Umur Kami Jauh Beza, Saya Anggap Dia Seperti Kakak – Syafie Naswip

Hiburan

Umur Kami Jauh Beza, Saya Anggap Dia Seperti Kakak – Syafie Naswip

Hanya kerana satu foto dan  mempunyai hubungan yang rapat dengan Raja Ilya, Sayfie Naswip telah digosipkan bercinta dengan aktres tersebut. Jika sebelum ini Raja Ilya telah tampil menafikan perkara tersebut kini Syafie turut menyangkal dakwaan mereka sedang menjalinkan hubungan istimewa.

Advertisement

Jelas Syafie beliau hanya menganggap Raja Ilya sebagai seorang kakak dan tidak mungkin mereka akan bercinta  kerana faktor perbezaan umur yang agak ketara.

Kami tidak ada apa-apa (perhubungan) pun. Umur kami pun jauh beza dan saya anggap dia sebagai kakak. Dia (Raja Ilya) seorang yang gila-gila dan perkara itu membuatkan kami senang berkawan. Rasa nak gelak apabila orang buat cerita begini.

Foto yang dimuat naik oleh Syafie di Instagram telah menjadi viral apabila beliau menulis kapsyen yang agak manis dan seakan menggambarkan Raja Ilya sebagai teman istimewanya.

There is something about this lady who makes me feel comfortable.

Walaubagaimanapun, Syafie tidak mahu ambil pusing dengan gosip berkenaan kerana beliau dan Raja Ilya tidak menjalinkan sebarang hubungan serius.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...