Written by AbangNara | April 1st, 2015

Hari ini ramai rakyat Malaysia yang bersedih dengan kehadiran GST. Untuk menambahkan lagi kesedihan anda (terutama yang perempuan), ingin Abang Nara maklumkan yang hero drama Teman Lelaki Upahan, Ungku Ismail Aziz sudah pun mempunyai kekasih hati. Sebelum ini Ungku Ismail pernah bercinta dengan rakan artis, Zarina Zainoordin namun gagal di pertengahan jalan. Kini hati lelaki macho itu telah dimiliki oleh seorang gadis yang bekerja di luar negara.
ungku ismail

Orang kata kalau percintaan jarak jauh (PJJ) ini memang banyak dugaannya. Lagi-lagi kalau si kekasih meletop, hensem dan kacak macam Ungku Ismail Aziz. Nasib baiklah pencuri hati Ungku Ismail seorang yang memahami. Kata Ungku Ismail:-

Hubungan kami berlangsung secara jarak jauh, tapi dia seorang yang matang dan memahami kerjaya saya. Bagaimanapun, hati perempuan mana yang tak cemburu terutama apabila melihat babak intin antara saya dengan Elizad dalam drama itu. Sedikit sebanyak perasaan itu ada juga padanya, tapi kerana hubungan kami berlaku secara on and off, jadi saya tidak ambil kisah sangat.

ungku ismail aziz kekasih

Kata kunci di dalam kata-kata Ungku Ismail Aziz di atas ialah ‘on and off’. Ini bermaksud anda (para gadis) masih ada peluang lagi. Jangan sedih sangat. Mungkin anda boleh cuba mengorat Ungku Ismail. Mana tahu ada can. Hehehe. Selamat mencuba. Sumber Harian Metro.

28 responses to Ungku Ismail Aziz Akui Sudah Punyai Kekasih

  1. Anonymous says:

    nara.?? motippp?????????

    0

    0
    • Anonymous says:

      frust i

      0

      0
      • ketum says:

        GST Haram ? Ustaz Sheikh Nurruddin Al Banjari tidak boleh mengajar dah dalam TV, kerana bercakap benar . ustaz dihentikan berceramah selapas menjawap soalan yg di tanya oleh penonton,,penonton tanya kepada ustaz, apa hukum GST ustaz? ustaz menjawap berdasarkan ilmu yg dia ada, GST Hukum dia Haram,,Nabi kata haram kamu mengenakan cukai kepada org Islam, cukai hanya untuk org bukan Islam,,orang Islam hanya kena bayar zakat, org kafir yg kena bayar cukai, kalau zakat kena cukai kena ini dinamakan zalim,,maaf bukan nak berpolitik ,aku tak takut diriku dibenci kerana menyampaikan berita benar, Di angkat pemimpin yg zalim oleh mereka2 yg zalim .

        0

        0
  2. gossip1M says:

    huahhaaahhaha!!! kesian pemenat ‘uia’ kata mereka….

    0

    0
  3. anon says:

    Nara buat lawak di tengah hujannnnn kih kih kih……Teringat lagu Noh Hujan

    0

    0
  4. linslyspys says:

    Kita kunci kata-kata “on-off” itu….kuikuikui

    0

    0
  5. Anonymous says:

    kecik ati gf dia.. dia ckp hubungan on-off.. mesti spesies zizan ni.. hahaha..

    0

    0
  6. anti GST says:

    Kata kunci on & off…touch n go. UIA tak kisah sgt? Ini lah lelaki kaberet.

    0

    0
  7. Teddy Bear says:

    meraung gadis gadis melayu dengar berita ni

    0

    0
  8. bijan says:

    sblm ni bercinta dgn zarina? zarina ni walaupun sendu dan x la hot mana harpkan seksi ja, ramai gak no laki bercinta ngn dia..dulu azlee khairi..hero2 drama akasia je…

    0

    0
  9. anon says:

    Dua tiga hari ni banyak pulak article psl mamat ni, tak popular or hensem pun… Dia bribe nara ke ni…

    0

    0
  10. mojo says:

    Motip?Mamat nie yang berlakon drama kemaruk celah kangkang.Dah ada kekasih,sebab ramai para pembuang bayi dah terpengaruh ngan lakonan hebat kemaruk cinta yang tak berkesudahan.

    0

    0
  11. peminat tlu says:

    Dia berlakon best…suka je tgk…dia tklah handsome kot tu psl tk glemer sgt sblm ni….slps tlu je terus glemer…

    0

    0
  12. Anonymous says:

    32233

    0

    0
  13. renasydney says:

    klu mcm tu I upah u jadi teman lelaki I…
    I pun kat oversea ni

    0

    0
  14. sepohon kayu says:

    saja jer si nara nk up cite mcm nie…..eee dah lah xyah nk gosip sal personal…baik citer pasal kerjaya…btw i like u EL….

    0

    0
  15. Anonymous says:

    aku tak suka dia ni coz berlakon pun kaku…tapi aku paling minat giler kat syukri yahya sbb dia pandai menjiwai watak..muka da lah mcm pelakon filipina jericho rosales… nampak sweet dan comel jer…

    0

    0
  16. serene says:

    Buat ape lah nara duk post banyak2 artikel pasal mamat suam kuku tak hensem ni, wat semak je….. Honestly aku tak pernah dengar langsung nama dia ni. Kalau tak popular tu nara, takyah siar kesah mamat ni berkali2….bosan betol.

    0

    0
  17. Anonymous says:

    dandan…. nama dah naik terus cakap on-off dengan gf. huhu.

    0

    0
  18. cik mek molek says:

    on tu kalau tgh best . tak bergaduh

    off tu kalau asikkk bergaduhhhhhh je.

    on -off tu . kjap baik kjap gaduh.kjap rndu kjap mnyampah. cmtulahhhh kehidupan org bercinta.

    Pe pon i loikeeee u!!! bgus berlakon. bye fahrin !

    0

    0
  19. junemrsfiraida says:

    April Fooll!!! abg nara tipu… hahaha

    0

    0