Written by Bella | June 7th, 2015

Populariti yang dikecapi oleh Ungku Ismail Aziz selepas kejayaan dalam drama bersiri Teman Lelaki Upahan membuatkan peminat ingin mengetahui setiap aktivitnya. Baru-baru ini, Ungku Ismail nampaknya bergerak aktif dalam usaha untuk memerangi penyakit kanser di Malaysia.

Ungku Ismail telah mewujudkan satu hashtag iaitu #travellingberuang di Instagram beliau untuk mengingatkan orang ramai tentang bahaya serta risiko penyakit kanser terutama sekali kepada kanak-kanak.  Menyokong usaha beliau dalam kempen tersebut, Ungku Ismail telah mendapat lebih daripada 600 foto peminat menutup muka mereka dan menggunakan hashtag tersebut untuk menyatakan sokongan mereka terhadap kesedaran penyakit kanser.

Segala idea untuk kempen tersebut tercetus apabila Ungku Ismail  membawa watak sebagai seorang bapa yang mempunyai seorang anak penghidap penyakit kanser dalam telefilem Travelling Beruang.

Sebenarnya Travelling Beruang merupakan tajuk telefilem. Selepas menerima tawaran untuk projek ini saya menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Apabila kami pergi ke Kelantan dan berjumpa dengan Adik Mimi, tiba-tiba saya rasa macam perlu buat satu kempen kesedaran. Jadi saya terus meminta peminat menggunakan #travellingberuang.

Ungku Ismail berkata dia berasa terharu atas kejayaan kempen kesedaran itu kerana biarpun baru sahaja dua minggu diwujudkan namun mendapat sambutan yang luas dari orang ramai.

Saya tidak sangka gambar dan hashtag itu menjadi viral di media sosial. Alhamdulillah saya menerima sokongan yang besar kerana ada yang memuat naik foto mereka termasuklah peminat dari Singapura, Brunei dan Australia. Selepas menjadi viral, pihak TV3 menjemput saya untuk program MHI (Malaysia Hari Ini). Kemudian satu perbincangan dijalankan dan ada berita yang baik tetapi biar kami simpan dahulu.

Diharap dengan pengaruh beliau sebagai artis ia dapat menjadi satu kelebihan agar membuka mata masyarakat tentang penyakit kanser yang kini agak serius di Malaysia. Mereka yang menghidap kanser sememangnya memerlukan sokongan yang kuat untuk menentang sakit mereka.

Sumber Berita: mStar Online

 

12 responses to Ungku Ismail Aktif Dalam Kempen Perangi Kanser

  1. ungkujugak says:

    masih berlakon di tahap kayu.tp niat baik..kipidad..

    0

    0
    • Anonymous says:

      abg ngah EL!!
      masih tak bole move on..
      abg ngah memang hemsem with brain.
      teruskan usaha murni .

      0

      0
  2. AAB says:

    Siapa laa dia nie…
    Ramai sangat artis suam2 kuku sekarang ni…

    0

    0
    • XYZ says:

      Artis suam2 pun ok … penting Peljrn dia tak suam. Ambik degree Engineering kat Ovc lg. Esok2 klu dah sejuk … dia jadiklh engineer kat ABB mlti ntnl compny … boleh lah ngorat dia .. hensem and tall.

      0

      0
    • Anonymous says:

      sori not mr el ok…dia berlakon mmg ada jiwa sbb tu dah 10 thn bertahan

      0

      0
    • Anonymous says:

      not him ok…dia dah 10 thn dlm industri ni n sgt bersih dr kontraversi

      0

      0
  3. mark-o-nah says:

    aku tgk dia ni berbakat besar, lebih ok drpd zul ariffin yg hanya bermodalkan badan sado dan senyum senget dia tu. Aku tak heran bila org x nmpk bakat dia sbb public ni mmg suka yg muka cun2 je selalunya. bagi org yg mcm aku ni, aku menilai seni lakonan ni bkn atas dasar wajah, tp how good is their acting…and he’s good. lain org lain penilaiannya…keep it up, bro.

    0

    0
  4. aku says:

    Ungku ismail..aku nampak dia blh pergi jauh dr drama sutun 2 lg..satu-satunya artis yang bijak berkarya…sangat jujur dan ikhlas…tak mudah nak terima tawaran berlakon semata2 nak kejar popular, walaupun dh lebih 10 tahun menjadi anak seni..tapi memilih karya yang hebat untuk dipersembahkan..semoga naiatmu untuk membantu kanak-kanak pesakit kanser diberkati..UIA, hansem with brain!!=)

    0

    0
  5. Dora the explorer says:

    Malaysia sekarang kurang pelakon yg betul2 berbakat mcm dia ni. Dia kurang terkenal sgt sbb dia takde terlibat dgn gosip2 murahan ni. Dan hanya memilih drama/telemovie yang ada good message. Style Beto Khusyairi lah, memilih karya tertentu yg ada moral utk penonton sahaja. I wish he could go farther. Gaya lakonan bersahaja dia ni buatkan saya teringat Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Keep it up, Ku Mail. Kamu telah tunjukkan beza pengkarya yg berilmu dgn yg kurang berilmu. And you’re definitely a well educated one ;)

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Tall and handsome with a heart … low profile tapi lakonan mantap … sesuai jadi calon suami

    0

    0
    • cik munga says:

      ooo ke situ pulak…hehehe apa2pun kalaulah dpt bakal imam i mcm ni bahagianyer hidup

      0

      0
  7. kyralydia says:

    rasanyer x ramai artis2 yg mcm ungku ni. agaknye kalau pelakon lain yg dpt watak tu sure x terfikir mcm ungku terus jer masuk set pastu berlakon. tp ungku ni lain berfikiran jauh dr awalnye cuma nak buat research tuk watak tapi terus terfikir nak bantu anak2 kecik yg malang ni. tahniah ungku. semoga ungku akan terus mcm ni dan mcm ungku pernah ckp karya yg baik akan menghasilkan peminat yg baik. hensem+brain+heart

    0

    0