Written by Bella | December 12th, 2016

Semalam, pelakon yang popular dengan drama Patahnya Sebelah Sayap, Ummi Nazeera akhirnya memberitahu beliau sudah bertunang selepas beberapa foto majlis pertunangannya tersebar di media sosial.

Ummi bertunang dengan seorang jejak yang hanya ingin dikenali sebagai Mr. I yang merupakan seorang doktor di kediaman keluarganya pada jam 2.30 petang semalam. Difahamkan, Mr. I adalah pilihan keluarga Ummi.

Menurut Ummi, beliau tidak berniat untuk menyorokkan perkara itu daripada peminat cuma keluarganya mahukan sedikit privasi.

Bukan bertujuan mahu menyorokkan hari bahagia ini. Sebaliknya, keluarga mahukan sebuah majlis ringkas dan tertutup yang dihadiri oleh keluarga rapat sahaja. Lantaran itu, saya harus menghormati permintaan mereka yang menginginkan ruang privasi.

Sejujurnya, kami tidak pernah bertemu atau bertentang mata sebelum ini. Saya hanya mengenali Mr. I pada 31 Januari lalu apabila dia menghantar pesanan untuk berkenalan menerusi aplikasi WhatsApp. Sejak itu, kami hanya berkomunikasi menerusi mesej tanpa bercakap atau mendengar suara masing-masing di talian telefon.

Tambah Ummi, beliau terpikat dengan sikap berani Mr. I yang bertemu dengan ibunya untuk lebih mengenali Ummi dan keluar bersama.

Apabila memasuki sebulan setengah perkenalan menerusi mesej, dia akhirnya menelefon saya buat kali pertama sekali gus meluah perasaan untuk bertemu.  Saya mengatakan bahawa dia boleh berjumpa saya dengan bersyarat dia kena menemui ibu saya (Datuk Seri Maziah Musa, 52) terlebih dulu.

Dia cukup berani apabila datang ke rumah keluarga kami untuk berkenalan sambil menikmati makan malam bersama ibu saya. Itu adalah kali pertama kami bertemu. Dan keberanian yang dimilikinya itu menyebabkan saya membuat kesimpulan bahawa dia mampu menjadi ketua keluarga kepada saya.

Hubungan mereka direstui oleh ibu Ummi. Selepas tiga bulan mengenali hati budi masing-masing, Mr. I membuat keputusan untuk menghantar rombongan merisik.  Majlis merisik diadakan dua minggu selepas Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Atas persetujuan kedua-dua belah keluarga, mereka akhirnya mengikat tali pertunangan pada 11 Disember (semalam).

Sumber Berita : Utusan Online

29 responses to Ummi Nazeera Tiada Niat Sorokkan Majlis Pertunangan Dengan Doktor

  1. nok gebuzzz says:

    mmg sepadan sgt..sama berpendidikan,sama cantik,semoga jodoh berpanjangan…ummi mmg ada kelas tersendiri,org yg baik jodohnyer pasti yg baik juga.

    93

    0
    • Zasss says:

      Mcm ni la bagus. Percepatkan benda baik. Tak perlu nak usung sana sini, ‘honeymoon’ sampai luar negara bagai semata-mata nak kenal hati body!

      38

      12
    • minah latoya mulot longkang vazzzz says:

      Sama padan, sama cantik, sama educated. Bagus Ummi plih yg ada kerjaya stabil ni. Dr Izzar ni penah jd senior ak haha. To Neelofa, plih la yg mcm ni. Awak pun educated jgak kan. Jangan plih sama2 artist. Nnti nikah 2-3 tahun dah cerai. Kalau masing2 artist nnti dengki je manjang. Fattah pun bukannya ade career stable pun. Bila dh x handsome, ade ke lg offer berlakon? Sekian

      51

      0
      • Anonymous says:

        Bila masa neelofa educated? Dia grad degree dari oversea mcm ummi ke. Rasa mcm xpadan je nak banding education ummi n neelofa. Perangai lagila x padan nak banding.

        22

        0
    • jelekkk says:

      wow doktor! macam ni baru la padan sedarjat ye tak ummi….barula senyum lebar si datuk maziah musa..menantu doktor you! lepas ni jangan gaduh2 sepak terajang encik tunang tau ummi…jangan ambil “benda” terlarang tau…

      to encik doktor, mohon pandai amik ati & kipas si datuk maziah ya…jangan sakitkan ati anak kesayangan tau!

      0

      20
      • selitashima says:

        Motif ko nk bukak aib org tu? Sah2 die dah berubah 360 darjah jadi orang yg lagi baik. Ko tu bile lagi?dasar jelek

        11

        0
  2. joyah kepoh says:

    She is the most classy and fabulous woman Malaysian artist over all.
    Bukan nelopa yang jual cheap story fatahxneelofa sana sini

    50

    2
    • Anonymous says:

      kau puji je la ummi joyah..dah elok ko dapat pahala, kau minus dosa mengata lofa dgn fattah pulak..alangkah ruginya…aku nasihat jeerr..aku pun suka ummi ni, semoga ke jinjang pelamin dan hubungan hingga ke jannah

      23

      1
  3. Melati Putih says:

    So sweet

    3

    2
  4. Momomo says:

    Hensem dan lawa, dua2 mengaji tinggi, beradap sopan dan berbudi pekerti…sepadan. tahniah, anda baik anda dapat jodoh yang baik.tak payah idau neelopak anda juga sama.

    14

    0
  5. mawar xde duri says:

    Dr Izzar Anwari..sepadan sgt!!

    17

    0
  6. Nina says:

    Wah.. Dahlah handsome, doctor pula tu. Untung ummi. Mcm ni baru lah sesuai buat laki. To neelofa, cari lah laki mcm ni, ada kerjaya ada masa depan. Baru lah satu level dgn neelofa. Ni dah dua artist ni dah dgn doctor. Suami lufyabpun doctor. rezeki masing2. Perempuan baik utk lelaki baik. Ummi nazeera deserve this guy. Handsome and smart. Ni baru handsome with brain. Bertuah badan.

    15

    2
    • minah says:

      nak suruh neelofa cari lelaki macam ni? kau ingat neelofa setaraf ke dengan doktor hah? dulu lagi duk gabang beauty with brain beauty with brain. mana brainnye wehhh kalau nak dibandingkan dgn Dr soo winchi (jgn hang kata bijak tak semestinya ada phd ke ape, hang pi hantar anak gi sekolah tu kenapa)….

      kesimpulannya, sesuai dah neelofa dgn fattah amin tuuu.. jual tudung ngan jual minyak wangi. kbaiiii

      11

      2
  7. Najib says:

    hensem bak hang….hensem dari fattah amin wooo…..bijak plak tu

    6

    1
  8. kepoci says:

    woooih hensemmm tak padan umi tak berapa nak lawa,kalau ngan lopa ngam la

    0

    30
  9. meluataku says:

    alhamdulillah…

    macamni la bagus…
    bercinta tak perlu di-war2 sebeluum ada ikatan yg sah..
    tak perlu heret kesana kemari..kengkonon bercuti bersama segala sebelum kawin..
    org educated ni tak buat benda2 bodoh gitu…

    benda yg baik dipercepatkan utk kurangkan maksiat..

    tahniah Ummi & Dr.Izzar :)

    14

    0
    • cumil jugakk says:

      setujuu… tak mcm setengah retis tu, belum pape begambar bedua bajet sesuitt gitu, baju sedondon, video fefeling suit… pastu tak kena sikit… abis menyindir kasi satu Malaya tahu. pastu dah baik balik caption suit2 plak… mental ke haper..

      ehhh cam ngater jerr nih .. hahahah

      5

      0
      • sisperatisaje says:

        betol…mcm ND tu…bile tah nak kawinnya..bercuti berdua byk kali dah…konon2 akak2 ikut…mmg la ikut..tp sampai sana bilik asing2!! ingat org bodoh ke ape??

        2

        0
  10. Anonymous says:

    Tahniah Ummi, muka cam Abang Bomba lak, buat Wawa x yah lah nak cemburu-cemburu lagi, abg doctor better than ur husband, cari lah suami yg ada masa depan, bukan lah kata kwin sesame artis tu x bahgia cuma takut bila dah x laku, hidup pun jadi suam2 kuku ……

    6

    0
  11. min says:

    sama cantik, sama padan!!

    1

    0
  12. ninakkasitau says:

    Respect U lah Ummi…
    tak riuh sekampong…..
    Dah berTunang baru Pengumuman
    Dgn Doktor Pulak tu!
    Kalau Jodoh Tak ke Mana…
    Semoga ke Jinjang Pelamin dan Kekal Bersama!!

    4

    1
  13. mak c kina says:

    cantik nya ummi…tahniah..

    2

    0
  14. Shhh says:

    baju dia kelakar lah..warna dh cantik…mcm tk sesuai langsung dgn ummi..kenapa tk buat dress labuh je…kecian lah aku tgk…ni mesti dri Rizman Ruzaini…over dorg je lah yg buat…apapun tahniah lah…

    4

    4
  15. Opah kau says:

    Komen kat sini banyak dari individu yang sama. Puji melangit Ummi. Ayat sepesen je. Macam la orang tak tau kisah silam Ummi dan Remy dulu. Kisah Puan Muda bla bla yang buat orang muntah tengok lagak keluarga dia

    2

    7
  16. Bunga Biru says:

    Congrates pelakon cantik kegemaran sy. Dr Izzar Anwari padan sngat ngn ummi. Sempat stalk fb Doktor Izzar ni, bertuah ummi. Semoga mudah segalanya. InsyaAllah..<3

    1

    0
  17. TT says:

    pesal ko nak bukak kmisah silam org plak…cam la artis2 lain tak de kisah silam….

    3

    0
  18. Kiah says:

    Doakan baik2 sahajalah untuk mereka..kita sendiri pon ade kisah silam..so x payah nk judge org mcm diri tu perfect sgt..die dah taubat..dah berubah dah..nie lah dia org zaman skg..asik nk judge org je..jelez plak bile org dh berubah jd baik..

    2

    0

Leave a Comment

Optional