Ucapan Yang Cukup Menyentuh Hati Yatt Hamzah Buat Suami

Hiburan

Ucapan Yang Cukup Menyentuh Hati Yatt Hamzah Buat Suami

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan berita bahawa pelakon Yatt Hamzah telah memfailkan perceraian terhadap suaminya Abdul Mutalib Abdul Shukor.

Walaubagaimanapun, Yatt telah menarik balik permohonan tersebut dan merasa kesal kerana mempunyai niat untuk bercerai selepas beliau dan suami pulang daripada misi kemanusian di Syria. Ini kerana beliau melihat sendiri bagaimana wanita-wanita Syria tetap tabah dan bertahan tidak berkahwin lain kerana ingin ke syurga bersama suami yang telah terkorban.

Advertisement

Ingin terus melayari bahtera rumah tangga bersama suami tercinta, Yatt dalam satu foto terbaru beliau di Instagram turut menyertakan ucapan menyentuh hati buat suami tanpa segan silu.

May this LOVE last till Jannahtul Firdausi?May Allah’s pleasure and blessings always be with us. Ameen??? Selawat dan salam kpd Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat semuanya… “RAHMAT ALLAH PADA SEORANG YG BERGELAR SUAMI DAN ISTERI”

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah saw bersabda yg Bermaksud; Allah merahmati seseorang lelaki yg bgn di waktu malam dan membangunkan isterinya lalu apabila isterinya enggan, lelakinya itu memercik- mercikkan air dimukanya. Allah juga merahmati seorang wanita yg bgn di waktu malam lalu bersolat, dan juga suaminya dan apabila suaminya itu enggan lalu memercik-mercikkan air dimukanya.
(Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud)-Wasallam.

Alhamdullillah, nampaknya sebuah lagi rumah tangga dapat diselamatkan. Kami yakin selepas ini Yatt Hamzah dan suami akan mengambil pelajaran daripada kesilapan lalu. Kami doakan anda sekeluarga akan kekal bahagia sehingga ke jannah.

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...