Written by AbangNara | June 2nd, 2011

umrah ziarah

Sempena menyambut Ramadhan pada tahun ini, Zeelwafa Holidays Sdn. Bhd. (Zeelwafa) membawakan sebuah pakej Umrah Eksklusif Awal Ramadhan, bertemakan Nikmat Ramadhan Di Sisi Baitullah. Turut menyertai umrah ini ialah penyanyi nasyid, serta pengarah muzik dan pengacara rancangan keislaman, Hafiz Hamidun.

Umrah atau ziarah ke tanah suci Mekah amat dituntut sepanjang Ramadhan. Perkara ini kerana ibadat itu dikerjakan di tempat suci iaitu Mekah dan pada bulan mulia, Ramadhan.

Dalam hadis, Rasulullah SAW pernah menjelaskan kepada wanita Ansar, Ummu Sinan mengenai kelebihan umrah pada bulan Ramadhan. Baginda bersabda bermaksud: “Apa yang menghalangmu untuk melakukan haji bersama kami?”

Wanita itu menjawab: “Keldai yang ada pada kami yang satu dipakai oleh ayahnya si polan (suaminya) untuk mengerjakan haji bersama anaknya, manakala yang lain dipakai untuk memberi minum anak kami.”

Dalam hadis lain Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila datang bulan Ramadhan, kerjakanlah umrah kerana umrah dalamnya setingkat dengan haji.”

Jemaah yang mengerjakan umrah pada bulan ini juga memperoleh banyak ganjaran disebabkan meraka mengerjakan ibadat lain di Masjidil Haram iaitu masjid paling mulia di sisi Allah diikuti Masjid Nabawi, Masjid Al Aqsa dan Masjid Kiblatain.

Diriwayatkan, ganjaran pahala mengerjakan solat di Masjidil Haram menyamai 100,000 ganjaran. Ulama mengkiaskan pahala solat seperti dinyatakan dalam hadis itu, bahawa ia turut meliputi ibadat lain seperti Qiamullail, membaca Al Quran dan iktikaf. Di samping mengerjakan ibadah umrah seperti tawaf dan saie, jemaah berpeluang mengunjungi Masjid Nabawi. Dalam hadis lain, Rasulullah menjelaskan, ganjaran mengerjakan solat di masjid itu menyamai 1,000 pahala.

Begitulah besar nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada jemaah-jemaah yang mengerjakan ibadah Umrah di bulan ramadhan.

Pihak Zeelwafa menyediakan pakej Eksklusif yang menawarkan penginapan di hotel lima bintang yang terdekat dengan Kaabah Al-Musyarrafah, iaitu Safwah Hotel Tower, serta penerbangan dari Malaysia menaiki pesawat Emirates. Jemaah bertolak pada 27 Julai 2011 dan berada di sana sehingga 7 Ogos 2011, iaitu pada 7 Ramadhan 1432H.

Sebarang pertanyaan berkaitan Umrah Eksklusif Awal Ramadhan ini boleh diajukan terus kepada pihak Zeelwafa di talian 03-6187 3566 / 03-6193 3566.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 responses to Umrah Ekslusif Awal Ramadhan Bersama Hafiz Hamidun

  1. cik embun says:

    cepat nye mase berlalu… dh nk ramadhan dah..hihi

    0

    0
  2. sekadar komen says:

    mahalnya pakej umrah dia..tmpt lain dlm rm7 ribu je..ambik untung lbh dr 1x ganda dh berdosa..ermm

    0

    0
    • alan says:

      tak jugak dik..
      saya pernah kerja di travel agent…
      sekarang jadi cikgu sebab bukan senang nak bersaing dengan travel agent sekarang yang melambak buat umrah sekarang…
      sebelum kita nak tahu sesuatu pakej tu mahal atau murah, adik kena check beberapa perkara :
      1- jenis airline..selalunya yang agak ok harganya macam royal jordanian atau gulf air…kalau naik 5star punya airline memang mahal sikit lah, kalau nak tahu airline apa yang 5star, boleh check di internet…kalau nak murah, naik airline yang ke india atau pakistan…
      2- jenis hotel…lagi dekat hotel tu dengan masjid, lagi mahal harganya…kalau murah, selalunya jalan kaki sampai 300meter dari hotel ke masjid…atau boleh check samada apartment, hotel 2star atau hotel 5star…
      3- kalau umrah masa bulan ramadhan selalunya rasanya memang agak mahal sikit berbanding umrah masa bukan bulan ramadhan…
      4- lepas tu harga untuk berapa orang pun kena check…kalau dia tulis kat situ harga untuk 30 orang, bermakna kena ada 30 orang dalam pakej tu baru boleh dapat harga tu…kalau lagi kurang orang, macam setakat 10 orang dalam pakej tu, alamatnya memang mahal lah…
      5- pernah dulu ada client mengadu dengan saya, ada satu travel agent ni buat umrah harga murah…dia tulis kat situ, “harga dari RM 4990″….rupa-rupanya banyak lagi perkara yang tak dimasukkan….so, adik kena check betul-betul adakah semua perkara dah dimasukkan…
      6- banyak lagi..tak larat nak type…

      kadang-kadang travel agent ni perkara yang paling dia taknak dengar adalah complain dari customer sedangkan customer nak harga semurah yang mungkin…
      travel agent yang saya kerja dulu ambil untung cuma 100 sekepala, kadang-kadang cuma pulang modal saja sebab dalam kepala ex-bos saya, apa yang penting, client dapat buat umrah dan dia boleh ‘tumpang sekaki’ pahala dari dia ambil untung banyak-banyak tapi last-last client complaint, buat umrah dalam keadaan tak selesa/tenang pun buat apa…

      0

      0
      • xde sluor says:

        betul..setuju!! lg dkat dgn masjid samada madinah atau makkah,lebih mahal.itu tergantung juga pakej bilik berdua,ber3,atau lebih,juga samada ianya hotel atau konsep servis apartment.even di saudi juga di kebanyakan tempat di musim ramadhan dan haji,harga boleh dikatakan semuanya,pasti naik.lebih dekat,lebih mahal,cecah rm8-900 semalam pun ada.juga flight samada trasit atau direct diambil kira dlm harga sebuah pakej.sebab tu jgn tekejut kalau pakej haji vvip smpi berpuluh ribuan ringgit hanya untuk sekepala…..
        skadar bkongsi,masyehhh

        0

        0
        • az says:

          ha’ah lah mkcik aku penah trkena, air zamzam pun tak dimasukn sekali, buku umrah (yg brtali gantung di leher) pun x masuk dlm harga, lepas tu paling die tension kena brmlm di airport pakistan

          0

          0
      • salim says:

        salam bro alan, nak tanya kalau jabatan kerajaan beli tiket, selalunya travel agent beli dulu dan claim pada gov ke? atau waktu beli tu gov dah bagi kelulusan untuk beli dengan budget berapa2, dan travel agent tinggal belikan jer…. so maksudnya klu owner tiket tukar tarikh tiket tanpa pengetahuan jabatan yg urus tiket tu.. agak2 diorang boleh detect tak

        0

        0
  3. medina says:

    jangan menjadi jahil dengan membuat spekulasi sendiri. tak tahu perlu bertanya pada yang arif.

    0

    0
  4. aiwa says:

    tak suke mamat ni. berhutang tak bayar (sebab dah terkena). mohon maaf pun tidak….

    0

    0
  5. Bosnian Serb race murder suspect Ratko Mladic dismissed as obnoxious charges against him Friday during his first appearance at a war crimes judicature.

    0

    0
  6. mamat says:

    tunjukkan bahu cuma time tawaf jer, lepas tu kena tutup balik.

    0

    0
  7. salim says:

    akak sekadar komen,
    saya nak tanya kalau jabatan kerajaan beli tiket kapal melalui travel agent selalunya mereka akan bayar dulu ker atau bila tiket dah di beli baru travel agent claim kat jabatan kerajaan tu… dan saya nak tanya kalau tiket tu dah dibeli oleh travel agent, dan jabatan kerajaan dah dapat inform.. klu individu tu tukar sendiri kat travel agent, jabatan boleh detect tak? tq

    0

    0