Written by Bella | July 11th, 2017

Bakal bernikah dengan Dr Izzar pada 3 Ogos depan, pelakon Ummi Nazeera memberitahu beliau menolak tajaan perkahwinan yang lain dan hanya menerima satu tajaan sahaja iaitu berinai. Ummi bukanlah ingin menolak rezeki yang diberikan sebaliknya tidak mahu menerima tajaan pada perkara yang dirasakan tidak perlu.

Bukan tak ada yang nak menaja sebaliknya ramai berminat untuk tujuan itu, namun saya hanya terima satu tajaan sahaja iaitu berinai. Bukan tolak rezeki tetapi saya rasa hanya berinai yang saya perlukan sementara untuk persiapan lain, saya dan keluarga boleh uruskan sendiri, InsyaAllah,

Saya berdebar bukan kerana memikirkan soal persiapan majlis sebaliknya berdebar kerana bakal bergelar seorang isteri. Tidak perlulah saya mengulas lanjut tentang perkara itu.

Dalam pada itu, Ummi dan Izzar merancang untuk berbulan madu di dua lokasi iaitu Sabah dan Switzerland selepas selesainya majlis resepsi ketiga perkahwinan mereka yang bakal berlangsung di Dewan Banquet FELDA pada 12 Ogos depan.

Untuk makluman anda, Ummi dan Izzar mengikat tali pertunangan pada 11 Disember 2016 di kediaman keluarga pihak perempuan selepas beberapa bulan berkenalan.

Sumber Berita : mStar Online

14 responses to Ummi Nazeera Hanya Terima Satu Tajaan Perkahwinan

  1. hayam says:

    kesian remy sendu terlepas lubuk emas.

    1

    0
  2. cheta says:

    baru remy bangla ada akai……………kah kha khannnnnn

    0

    0
  3. el says:

    Gadis dan teruna, sama cantek sama padan, like this couple

    3

    1
  4. Anonymous says:

    suka tgk dia nie. sejuk mata memandang.

    4

    1
  5. Anonymous says:

    komen pun takde yg sudi….betulke ada yg nak taja

    2

    5
    • wekkkkkkk says:

      bagus lah x mau, yg menajapun tgok lah org yg mcm mana nk di taja, yg ada title tulis kt kad kawen..mcm DR tu..dh tntu ada duit tu…sbb kalau tgok muka bkl suami, mesti dh ada klinik sendiri..mcm tua sikit, .melenkan masih trikat kontrk dgn gomen…mesti terima je tajaan..

      2

      3
    • Anonymous says:

      Keluarga Ummi ni orang berada tak perlu nak taja..

      16

      0
  6. ATTENTION PLEASE says:

    Tak payah pn ummi nazeera nk amik tajaan tu.. Dia famili semua dh ckup kaya kot…
    Anak org berada. Mak bapak kaya. Tak payah dengan semua tajaan tu…
    Aku lg setuju cara Ummi Nazeera/ Liyana Jasmay/ sape lagi artis2 yg mmg dh kuage kaya..tak payah dhla nk kaut semua sponsor tu.. Kau sendiri pun terlebih mampu…

    Fikir la ckit kt org lain yg kurang berkemampuan ni, korang sibok nk sponsor artis konon utk marketing promosi..sedangkan yg beri rezeki kt korang tu ALLAH. Kalau korg sponsor majlis golongan marhaen ni lg bagus besar pahala.

    10

    1
  7. Anonymous says:

    Pesanan kepada pihak yang ingin menaja – sila taja perkahwinan bakal pengantin yang memerlukan. Semoga business anda semakin maju.

    7

    0
  8. Darling says:

    Pesanan kepada pihak yang ingin menaja – sila taja perkahwinan bakal pengantin yang memerlukan. Semoga business anda semakin maju.

    0

    0
    • wekkkkkkk says:

      bila penaja nk menaja org kaya, maka jika org yg dtg tu merasa makanan / meliht keindahn rekaan, maka org yg dtg tu akan mengambil kad penaja yg dh terletak di sudut makanan, ini business..lpas ni byklh org call penaja tu.

      dn

      kalau penaja nk mnaja org yg x kaya, bila tgok rege, maka org yg dtg tu, berfikir byk kali, ee mahal jugk, ah x mau la, last2 buang je kad yg di bagi tu..

      mana ada org mau rugi.

      0

      1
  9. peratijangantakperati says:

    suka tgk ummi dan pasangan..
    Ummi plak jenis humble .

    moga Allah permudahkan urusan kalian..

    Inshaa Allah

    1

    0
  10. anonym says:

    mukanya tetap kampungan

    0

    1

Leave a Comment

Optional