Ungku Hariz Mampu Tanggung Saya, Tiada Masalah Soal Nafkah – Jihan Muse

Hiburan

Ungku Hariz Mampu Tanggung Saya, Tiada Masalah Soal Nafkah – Jihan Muse

Hanya kerana populariti Jihan Muse lebih daripada suaminya Ungku Hariz, beberapa pihak mula mencetuskan spekulasi kononnya Jihan menanggung kehidupan suaminya. Namun, Jihan dengan tegasnya menafikan perkara berkenaan dan menanggap orang luar tidak layak dan mempunyai hak untuk mempersoalkan kemampuan Ungku Hariz.

Advertisement

Sehingga hari ini kami tak ada masalah. Soal nafkah juga tiada masalah, makan, minum, pakai semua cukup. Apa yang patut dia beri semua tak ada masalah. Ungku Hariz mampu sara Jihan. Rezeki siapa yang lebih… itu hal masing-masinglah.

Jelas Jihan lagi, beliau bukanlan seorang wanita yang terlalu tinggi citarasanya dan pengemar barang mewah. Jika beliau teringin sesuatu  Jihan akan berusaha sendiri untuk mendapatkan apa yang dihajati tanpa menyusahkan suaminya.

Saya bukan wanita yang high maintenance. Saya tak guna barangan mewah, saya lebih gemar memilih gaya streetwear. Tapi kalau saya berkeinginan barangan yang mahal, saya ada duit dan boleh beli sendiri.

Mungkin Ungku Hariz jarang muncul di kaca televisyen dan tidak popular seperti Jihan, tetapi siapalah kita untuk menentukan kemampuan seseorang itu?

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Asyraf Manan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...