mendoakan, amin.

      0
      0
      • yanie hakim says:

        sykr sgt2, rngan lah skit bban k.weiya dan klrga slps ini.. yanie doa kn sglnya slmt, Amin..

        0
        0
        • sukaati akula.. says:

          alhamdulillah..bagusla sudah ade jalan dr Nya..tertutup sudah mulut2 busuk yg cerca kak wieya pasal adik beliau…

          semoga semuanya selamat dan tabahla..Hidup ni hanya pinjaman~

          thanks to bang nara and all friends and commenter kt ruang ni~

          0
          0
        • Lipstick Hijau says:

          alhamdullilah…..semoga adik rahim sembuh cepat….sama2 kita berdoa kpd Allah….amin….

          0
          0
      • Merpati Putih says:

        saiful…thnaks jga kat awk..bnyk back up we all dlm mmprthnkan kak weiya..
        thanks 2 allah….

        rsa cam nk mngis ja bla smua ni dh slsai…..sykr sngt2x

        0
        0
        • mummy iman says:

          Alhamdulillah.. moga2 segalanya dipermudahkn.. siapa kt post cerita kt sini x mmbantu?… teringin rasanya nk pg melawat…

          0
          0
        • Merpati Putih says:

          akak tul tu…
          blog yg siar ksh arts…
          x smstinya citer psl arts ja..ada jga kbaikan yg d bt…

          0
          0
        • AnneDeSilva says:

          mummy iman leh jek dtg melawat…
          pergila kat IJN..
          sekarang dia ada di wad ICU..

          0
          0
        • mummy iman says:

          insyaAllah hujung minggu ni ataupun jumaat jika di izinkan Allah akan saya kesana menjenguk..

          0
          0
        • Merpati Putih says:

          akak….jgn lpa bwa ank akak yg cute miut tu ya? :-)

          0
          0
        • saiful wafi says:

          merpati putih, kita ini hanya lah hambaNya yang akan diduga bila2 masa saja. walau saya tak kenal sesiapa pun disini secara bertentang mata, namun hati saya tetap mengatakan yang post meminta bantuan bagi pihak weiya itu adalah benar..mana mungkin nara selaku tuan punya blog akan menyiarkan sesuatu yang tak pasti, kerana itu akan mencalarkan reputasi diri nya sendiri..dan bilamana pengomen2 tegar seperti anne, merpati putih, kasih, yanie, gadis february dan lain2 mengiyakan kisah ini saya memang pasti ini adalah benar..hari ini weiya diduga, masa kita tak tahu bila..selagi ada kesempatan buat lah amal jariah, membantu pada yang perlu tak perlu nak bertanya itu ini demi kebaikan..tapi jika rasa was2 baiklah diamkan diri dari mengeluarkan kata2 nista dan cacian..allah telah mendengar doa2 kita untuk melihat senyuman terukir dibibir im semula, dan kita harus terus berdoa dan melaksanakan solat hajat agar segala beban keperitan dan kepayahan terubat untuk weiya dan keluarga bilasama melihat im tersenyum menandakan ombak kesakitan itu telah dibawa dari tubuhnya, dan bertambah sihat seperti remaja2 yang lain, insya allh, amin..

          0
          0
        • mummy iman says:

          insyaAllah saiful, Niat yang baik insyaAllah akan dipermudahkan Allah.. mira x tau kalau bwk bdk tu blh masuk ker x. sesetenga hospital x bg budak masuk..

          0
          0
      • gadisfebruary says:

        ALHAMDULILLAH… ;)

        0
        0
    • nana says:

      alhamdullilah.. but still after this mesti akan ada rawatan susulan. harap sgt sesiapa yg ada contact dgn wieya n family ingatkan utk dapatkan surat sokongan dari wakil rakyat / wakil pendudk/ ketua agama dari kawasan tempat tinggal. mintak family deal (ask the doctor to refer) dgn jabatan kerja sosial hospital tempat rawatan susulan tu nanti. insyallah Allah permudahkan semuanya

      0
      0
      • Phylons says:

        Nana: untuk rawatan susulan sekiranya pihak pesakit masih memerlukan bantuan subsidi, maka pihak pesakit perlu menghadiri sesi taksiran di Unit Taksiran Khas Kementerian Kesihatan Malaysia, yang teletak blok B, IJN. Proses ini adalah kemestian untuk setiap kali pihak pesakit ingin memohon bantuan subsidi. ** untuk layak menghadiri sesi taksiran, pihak pesakit perlu dirujuk oleh Pakar Perubatan Umum (Physician) atau Pakar Kardiologi Hospital/Kelinik Kerajaan dan telah ditemuduga oleh Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital (yg merujuk) atau Jabatan Kebajikan Masyarakat yg berdekatan sekiranya JKS tiada untuk mendapatkan Laporan Sosio Ekonomi (ianya akan diberi sekiranya pihak JKS/JKM mendapati pesakit mmg memerlukan) dan adalah pesakit adalah warganegara Malaysia.

        0
        0
    • Phylons says:

      maklumat yg sebetulnya adalah, bantuan pembayaran perubatan adik rahim sedang menunggu kelulusan putrajaya (KKM) ini adalah kerana bill beliau telah melebihi limit of authority yg boleh diluluskan oleh pegawai Unit Taksiran Khas Kementerian Kesihatan Malaysia.

      0
      0
      • mimiy says:

        alhamdulillah :)

        0
        0
      • nana says:

        phylons.. ooo gitu.. maknanya belum la lagi dapat bantuannya cumanya telah dipanjangkan ke pihak2 yang berkenaan.. rasanya semua pihak yg berkaitan dah maklum la kan hal ni sebelum BN keluarkan post ya.. anyway syabas to BN sebab prihatin.

        0
        0
        • Phylons says:

          Nana: buat masa ini, bill yg telah diluluskan sebanyak RM50K saja.. (untuk pembedahan ini, keluarga pesakit diminta membayar RM200 sahaja, rasa nya belum ada bayaran tambahan yang diminta atau telah dibayar oleh pihak keluarga pesakit) oleh kerana bill tersebut melebihi RM50K, ianya terpaksa dihantar ke Putrajaya untuk mendapatkan kelulusan pegawai atasan. Kelulusan tidak boleh diberi sekarang kerana bill keseluruhan belum diketahui lagi. Hal ini akan di urus dan diteliti oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

          0
          0
    • rosh says:

      amin..semoga adik rahim dpt meneruskan khidupan spt org lain…

      0
      0
  2. Merpati Putih says:

    alhmdlh….sykr…..akhrnya…

    0
    0
  3. AnneDeSilva says:

    Alhamdulillah syukur..
    terima kasih banyak2 abg nara..
    ur the best!

    0
    0
    • Merpati Putih says:

      yup…tul tu..thanks jga tuk bg nara…bnyk mmbntu…..
      nnt bg nta kawen..mria post adiah besaw bnyk..nk p x leh…date sma lak ngan best friend mira….umh tng bg nara pn x leh p….weeding jga..

      0
      0
    • Kasih says:

      tahniah tuk bro nara kerana memanfaatkan blog ni tuk meminta pertolongan dr kita sumer..

      sapa kata blog gossip xbleh nk share kisah2 kemanusian yg sebegini… dan sapa kata yg sibuk mengomen disini xada hati nak membantu.. samada dr segi wang ringgit atau pun doa, Allah dah tunaikan doa2 yg kita minta dr Nya tuk Im…

      moga ada sinar tuk Im… cepat2 lah sembuh hendaknya, Amin…

      p/s : sis mira, hadiah wedding bro nara ko kasi akak.. nnt akak yg bw kan smp atas pelamin hehehe…

      0
      0
      • saiful wafi says:

        kerjasama dan keprihatin nara serta pengomen2 disini membuahkan hasil yang sangat2 positif..terima kasih pada anne, merpati putih, kasih, joe, adaakukesah, yanie, delaila dan semua yang berganding bahu menghulurkan bantuan..tak kira lah wang ringgit, war2 kan dalam blog, tweet, fb atau doa yang penting niat dan nawaitu yang ikhlas itu telah diterima allah..alhamdullilah..

        0
        0
        • Joe "The Driver" Sivarajah says:

          I dont know what to say…, but I know, if I’m in Weiya’s shoes, you all will do the same thing too. Today we had just witnessed a victory…., victory of humanity.., no border can separate us.., not even race or belief…

          0
          0
        • saiful wafi says:

          ya betul tu joe.. tak ada yang dapat memisahkan kita semua walau apa bangsa atau agama sebenarnya kerana sifat kemanusiaan itu wujud dalam diri kita.. alhamdullilah..

          0
          0
  4. shesueshe says:

    alhamdulillah ..berkat kesabaran kak wieya …smua dipermudahkan oleh NYA…

    0
    0
  5. nina says:

    alhamdulillah.. Sy doakan im selamat mjlni pembedahan dn cpt sembuh

    0
    0
  6. belacan hangus says:

    puji tuhan..

    0
    0
  7. Joe "The Driver" Sivarajah says:

    GREAT!!! This is wonder of the world…. we don’t need Pyramid, we don’t need Taj Mahal…. all we need is humanity.
    Nara, you’re great person…. I’m sorry if I forgot to mention your name in my earlier comments… and all friends… God just fulfill one of our wish!!!!!

    0
    0
  8. AnneDeSilva says:

    Masalah kewangan sudah selesai cuma adik rahim sahaja yang belom stabil..
    teruskan berdoa utk kesihatan adik rahim…

    **terasa sangat berbaloi anne update setiap jam status adik rahim sehingga ada pihak yg membantu membawa kisah ni ke tempat yg betol dan mendapat bantuan dr IJN..Alhamdulillah..
    terasa kurang beban di bahu anne ;)

    0
    0
  9. axiedagreat says:

    alhamdulillah
    semoga semuanya selamat
    terima kasih pada yang prihatin

    0
    0
  10. martha says:

    Thanks God.!

    0
    0
  11. Merpati Putih says:

    trm ksh pda yg x pts brdoa n yg hlur bntuan kwngna kak weiya hrgai n ucp trma ksih sngt

    0
    0
  12. cikedi says:

    alhamdullillahhhhh….

    0
    0
  13. wat_ever says:

    alhamdulillah akhirnye….hope im kembali pulih seperti biase….

    0
    0
  14. Kak Su says:

    Alhamdulillah…semoga adik Im cepat sembuh..berkat usaha rakan2 Zaza, Anne suh Wieya publish cerita adiknya dlm BN ni ada pihak yg bantu selesaikan masalah bil hospital & rawatan adik Im..
    Buat BN tahniah juga sebab dah bantu Wieya sekeluarga…so sapa kata BN nak gosip saja…

    0
    0
  15. lisha... says:

    alhamdulillah…get well soon ya…

    0
    0
  16. che lah says:

    NARA U R DA MAN!!

    0
    0
  17. mazen says:

    alhamdulillah…ringan sikit rasa hati ni. x de la asyik fikir cukup ke x duit mereka nk bayar kos. akhirnya…thanks kpd smua yg m’bantu. kpd yg sllau update status(anne) dan smua yg b’fikiran positif. saling bantu membantu wlupun p’tolongan itu kecik tp klu d kumpul lama2 jd byk jgk kan. update lg ye utk esok dan seterusnya.
    thanks abg. nara sbb post sesuatu yg b’harga d sini. yg bole m’buatkan kami smua dpt pahala. he heee…

    0
    0
    • Kasih says:

      btl tu mazen.. sapa kata blog gossip x memberikan kebaikan.. ni lah kebaikan yg dilakukan oleh bro nara dan yg lain2… sebuah nilai, nilai kemanusiaan yg x ternilai harga nya… tq pd sumer yg telah menjayakan misi ini…

      0
      0
    • AnneDeSilva says:

      InsyAllah mazen i will do my part as good as i can dear…

      0
      0
  18. mawarmerah says:

    amin,,amin,,

    0
    0
  19. sara says:

    alhamdulillah.. semoga semuanya berjalan dengan lancar.. get well soon IM..

    0
    0
  20. BlackBerry00 says:

    syukur alhamdulillah….
    apa2pun, mtk2 adik IM sembuh seperti sediakala lepas ni
    teringin jugak nk jengok dye….

    0
    0
  21. miss-hujan says:

    we always pray for u adik rahim..

    0
    0
  22. oblivious says:

    Alhamdulillah…….

    0
    0
  23. mysara says:

    Alhamdulillah..semoga keadaan adik rahim bertambah baik dan pulih sepenuhnya, Amin..

    0
    0
  24. Henry says:

    ALHAMDULILLAH

    0
    0
  25. MemBesar says:

    Alhamdulillah..semoga keadaan adik rahim bertambah baik dan pulih sepenuhnya, Amin..

    0
    0
  26. nina79 says:

    Alhamdulillah..Tahniah utk BN sbb ke utarakan masalah adik Im..semoga BN di beri keberkatan & rahmat dr allah SWT di atas pertolongan BN..

    0
    0
  27. akulahpompuanittew says:

    Alhamdulillah….moga Im sembuh sepenuh nya lps ni…:-)

    0
    0
  28. AnneDeSilva says:

    Update : 9.25am (Khamis)

    Adik im kemungkinan besar akan menjalani pembedahanya ketiganya pada harini mungkin tengahari…Sama2 doakan beliau..

    0
    0
    • weiya says:

      salam semua..erm..rasa segar sikit sebab dapat tido yang cukup..betol2 blh lena…mlm sebelomnya…cuma 2-3 jam jer tido…terima kasih semua..mmg betol badget tambahan tu tgh diuruskan utk di hntr putrajaya, tp kalu mereka dah janji mesti mereka tepati kan…harap mmg dpt bantuan la….kami mmg takder sumber lain lagi dah..lgpun semalam lps dgr berita tu…mak mcm tak percaya..urut dada lps aku masuk confirmkan kali ke dua..mcm weiya ckp…duit balance tu ade lg…niat nak buat kenduri kesyukuran bila ade cuti nanti…apa pun..sekarang im akan di operate…selepas operate 2 hari lps sejak pukul 8 a.m, lps tu buka balik jahitan pukul 6.20 ptg….hari kalu dia stabil dia akan di operate..tolong doakan yer

      0
      0
      • saiful wafi says:

        insya allah segalanya pasti selamat weiya.. bersabar ya… amin..

        0
        0
        • Joe "The Driver" Sivarajah says:

          Keep praying…, everything will be fine. Since the earlier entry posted few days ago… the is a lot of positive way shown (the comments, reaction etc.)…. getting better & better . If we keep this up… the situation will get nothing but ‘better’ than the previous ‘better’. Be strong Weiya, we’re here for you…

          0
          0
  29. zaia says:

    ALHAMDULILLAH..syukur la..kite yg bce pn rse lega,apetah lg family dia kan,rngan ckt beban yg d tnggung..pasni brdoa la utk adik Im,hopefully semuanye d permudahkn dn adik Im cepat sembuh..Amin

    0
    0
  30. alahai dunia says:

    alhamdulilah..mn pergi si elle 2?
    at least elle u should ask 4 the forgiveness…

    0
    0
    • weiya says:

      takper la..may be dia ade alasan sendiri ckp mcm tu..heheheh tak semua org sama pun..apa pun terima kasih semua yer….

      0
      0
      • xpelah.. weiya takan amik hati seme tu kan…. tak perlulah kite ungkit2 mende lepas2. skarang, kite cuma doakan agar pembedahan berjaya dan adik Im selamat..

        0
        0
  31. Sinar R says:

    Syukur… harap2 semuanye ok

    0
    0
  32. alya says:

    alhamdulillah…..dr mula bace berita ni, smpi ke pg td x habis2 dia utk eksejahteraan adik weiya. smlm x dpt nak bace info terbaru..pg ni br dpt bace.dr hrtu teringin nak melawat dia. tp x tau lg mcmne . apepun, smoga Dia makbulkan doa2 yg semua panjatkan. ~~~~ harap sgt dapat melawat dia~~~~

    0
    0
  33. sam says:

    syukur alhamdulilah…………………….
    aku sedih sgt2 baca entri ni…. macam2 benda trus bmain d fikiran aku.. aku x abis fikir tentang anak aku yg sm kes dgn adik Im ni.. anak aku jg bakal m’jalani pmbedahan d IJN pd 24 april nnt… anak aku hadapi mslh yg sma, iaitu m’hidap penyakit jantung b’lubang.. skrg br umo 6 bln….
    aku doakn smuanya baik2 saja & smoga adik Im cpat smbuh… amin3x….

    0
    0
    • zaia says:

      semoga anak akak pn baik2 saja..

      0
      0
      • seorangMama says:

        ha ah..semoga semuanya selamat..anak sy pon ms lahir ada ASD n VSD, lubang atas n bwh…tp dua2 tertutup sendiri..masalah skang ader plak isi lebey yg maybe akan block salur jantung tuh..so nak kena operate jugak..doakan semuanya selamat..

        0
        0
        • sam says:

          Mama : ya,.. smoga smuanya bjln dgn lancar.. anak aku pl VSD.. skg lubang dia almost 1cm.. doc ckp, lubang pd jantung anak aku x dpt t’tutup dgn sdrinya.. tat’s y kena operate jg sbb takut bl dia meningkat dewasa, lubang tu akn turut m’jd bsar! aku hnya mampu b’doa & ikut sgala arahan doc… smoga anak kt cpat2 smbuh..! amin..

          0
          0
      • sam says:

        tanx byk2 Zaia ats doanya..!
        aku hrgai sgt2x…! amin3x….

        0
        0
  34. Alhamdulillah.. hanya airmata kegembiraan saje yg ble ucapkan betapa heppinye rase. Ini berkat doa semua org agar dimudahkan urusan. Sekarang kite hanya berserah kpdNya dan bertawakal supaya pembedahan berjalan lancar dan adik Im selamat….amin..

    0
    0
  35. slumbercool says:

    ELLIE, mane ko? dah penat menyalak kot

    0
    0
  36. try komen says:

    Alhamdulillah….

    0
    0
  37. AnneDeSilva says:

    Update : 4.18pm (Khamis)

    Adik Im tak dapat dibedah pada hari ini kerana dia mengalami darah putih yang berlebihan serta demam terukk..Doakan adik im cepat sembuh..

    0
    0
  38. minah jambu 24jam mengadap computer says:

    Ya allah ya tuhan ku beri lah adek ini kekuatan ya allah….berikan adek ini semangat untok menempoh masa2 sukar ya allah………….

    0
    0
  39. AnneDeSilva says:

    Update : 11.18pm

    pkol 7 lbh td kak weiya ada kol anne..nangis2..
    Dia sedih tgok keadaan adim Im..
    terlalu sebak didada utk menatap kondisi adik Im…
    Wayar kat mulut…Leher kena tebuk…belah bawah dgn saluran najis,air kencing,darah…
    wayar kat dada sana sni…
    Darah putih berlebihan..
    ditambah dgn demam yg teruk lg…
    Doa anne smoga kak weiya lbh tabah menghadapinya…

    0
    0
  40. atie says:

    sabar wieya…atie doakan adik im slamat…atie pun penah hadapi saat2 mcm ni…trus bg smgat kat adik im..tbahkan hati..

    0
    0
  41. mazen says:

    anne…
    mcm mn keadaan dia ari ni? rasa risau mula b’sarang dlm diri bila dpt tau dia demam plak. mcm mn dia skrg?
    “Im, b’tahan la. kuatkan semangat tu. lawan penyakit ko adikku”! dgr la bisikan kami ni…

    0
    0
    • AnneDeSilva says:

      Update : 9.20am ( Khamis, 1 April 2011)

      Kesihatan adik im masih lagi tidak stabil…Walau bagaimanapon adik im terpaksa juga dibedah hari ini kerana keadaan dia semakin teruk…Doc bagitahu risikonya memang sangat tinggi…bertawakal la kita ke hadrat illahi…Tolong doakan Adik im kuat hadapi pembedahan hari ini..Tq…

      0
      0
  42. AnneDeSilva says:

    Update : 9.20am ( Khamis, 1 April 2011)

    Kesihatan adik im masih lagi tidak stabil…Walau bagaimanapon adik im terpaksa juga dibedah hari ini kerana keadaan dia semakin teruk…Doc bagitahu risikonya memang sangat tinggi…bertawakal la kita ke hadrat illahi…Tolong doakan Adik im kuat hadapi pembedahan hari ini..Tq…

    0
    0
    • weiya says:

      anne ngan semua kengkawan..weiya sedar weiya terlalu banyak meminta dari kalian..yer..tp ini permintaan terakhir weiya…tolong doakan dia..tolonglah….sekarang darah putih dia tinggi sampai melebihi 30. weiya pun tak tahu tinggi mcm mana sbb weiya pun tak phm..tp ayah di panggil td untuk sain surat kebenaran sekali lagi…sebab kali ni risiko tinggi…im tak kan di bedah lagi tp di tampal dgn menggunakan wayar..doakan jer

      0
      0
      • AnneDeSilva says:

        tampal guna wayar mcmana kak??
        akak sabar eh..
        Dugaan tuhan..
        tp kalau betol dh takde harapan..
        kita redha ketentuanya ok..
        Allah tahu ape yang ditakdirkan mungkin ada hikmahnya…

        0
        0
      • zaia says:

        isk..sedih la weyh..semoga tabah kak weiya sekeluarga…semoga keadaan adik im menjadi lebih baik..dh brusaha kn,brdoa sntiasa pn ye, ape2 pn Allah tahu ape yg Terbaik utk adik im

        0
        0
    • Kasih says:

      sabar lah weiya.. kami disini ttp berdoa tuk im.. agar sgalanya di permudahkan… sama2 lah kita berdoa…

      ‘Im, lawan lah sakit mu tu adik ku… bangun lah dengan senyuman wat sumer yg menanti mu… hilanglah segala kesakitan yg ditanggung tu nnt, Amin…. ‘

      0
      0
  43. somesoulfly says:

    Wahai saudaraku, marilah bersama-sama mendoakan kesihatan adik Im dan kesejahtera keluarga ini. Semoga mereka tabah menghadapi segala dugaan…

    0
    0
  44. AnneDeSilva says:

    Update : 3.14pm

    Adik Im sudah pon dibawa masuk ke bilik pembedahan..Doc nasihatkan supaya Ahli keluarga sentiasa berada dekat dgnya..risiko sangat tinggi..
    DOakan dia selamat..amin..

    0
    0
  45. akulahpompuanittew says:

    Apa la khabarnya Im..:-(

    0
    0
  46. AnneDeSilva says:

    Update : 5.40pm

    Berita terkini yang anne terima adalah tampalan lubang dah berjaya tp tiub yang dimasukkan xboleh dikeluarkan lg sebab jantung dia masih amat lemah…
    Kak weiya kata air mata dia tak berhenti mengalir walaupon dia dlm keadaan tidak sedar..sekian…

    **anne akan terus mengupdate tapi kalau korg nk lebih lanjut malam kang anne akan update di blog anne…Mishnatrahdesilva.blogspot.com…Balik keje ni anne akan terus ke IJN..tq..

    0
    0
  47. AnneDeSilva says:

    Dapatkan update terkini tentang adik IM di Blog anne…
    click pada nama AnneDeSilva untuk terus link ke blog anne..Tq…

    0
    0
    • Joe "The Driver" Sivarajah says:

      Thanks Anne, I missed a lot of story for this last few hours, busy with my work as weekend is approaching…. but I always pray for Rahim…., that he will be all right.

      0
      0