Written by Bella | June 16th, 2016

Siapa yang masih ingat dengan Ungku Ismail Aziz? Pelakon yang satu ketika dahulu popular menerusi drama Teman Lelaki Upahan (TLU) bersama Siti Elizad. Pergh, waktu itu memang TLU menjadi satu fenomena yang agak besar kerana lakonan mantap mereka berdua dengan jalan cerita yang tidak terlalu cliche.

Sebelum ini Ungku Ismail ada digosipkan sedang bercinta dengan seorang pelakon wanita iaitu Anis Al-Idrus namun beliau menafikan perkara tersebut.

Ramai yang masih lagi ingin mengetahui status sebenar Ungku Ismail yang memiliki ijazah dalam Kejuruteraan Mekanikal dari University of Strathclyde Scotland.

Dalam satu temubual bersama portal Utusan Online,Ungku Ismail akui beliau kini sedang hangat bercinta dengan seseorang. Walaubagaimanapun buat masa ini beliau belum bersedia untuk mendedahkan kekasihnya itu kepada umum.

Ya, benar. Saya sedang bercinta dengan seseorang. Siapa, biarlah rahsia. Bukan berahsia atau apa. Cuma saya takut sekiranya orang akan salah tafsir. Kadang-kadang peminat kita lain macam. Daripada perkara positif boleh jadi negatif, jadi lebih baik saya simpan dahulu. Nanti bila semuanya sudah sedia, saya akan umumkan. Jangan risau.

Sudah berusia 31 tahun, ia adalah umur  yang sudah tepat untuk mendirikan rumah tangga.  Berbicara soal itu, Ungku Ismail memberitahu beliau perlu bersedia dari segi zahir dan batin kerana perkahwinan buklan perkara yang boleh dibawa main-main.

Setahun dua lagi. Macam inilah, kahwin bukan perkara main-main. Kita perlu bersedia dari segi zahir dan batin. Lagipun saya tidak mahu membuang masa, ada keserasian dan kedua-dua pihak bersetuju, kita kahwinlah.

Soal bercinta ini, memang elok kalau diam-diam sahaja kerana nanti kalau tidak jadi mula lah ada pihak yang mengkritik dan mencari kesalahan.

Sumber Berita : Utusan Online

25 responses to Ungku Ismail Akui Sedang Hangat Bercinta, Belum Sedia Dedah Kekasih

  1. melati says:

    Apa nk Rahsia2 , ader ke org nk amik tahu ??????..kikiki

    0

    0
    • Anonymous says:

      dia ni sorang jela artis yg educated. yg lain non-hado. yg lain kalau kua u pun sume kos cikai2 non-critical nye course mech eng starchclyde ni susah kot 5 tahun course kalau xsilap. mcm mech eng germany jugak. ni yg malaysian duk kata educated neelofa,mirafilzah, grad course business alahai

      0

      0
  2. imaydajebat says:

    kenal pun x.. i rasa memang nak relate article ngan ladybug kan?? dua dua pelakun D- list buang masa je… NEXT

    0

    0
    • Anonymous says:

      x kenal? umah ko xde tv ehh.. ke layan Vanaavil jer..

      0

      0
      • imaydajebat says:

        why so defensive, awak ni ibu dia ke? maybe i have watched him few times at home but im sorry i dont remember seeing him. issit my fault that i dont remember him? No. issit my fault that he is NOT memorable? hmmmmm ok NEXT

        0

        0
        • Pekak says:

          X kenal lenkali xyah baca or komen. X suka then bole leave ruangan ni g baca gosip retis menyundal yg lain.Bodo… Itupun nk kecoh!

          0

          0
        • cabut bulu punggung says:

          aku pun tak kenal… baik cabut bulu punggung dari tgk cerita n artis mlaeis no classssssss
          cabut bulu punggung je sapa tgk cite maleis nii

          0

          0
        • imaydajebat says:

          awak apa kurangnya bodoh. tak suka tak payah lah nak komen kat aku. menyampah. dah kat sini aku bagi la 2 cent aku.. kau mana tau kan kritik aku boleh buat lelaki ni inspired. buka kotak otak mu wahai manusia ~ ok bai #jangankecamaku

          0

          0
  3. kakikucinghitam says:

    best gileee cite tlu tuuu. sweetttt homaigod mamat ni dgn elizad. mmg best lahh… msa episod last2 tu yg mamat ni cube pujuk elizad dekat kete mase elizad ckp keje die sebagai tlu tuuu dah tamat… masa ni mmg sweet gile nampak sgt ikhlasss walau pun berlakon je…. best best.. xde ke tlu raye?

    0

    0
    • amoi says:

      aku pon suke dia berlakon TLU…cair wei..walaupon x brp ensem..tp lakonan dia mmg buat aku terus minat dia…seolah2 in real life mmg sikap dia gitu…slumber jer..romantik pon ade jgk dlm TLU tu..adoiyai!

      0

      0
      • kakikucinghitam says:

        aku rase real life die pun lebih kurang mcm tu kut sbb mcm natural je romantik die tu….

        0

        0
        • amoi says:

          mebi lah kan…muke dia mcm cool jer…alahai…teringat elizad yg wataknye keras ati..dpt kat EL, terus jd romantik…

          0

          0
      • aku says:

        kann..pelik kan..cerita ni bole d katakan popular..tp xde lak tlu raya…tp cerita2 hauk lain..madang nak ada sambungan raya..aku rs sbb.. pengarah or penerbit dia rs..x relevan nk buat versi raya..korg tgk je la cerita2 lain yg da jd versi raya…kejadah masing2..hahaha cc “kerana terpaksa aku relakan raya”

        0

        0
        • miss kepah says:

          tu lah..TLU pun mcm takde pencalonan kat anugerah…padahal best giler crite tu….takde isu hero heroin berpegangan berlebihan…takde isu jln cite mengarut tlampau, rasa dekat je di hati, dengan pelakon2 smua bawak watak dengan berkesan dari hero heroin smpai ke abang long, mama el, papa kyra, adik tiri kyra, dan bestfren el….kalau ulangan lagi cite tu, aku tetap akan tgok smpai abis…TLU Raya pleaseeee….

          0

          0
  4. el says:

    Suke nye tengok ungku dan elizad dalam drama teman lelaki upahan

    0

    0
    • gud2 je says:

      ko paling bagus kat cn “el”.. org lain dr atas aku bca sume tlu.
      ingat budak2 hingusan punya ayat itew=kita, tlu=telur.
      mn la ku nk tau, ingat aku ni hadap tv3 tu slalu. OWhh TEMAN LELAKI UPAHAN. ok.. Next!~~

      0

      0
  5. dramaqueen says:

    Lakonan yg paling serasi & mantap – UI dan Siti Elizad dlm Teman Lelaki Upahan. Anyway, tahniah dah jumpa calon … jgn tunggu lama2 ekk…

    0

    0
  6. caca says:

    bijak dia..grade engineering in oversea…marvelous!!! good actor…

    0

    0
  7. Anonymous says:

    yang tak kenal ni aku rasa mesti dia suka tengok cerita meleis yang cliche, jenis impi lelaki kaya raya dalam drama je. cerita berkualiti macam TLU tu tak tengok. nak tengok drama, lain kali tengok yang ada class je ye? maklum la, drama melayu sekarang, sorry to say, kalau tak tengok pun takpe kot? hehe

    0

    0
  8. mak jemmsssss says:

    pernah jumpa dia ni masa bagi talk psl traveling beruang tu… tp cara dia jwb soalan kita even pasal personal life or career.. nmpk la jawapan org2 educated gitu.. bkn jenis peramah sgt la dia ni… huhu

    0

    0
  9. Anonymous says:

    memang kekasih dia si Anis Al-Idrus tu. hehe

    0

    0
  10. Anonymous says:

    aku suke je dia belakon..dlm cite bibik bibikku tu pun cam klako je dia jd laki si fasha blur blur gitu huhuhu

    0

    0
  11. Linda says:

    Dia ni best student Mara masa zaman dia study kat scotland dulu.

    0

    0