Uji Rashid Patut Dilayan Dengan Lebih Baik – Aizat

Hiburan

Uji Rashid Patut Dilayan Dengan Lebih Baik – Aizat

Rasaya semua orang tahu tentang kontroversi yang melanda pemilihan penyanyi untuk lagu Terukir Di Bintang ketika AJL27. Pada mulanya, Uji Rashid telah dipilih oleh Yuna sendiri untuk menyanyikan lagu tersebut. Namun di saat akhir, Uji Rashid terpaksa digantikan oleh Aizat.

uji rashid

Advertisement

Apa yang menyedihkan ialah Uji Rashid tidak diberitahu lebih awal tentang penggantian tersebut. Difahamkan Uji Rashid terus menjalani latihan tanpa mengetahui yang khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi. Aizat turut meluahkan rasa kecewanya terhadap layanan yang diberikan kepada Uji Rashid:-

Saya tak tahu dimana silapnya tetapi secara umumnya, pihak yang bertanggungjawab patut melayan penyanyi veteran kita dengan baik. Rasa sedikit kecewa apabila melihat keadaan ini berlaku, janganlah memberi harapan yang tinggi terutamanya kepada golongan veteran sepertinya.

aizat

Abang Nara sokong kata-kata Aizat. Hati orang tua perlu dijaga rapi. Mereka mudah tersentuh. Pasti kecewa apabila apa yang dijanjikan tidak ditepati. Semoga kontroversi ini dijadikan pengajaran buat semua dan tidak akan berulang lagi di masa hadapan.

P.S: Ikan yu sepanjang 12 meter ditangkap.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...