Written by AbangNara | July 21st, 2011

Ingat lagi tak masa kita belajar dulu-dulu? Ala, masa kita kat sekolah rendah, sekolah menengah dan university. Ingat tak betapa kita bersengkang mata untuk menghafal, menghafal dan menghafal lagi semata-mata untuk lulus peperiksaan dengan cemerlang? Cikgu-cikgu yang mengajar pun sentiasa suruh kita hafal formula, hafal fakta dan macam-macam lagilah. Sampai rasa nak pecah otak.

proton persona

Dan kita akhirnya melompat kegirangan apabila berjaya lulus periksa dengan cemerlang. Namun begitu, dengan keputusan yang mantap itu kita tetap tak diterima apabila pergi interview kerja. Mana taknya, masa interview mulut tak terkeluar sepatah pun perkataan, badan berpeluh macam baru lari 100 meter dan jawap soalan pun merapu meraban.

proton persona

inilah akibatnya apabila kita tak diajar “soft skills” seperti public speaking, team work dan leadership di zaman pembelajaran kita dahulu. Perkara ini sendiri diakui oleh Kementerian Pendidikan di mana sistem pendidikan kita lebih menekankan kejayaan di dalam peperiksaan bukannya berjaya dalam kehidupan. Namun begitu, menyedari kepentingan “soft skills” untuk kehidupan seharian kita, Proton Persona dalam kempen Better Undoubtedly telah menganjurkan “Persona – Talent Workshop” bersama dengan DJ Aanantha.

proton persona

Dulu Abang Nara pernah tulis mengenai DJ Aanantha yang mempunyai kisah hidup yang sangat menarik. Bersama dengan Proton Persona, DJ Aanantha telah berkongsi pengalaman hidup, motivasi dan cara-cara untuk membina self confidence selain daripada apa yang diajar oleh cikgu di dalam kelas. Abang Nara rasa 21 kanak-kanak daripada Agathians Shelter dan beberapa sekolah lain memang enjoy dan belajar banyak benda daripada workshop ini.

proton persona

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan di dalam “Persona – Talent Workshop” ini ialah berlakon, menari, menyanyi dan berkongsi cerita masing-masing. Kanak-kanak ini makin bersemangat apabila DJ Aanantha pun turut sama buat aktiviti-aktiviti ini bersama mereka. Dan pada hari terakhir, kanak-kanak ini telah melakukan satu muzikal di bawah tunjuk ajar The Actor Studio berdasarkan apa yang telah mereka pelajari.

proton persona

Program “Persona – Talent Workshop” ini tidak akan berhenti di sini sahaja. DJ Aanantha akan memilih 3 orang kanak-kanak daripada bengkel ini untuk dibimbing dan diberi tunjuk ajar secara peribadi. 3 kanak-kanak bertuah ini akan dibantu sepenuhnya untuk ditingkatkan lagi keyakinan diri dan diasah bakat terpendam mereka. Memang ini ialah satu usaha yang sangat murni daripada Proton Persona.

proton persona

Kalau anda ingin tahu lebih lanjut tentang kempen “Persona – Better, Undoubtedly’ jangan segan-segan untuk ke laman web Proton Persona.

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 responses to Untuk Berjaya, Bukan Kena Lulus Periksa Sahaja, Kita Juga Perlu…

  1. nice entry, sebab itulah kita tidak boleh belajar teori semata mata, praktikali juga penting selain bergaul dengan masyarakat sekeliling. insya ALLAH keyakinan itu akn bertambah.. :)

    0

    0
  2. zuan says:

    agree.. softskill ni memang penting.. :)

    nice workshop.. brtuah budak2 ni

    0

    0
  3. Amier says:

    Ya baik sekali program ni. Soft Skill terma sosiologikal berkaitan dengan Emotional Inteligence Quotient diri seseorang.EQ penting dalam penyertaan individu untuk kejayaan sesebuah organisasi.
    Tapi gambar-gambar ini nampak macam program ini dijalankan di estate.

    0

    0