Written by AbangNara | July 24th, 2013

Tinggal 2 minggu sahaja lagi, Hari Raya akan menjelma. Teringat kenangan masa kecik-kecik dulu. Time-time ini mesti tengah sibuk tulis kad raya nak hantar kepada kawan-kawan. Siap beli setem banyak-banyak. Lenguh jugak tangan nak menulis.
cadburyNamun teknologi yang berkembang pesat menyebabkan tradisi menghantar kad raya ini telah ditelan zaman. Rasanya dah dekat 7,8 tahun Abang Nara tak dapat walau sekeping kad raya pun. Sekarang ini trend orang hantar ucapan ikut SMS, Whatsapp dan macam-macam lagi. Memang menyenangkan tapi Abang Nara rasa tak ada yang special mengenainya.
cadburySuatu hari ketika berbuka puasa bersama rakan-rakan, Abang Nara menerima 2 keping coklat Cadbury daripada seorang kawan. Comel sangat coklat Cadbury nie siap ada reben. Ingatkan memang untuk dimakan ketika morey, rupa-rupanya ada mesej istimewa di dalam coklat Cadbury ini.
cadburyDengan pantasnya Abang Nara pun membuka kedua-dua coklat Cadbury ini. Rupanya ada mesej yang ditulis khas di atas coklat ini. Memang terharu dan terkejut Abang Nara dibuatnya. Ini memang suatu yang unik dan tak pernah Abang Nara terima selama ini. Terasa diri ini sangat istimewa.
cadbury
Tanya punya tanya, rupa-rupanya coklat Cadbury dengan mesej istimewa di dalamnya ini adalah bersempena kempena “Say It With Cadbury Raya”. Bagi Abang Nara, ini idea yang sangat awesome. Ucapan Hari Raya Raya menerusi coklat pastinya akan meninggalkan seribu kenangan istimewa kepada si penerima. Kreatif sungguh Cadbury.
cadburyAnda boleh mencuba Say It With Cadbury bersempena Hari Raya di pasaraya Tesco yang terpilih pada 2 hujung minggu (Sabtu dan Ahad) yang seterusnya iaitu 27, 28 Julai dan 3, 4 Ogos. Dan pada 25 Julai ini, khas di Tesco Mutiara Damansara bermula jam 12 – 2 petang, anda berpeluang menjadi orang pertama membuat mesej peribadi dengan Say It With Cadbury Dairy Milk sebelum orang lain sempena Prebiu Eksklusif untuk peminat Cadbury Dairy Milk Malaysia. 50 peminat pertama akan berpeluang menerima bar coklat Cadbury Dairy Milk 175g dengan PERCUMA dan membuat mesej peribadi anda! Best kan?
cadburyTunggu apa lagi? Pastikan anda tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk berkongsi kegembiraan dan semangat Raya bersama orang yang tercinta. Rebut peluang ini sebelum terlambat. Abang Nara pun ingat nak pergi buat satu untuk wife tercinta. Bagi surprise sikit kat dia. Untuk info lanjut , jangan lupa layari Cadbury Dairy Milk Malaysia.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

24 responses to Ucapkan Hari Raya Dengan Coklat Cadbury

  1. minah jambu tukar kaler merah biru says:

    pes hahahahahahhahaha

    0

    0
  2. Nureza Aida says:

    Al Fatihah buat keluarga allahyarham Datin Hajah Umi Kalthum. Industri seni telah kehilangan lg seorang lagenda. Semoga dirahmati ALLAH SWT.
    Sorry out of topic. Berita diperolehi dt tv3 tengahari

    0

    0
  3. izara busuk terkankang says:

    trus pgi bli cadbury!!

    0

    0
  4. izara busuk terkankang says:

    nk jugakkk

    0

    0
  5. arra says:

    ala…sweet nye cadbury tue… mane nak dpt eh….???

    0

    0
  6. minah jambu tukar kaler merah biru says:

    kenape zero zero aje ni komen korang? mari minah jambu like kan ok

    0

    0
  7. nenek asrap says:

    kau hensem ke nara? pelik bebonar aku..

    0

    0
  8. yanto says:

    Hmm kantoi name tulis sndiri…pic 1st xde name tetibe 2nd pic ade plak.. magic.. x surprise pon sbb ni iklan berbayar tp hrpnye jgn la menipu ye.. mcm iklan ambi pur tu nmpk sgt yg komen byk tu adalah palsu… tgok ayat pn tau.. abg nara tkot sponsor lari kot klau xde respon dr viewer.. peace

    0

    0
    • habbatussauda says:

      yg pasal ambi pur tu contest le yanto oii..tu pasal semua memuji2 bagai nak rak mcm lah ambi pur tu satu keperluan sebelum pulang bercuti raya..tapi dah namanya contest kan, ayat2 mengembangkan tekak akan sentiasa beraroma di seluruh statement / iklan tu..aku sesekali pakai gak ambi pur tu, tapi semenjak ada budak cakap pasal daun pandan mewangikan kereta/rumah/opis dia, aku pun try..mmg wangi beb!..so, no more ambi pur or other brand of perfume for my car..daun pandan je senang..murah dan wangi..

      0

      0
  9. huarghhh says:

    nnt org yg jual tu tlg tuliskan ape yg kite nk ckp ea?mcm tu ke?…

    0

    0
  10. Nurul says:

    awat jauh sgt tesco shah alam x nk buat ke?

    0

    0
  11. Anonymous says:

    abg nara kacak??????
    apa dia pk eh????

    0

    0
  12. kakicagu says:

    nak bg coklat kat shah jazle lah

    0

    0
  13. sy penggemar cadbury….pagi tadi masa sahur pon sy makan coklat nie…herm…sedap2

    0

    0
  14. Pakcik Krepok says:

    Nara poyoo..kacak ke melacak

    0

    0
  15. setiap orang suka coklat, jadi sangat berkesan jika ungkapan hari raya dengan Dengan Coklat Cadbury

    0

    0
  16. Haziq Asyraf says:

    teringin nak lihat pandangan artis tentang isu rampasan kuasa di MESIR…sokonglah Dr. Mursi sebagai Presiden Khilafah Islam di Mesir..

    0

    0
  17. Gempakkk!!! sayangnya dah terlepas..kalo tak blh kekonon wat seprais kat yang tersayang dlm aeroplane..nguuu.. apapun..salam lebaran semua!!

    0

    0
  18. Dapat buat gak..last minit…tu yang huruf T takde tu..hehehe

    0

    0
  19. […] Ucapkan Hari Raya Dengan Coklat Cadbury (23) […]

    0

    0