Uji Bakat Terbuka Artis Budaya JKKN (Pemuzik) Esok Dan Lusa (8 Dan 9 Februari 2012)

Uji Bakat Terbuka Artis Budaya JKKN (Pemuzik) Esok Dan Lusa (8 Dan 9 Februari 2012)

Sertai UJIBAKAT TERBUKA pengambilan Artis Budaya JKKN (Pemuzik) esok 8 dan 9 Februari 2012 ini bertempat di Tingkat 24, Bangunan MAS, Jalan Sultan Ismail bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang (pendaftaran peserta uji bakat). Jangan lupa bawa bersama dokumen asal seperti kad pengenalan, resume, gambar berukuran pasport dan 4R serta alat muzik.

Antara syarat-syarat pengambilan seperti;-

Advertisement

1. Warganegara Malaysia berusia 18-30 tahun.
2. Sihat tubuh badan, siuman dan tidak cacat anggota.
3. Kelayakan minima Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau setaraf dengannya.
4. Boleh membaca dan menulis dengan baik, di samping fasih berbahasa Melayu.
5. Mempunyai pengetahuan dalam bidang muzik.
6. Hendaklah berbakat dan berkebolehan dalam bermain alat muzik moden atau tradisional.
7. Boleh berkomunikasi dengan baik.
8. Kemahiran membaca nota muzik adalah kelebihan peserta.
9. Tidak terlibat dengan penyalahgunaan DADAH.
10. Kontrak bersama JKKN selama setahun.


NOTA : maklumat lanjut boleh diperolehi di www.jkkn.gov.my atau menghubungi kami di talian 03-2052 3600.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...