Written by Bella | March 21st, 2017

Sejak kebelakangan ini, tuduhan mengatakan pelawak Jihan Muse menanggung kehidupannya agak hangat diperkatakan. Tidak dinafikan, pelbagai juga komen negatif netizen mengenai isu ini.

Ungku Hariz akui, beliau agak terkilan dan terasa hati dengan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Namun, beliau enggan tampil untuk mempertahankan diri kerana beliau sudah tahu dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik.

Saya manusia biasa dan tidak dapat lari daripada berasa terguris apabila mendengar gosip itu. Memang saya terkejut apabila ada orang kata hidup saya ditanggung isteri walaupun ia tidak benar. Pun begitu baik saya atau Jihan kami lebih tahu dan tidak perlu saya war-warkan apa yang saya sudah lakukan untuk isteri dan rumah tangga kami.

Seperti Jihan, Ungku Hariz juga berpendapat mungkin populariti isterinya itu menjadi punca beliau dikatakan ditanggung oleh isterinya. Untuk pengetahuan anda, Ungku Hariz terlebih dahulu menapak dalam bidang hiburan sebelum Jihan.

Faktor Jihan lebih menonjol mungkin menjadi faktor tetapi itu bukan satu masalah kepada saya kerana itu adalah rezeki isteri saya. Tetapi Alhamdulillah kami saling memberi semangat kerana sebelum berkahwin pun saya dan Jihan sudah berkawan lama dan tahu permulaan kami di mana.

Ungku Hariz dan Jihan Muse mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2016 selepas sembilan tahun bercinta.

Sumber Berita : mStar Online

32 responses to Ungku Hariz Terasa Hati Dengan Tuduhan Kehidupannya Ditanggung Oleh Jihan

  1. Anonymous says:

    Isteri lebih berjaya daripada suami tak beerti isteri tanggung suami.. ku hariz ni pun banyak berlakon filem drama tv1 2 3 astro.. perasan kewujudan dia dengan tak je.. silap-silap pendapatan dia lagi banyak dari jihan..

    25

    0
    • Pondan Jual Nasi Lemak Vogue Nyah says:

      x perlu dgr kata2 netizen. buat apa yg terbaik utk isteri dan keluarga kamu.

      16

      0
      • Jemah says:

        Tak kisah la sapa tanggung sapa yg penting diorang happy. Tgk zain sadin rileks je dgn che ta tu.

        7

        0
        • satu ofis dengan mak jemah says:

          ada female memang mcm tu suka nak amek tau laki orang gaji berapa? laki orang da submit LHDN ke belum? laki orang bayar bill berapa banyak? duit gaji ko buat apa? kenapa duit gaji ko habis sedangkan laki ko gaji banyak? (padahal nak tau gaji laki orang berapa banyak? so pura2 tanya gaji ko buat apa?) Laki ko anggaran gaji ada dalam 10k tak? semua hal laki orang dia nak amek tau.. bapak mak ko punya gaji pun dia nak amek tau. Adik beradik ko punya gaji pun semua dia nak tau… ini adalah contoh2 soalan mak jemah kerani akaun kat ofis aku yang selalu aku kena hadap… yang lawaknya, orang tak jawab. balik2 tanya. nampak sangat jemah cuolssssss….

          0

          0
    • Happiness katewnyeww says:

      Ramona zamzam tanggung laki dia elok happy je haku nengok..
      Netizen yg kecoh lebih.
      Sama gak dgn cheta & zain..

      2

      0
      • Man Kijang says:

        Nokkk laki palestin ramona nu kaa noksss.
        Dia tu bukannya arab kuat, dah membesar kat europe, dubai & greece segala.
        Bapak laki ramona tu ada biz in china takde maknanya ramona tanggung laki dia cume dierg tu type2 yg humble n idok le 24 jam menayang harta.

        3

        0
        • Ramona alakazam says:

          Sy tak kisah sape kaya, si laki si bini ke.
          Tapi yg pasti sy suka dgn penulisan ramona zam2 dlm Fb dierr.
          Best giler!!!
          Org nya sgt passionate & details..
          Mana nak cari retis yg sudi nak share mcm tu weyhhhh.
          Drpda uolls dok vegossippp kat BN ni baik pegi baca tips2 ramona kat fb dier!

          4

          0
  2. Anonymous says:

    Ungku hariz ni anak orang kayo. takyah makan hasil bini, hasil bapak pon tak habis pakai.

    9

    1
  3. Anonymous says:

    Betul tu. Dia taulah macamana nak tanggung isteri dia. Cuma xperlu di warwarkan dimedia berapa duit yang dia bagi kat isterinya tiap bulan…

    10

    0
  4. anon says:

    kalau memang rasa diiri tak di tanggung tak perlu nak ” terasa hati ” sangatsss…

    0

    21
    • miss kepah says:

      penah tak kau tak salah, tapi org tetap nak salahkan kau…mmg sape2 pun yang kena akan ada rasa kcik ati, terkilan semua, cuma bezanya mcmana kau handle lepas tu. sama ada kau layan perasaan tu atau kau abaikan..

      bagi aku benda ni tak perlu dijadikan isu pun at the first place. hal rumah tangga kot. org xnak cerita hal rumah tangga, dikorek2 smpai lobang cacing,,, sick netizen,.

      18

      0
    • LoLzzz says:

      komen paling bongok abad ini…

      0

      0
  5. @.@ says:

    Persepsi rakyat Malaysia,,biasa la..yg negatif je tlebih byk dlm pikiran dorg..bila la pikiran tu nk maju ke hadapan dgn pandangan yg positif, x tau la..mengata n mengumpat dh sebati dlm jiwa..mmg susah la..agaknya, org yg menuduh tu x kenal ungku hariz ni la kot..

    3

    0
  6. oppa says:

    tolonglah jng terlalu up berita kisah2 rumors yg mcmni,, walaupun xbetul sedikit sebanyak akn menggugat hubungan diorg..jng kacau rumahtangga mereka..nk cari news pun carila yg lain or better don’t spread unsure news esp involving their marriage..sy suke mereka berdua !

    15

    0
    • Fid says:

      Blog if up cerita2 mcm ni berkoyan2 tanggung dosa wei. Takutnya dpt dosa free bila org komen negatif… Kene byk bertaubah ko Nara oi…

      1

      0
  7. sutun kurita says:

    ko laksanakan jek tanggungjawab ko sebagai suami ungku hariz oiii…jgn didengar ckp2 org luar sanun tu..klau ko da buat part ko..tp diaorg ngata jugak..biar lantak diaorg terjun ngn labu2nye..buat sakit kepala ko jek nnti..baik ko trus maju ke hadapan ngn karier ko..yang penting jgn lupa Allah Yang Maha Esa.

    2

    0
  8. melati says:

    biar kan lah org nk kater apa Ungku. yg penting Bini ko cam Neelofa udoh, saya ni pun tgh ketawa Guling2 sampai sekarang ni pasal Neelofa nk masok Forbes magazine ….mcm lew ader berpuloh2 Kilang, tapi tk pernah dgr pun Kilang Neelofa…dr Haritu Neelofa ni suka propa ..aritu just bergambor dgn pokcik2 KPNDKK tapi citer nk serbu kt Oversea lah..apa2 lah..!! saya jamin Neelofa ni pergi kt Opis Majallah Forbes tu untuk Promote konon kaya lah mcm Tony Fernandez..!! .. Neelofa kalau awak baca lah ni saya nk pesan…” Kalau org berak gajah kita jgn Ikut” ko tu cuma hidup kais pagi jew Neelofa , ko tu bukan Mizz Nina..tapi takper Walau apapun say berdoa supaya Neelofa dpt Kucing yg Comel2 untuk peneman bila dh Bangka nanti…kikikiki..

    1

    0
    • Just another human being says:

      Melati, saya bukan peminat Neelofa dan saya tak minat pun artis2 Malaysia malah tak pernah tgk drama melayu samada di TV1, TV2, TV3 atau Astro Prima. Saya nak balas komen anda sbb rasanya apa yg anda tulis hanyà berdasarkan kebencian anda pada Neelofa. Sebenarnya kata2 anda Neelofa ni kais pagi tak betul. Saya sekampong dgn Lofa dan satu kelas dgn mak saudara lofa sebelah bapanya. Mak saudara sebelah emaknya Kartini juga saya kenal. Keluarga Neelofa mmg terkenal di Pasir Mas kerana datoknya ahli perniagaan dan pernah jadi ahli politik. Bapa tiri Neelofa juga bukan sebarangan org tetapi saudara rapat lelaki Melayu terkaya Malaysia ( tak perlu saya sebut nama sbb umum tau siapa billionaire Melayu terkaya Malaysia). Membandingkan Lofa dgn Mizz Nina adalah kurang cerdik kerana Mizz Nina ada cara dia dan Lofa ada cara dia utk berjaya. Apa yg Lofa hendak lakukan, samada nak masok Forbes atau nak masok apa pun itu hak Neelofa. Selagi dia tak ganggu gugat kehidupan anda, biarkan la dia…Anda tu yg patut fikirkan diri sendiri kalau hati penuh iri mcm ni, sapa yg nak jadi peneman anda bila anda dah bangka nanti…Lofa sekurang2 nya bila tua duit dah penuh dlm bank harta dah menimbun…Nasib anda bagaimana…

      0

      0
      • melati says:

        hahahaha….kelakar nya.. memang Neelofa kais pagi…saya tahu lah ..org2 yg poyo kaya ni sebenar nya Kais jew..!!!

        0

        0
        • Just another human being says:

          Kesian kau Melati, rupa tak cantik macam Lofa, tak famous mcm Lofa dan tak kaya mcm Lofa. Kerja takde, dok jadi stalker Lofa nak puaskan hati yg busok tu. Ada jugak manusia mcm ni. Kesian sunggoh mak yg lahirkan anak cacat akal mcm ni…

          0

          0
      • mulut celupar says:

        memang neelofa yang balas komen ni..kuikuikui

        0

        0
        • Just another human being says:

          mulut celupar, LOL. Bertuah kalau Lofa nak baca benda2 bodoh yg tak berfaedah apa lagi nak balas. Takde masa dia nak layan. Lofa berjaya sbb dia pandang ke depan, benda remeh keyboard warriors ni tak jadi kudis pada Lofa. Bulan 12 tahun lepas masa reunion, saya sempat bersembang dgn emak saudara Lofa, katanya pendapatan Lofa sehari hampir sejuta Hmmm pendapatan sebanyak tu ada masa lagi ke nak tengok dan balas komen org yg mentally sick.

          0

          0
  9. Zara says:

    Artis msia ni mentality so low la. When ppl make comments about u, tak pyah la nk justify bende tu btul ke tak. Nmpk sgt tkde kejer. Mulut org tkkn boleh tutup smp kiamat.

    3

    2
    • oppa says:

      kak,,kadang2 wartawan yg minta penjelasan diorang..so diorg terpaksa jgk komen.. bkn semua artis mentality low

      2

      1
  10. Just another human being says:

    Nak sgt kawin celebrity nak sgt jadi celebrity maka kena tanggong la kehidupan sebagai celebrity. Gossip tu makanan celebrity, kalau takde gossip maknanya org dah lupa sbb dah tak famous. Gossip jangan nak yg baik2 happy2 yg menyenangkan hati saja sbb walaupun famous bukan semua rakyat malaysia minat anda. Kate Middleton dan Prince Willam pun mcm2 gossip, apa sgt la anda berdua.

    0

    0
  11. Anonymous says:

    ini pon jadi isu. pergi duduk dlm gua.

    0

    0
  12. Mimi says:

    Cm depa tau dgt hal peribadi pasangan ni.suka depa la nk manage duit depa asal x mengkhinati sape2….

    0

    0
  13. Ap says:

    yang penting nafkah untuk isteri ada yang lain tu boleh kongsi belanja. tak ada masalah. kalau Jihan lebih berkemampuan terpulang dengan dia nak belanja lebih nak gi melancong ke nak belanja hubby dia makan ke…tak yah nak kalut2 nak habaq sapa yang kena tanggung sapa. Life is so short yang penting depa bahagia.

    1

    0
  14. Justice says:

    I thought I’d have to read a book for a diesovcry like this!

    0

    0
  15. I am writing to let you understand what a terrific encounter our girl gained going through your blog. She discovered several details, including how it is like to possess a great helping nature to make other people quite simply grasp a variety of specialized things. You actually did more than readers’ desires. Thanks for presenting the precious, healthy, explanatory not to mention unique tips about this topic to Sandra.

    0

    0

Leave a Comment

Optional