Universiti Hertfordshire Nafi Ada Pelajar Bakal Penerima Ph.D Bernama Azizan Osman?

Hiburan

Universiti Hertfordshire Nafi Ada Pelajar Bakal Penerima Ph.D Bernama Azizan Osman?

Kesahihan ijazah doktor falsafah Azizan Osman, seorang penceramah motivasi ialah subjek yang telah dibincangkan bertahun-tahun lamanya. Malah, seorang penulis blog penipuan perniagaan online, Aidid Muaddib juga pernah menulis mengenai dakwaan Azizan pada tahun 2010. Aidid dikenali sebagai seorang penulis blog yang mendedahkan penipuan perlbagai individu dan perniagaan pemasaran berbilang tingkat (MLM).
 photo 51475198788_AzizanOsman.jpg
Sebelum ini Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Antarabangsa Kuala Lumpur (IUAM) telah menafikan pernah mengijazahkan sijil Doktor Falsafah kepada Azizan Osman.

Bagaimanapun, Azizan semalam mendakwa dia telah mempunyai PhD dalam bidang Metafizik dari Universiti Gordon di Florida, Amerika Syarikat (AS) dan kini sedang berada dalam senarai untuk menerima Ph.D dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom (UK).

Advertisement


Berikut adalah salinan penuh kenyataan tersebut :

KENYATAAN RASMI
PENJELASAN MENGENAI KELAYAKAN DR. AZIZAN OSMAN

Kuala Lumpur, 6 Oktober 2016 – Kami kesal dengan kekeliruan dan kesulitan yang telah timbul berkaitan dengan status kelayakan Dr. Azizan Osman. Dr. Azizan Osman dan semua ahli Kumpulan Syarikat Richworks percaya dengan pendidikan seumur hidup dan pencapaian pengetahuan yang dikongsi dengan begitu bersemangat bersama rakyat Malaysia.

Memandangkan perkembangan baru-baru ini, kami ingin mengambil kesempatan untuk memperjelaskan kemusykilan yang telah timbul dan menyingkirkan apa-apa ketidakpastian.

Dr. Azizan Osman memegang kelulusan Doktor Sains (Metafizik) dari Gordon University, Bradenton, Florida, Amerika Syarikat sejak 2009.

Sepanjang 4 tahun yang lalu. Dr. Azizan telah memenuhi semua syarat-syarat untuk Doktor Falsafah (Psikologi) dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom. Konvokesyen beliau di Universiti Hertfordshire dijangka berlangsung dalam masa yang terdekat.

Berkenaan dengan Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Malaya, kami telah dimaklumkan bahawa Dr. Azizan Osman telah malangnya disasarkan dan diperdayakan oleh pihak-pihak yang bukan wakil universiti tersebut. Kami telah pun membuat laporan polis dan perkara ini sedang disiasat.

Semasa proses siasatan dalaman yang kami telah jalankan baru-baru ini, kami telah menjumpai beberapa kelemahan serius berkenaan prosedur-prosedur operasi kami.

Malangnya, kelemahan ini telah menyebabkan penggunaan ijazah kedoktoran dari Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur dan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai rujukan kepada Dr. Azizan Osman yang tidak pernah beliau akui.

Sebagai sebuah organisasi, kami amat khuatir dengan keadaan serius ini dan kami telah pun melaksanakan satu pelan komprehensif untuk membetulkan situasi ini dengan kadar yang segera.

Kami berkomited terhadap menegakkan integriti organisasi kami dan berdedikasi untuk meningkatkan prosedur kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami.

Pada masa ini, kami ingin menjelaskan bahawa profil media sosial Dr. Azizan Osman yang benar boleh didapati di Facebook www.facebook.com/azizanosmanofficialpage dan LinkedIn www.linkedin.com/in/drazizanosman.

Laman web rasmi syarikat adalah www.richworks.com.my.

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau aduan mengenai akaun media sosial atau laman web yang berkaitan dengan Dr. Azizan Osman, sila hubungi kami di [email protected].

Namun begitu, Pseudoscience Watch (PW) telah membuat hujah meragui kenyataan tersebut.

1. Ph.D dari Gordon University – Gordon University ialah diploma mill. Maka, Ph.D dari Gordon University adalah phd palsu.

2. Memenuhi syarat Ph.D di Universiti Hertfordshire. Belum dianugerahkan Ph.D  lagi. So, buat masa ni, dikira masih belum ada Ph.D. Elok juga ditunjukkan bukti jelas tentang Ph.D  tersebut nanti kerana memang ada sindiket jual kelayakan palsu berleluasa di alam maya. Sijil palsu dari Hertfordshire University juga ada dijual.

3. Berkenaan Ph.D UM. Wakil? Ijazah Kedoktoran Kehormat mestilah diterima dalam majlis konvokesyen. Jika awak tak terima, memang tak ada la. Sungguhpun ada penipu yang cakap wakil UM, dah kalau awak tak pergi ambik masa konvokesyen, kira mmg tak ada la. Macam mana boleh guna “Ph.D” tu? Kata banyak Ph.D, takkan tu pun tak tahu?

4. Phd UKM dan IUKL adalah kesilapan kakitangan? Takkan lah Azizan tak tengok langsung profile LinkedIn dia? Ph.D dari UKM tu jelas tertulis di profile LinkedIn dia.

Jadi bagi saya, jawapan Azizan tentang perkara ini jelas, sekadar cuba menutup penipuan dengan penipuan. Juga, dia masih belum boleh menggunakan gelaran “Dr.” kerana dia masih belum memiliki sebarang Ph.D yg sah.
-VN-

Merujuk PW, dalam satu laporan berita oleh The Courier Online pada tahun 2013, terdapat satu sindiket yang memjual REPLIKA sijil ijazah Ph.D berharga £1,000 (RM 5139.74) dan Universiti Hertfordshire termasuk dalam senarai replika tersebut.

Melalui carian, penulis telah membaca satu artikel yang ditulis oleh Jason Morris dari EmployeeScreenIQ. Laman web ini menulis mengenai kepentingan bagi majikan untuk mendapatkan kesahihan maklumat kelayakan pendidikan bakal-bakal pekerja untuk mana-mana organisasi.

Ini kerana ramai yang menipu kelayakan pendidikan.

Jason memberitahu yang dia telah membeli sijil ijazah sarjana dan Ph.D dari Universiti Gordon (Azizan mendakwa menerima Ph.D dalam Metafizik dari universiti ini) dengan harga USD 295 (RM 1225.68), dan ia memang palsu. Dia menggantung sijil-sijil itu di dinding pejabatnya untuk membuktikan ia senang didapati.
 photo Screen Shot 2016-10-07 at 9.50.00 AM.png

Malah, seorang pengguna Facebook, Hairul Hasnan memberitahu telah menghantar e-mel kepada Universiti Hertfordshire di UK dan dia dibalas dengan e-mel yang mengandungi satu surat ditandatangani oleh Anne Edwards, Pendaftar di Universiti Hertforsdhire.
 photo Screen Shot 2016-10-07 at 9.55.33 AM.png

Anne menyatakan Universiti Hertfordhshire tidak mempunyai rekod mengenai individu bernama Azizan Osman dan menyifatkan dakwaan Azizan ialah berbentuk penipuan (fraudulent).


 photo 14556791_10210482712602098_3596631086462913529_o.jpg
Malah, netizen mempersoalkan sekiranya Azizan mempunyai Ph.D, di institusi manakah dia menjalani pengajian ijazah sarjana muda (Bachelor’s Degree) dan Ijazah Sarjana (Masters)?


 photo Screen Shot 2016-10-07 at 9.34.08 AM.png

Penulis mengakhiri artikel ini dengan satu tweet kelakar di Twitter.

 


Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...