Written by Bella | November 21st, 2016

Masa berlalu terlalu pantas sekarang, siapa sangka rupa-rupanya pelakon Zahiril Adzim dan Sheira Ayob telah 5 tahun mendirikan rumah tangga. Bersempena dengan tarikh penuh bermakna itu, Zahiril menerusi akaun Instagramnya memuat naik satu ucapan buat isteri tercinta.

Rata-rata peminat yang membaca ucapan tersebut merasa kagum apabila Zahiril amat menghargai isterinya dan meluahkan rasa syukur kerana dapat menempuhi susah senang hidup berumah tangga bersama Sheira.

Ramai yang mendoakan agar perkahwinan pasangan ini akan kekal bahagia sehingga akhir hayat.

Berikut merupakan ucapan penuh Zahiril :-

Happy 5th anniversary @sheraaiyob. 2011 2011. Saat susah dan senang yang hanya kita berdua dan الله sahaja yang tahu, kita redah sama – sama. . Semoga kita terus berusaha dan istiqomah dalam mencari redha الله. Amin. . Aku tersangat – sangat perlukan doa kalian semua untuk kami sekeluarga. Tak mintak banyak, hanya doa. Mungkin dulu aku rasa doa ini cuma sampingan setelah berusaha, tapi setelah kami diajar dan setelah beberapa kebesaran الله telah aku saksikan, hari ini aku takkan underestimate the power of doa. . Trust me, kuasa doa ni real. Yakinlah. Tengok sahaja kalau kita berjumpa orang – orang alim, ustaz – ustaz, di akhir bersembang tu mesti diaorang mintak doakan diaorang. Padahal siapalah kita kalau nak dibandingkan dengan diaorang kan? . Jadi sebab itu aku tersangat perlukan doa kalian. Aku juga akan doakan kalian. Andai kalian doakan kami bahagia, maka aku juga akan balas kalian doa kebahagiaan. Andai kalian doakan aku rezeki melimpah ruah, aku balas dengan doa rezeki melimpah ruah untuk kalian. InshaaAllah. . Terima kasih banyak, aku baca setiap tulisan kalian, inshaaAllah. . Zahiril Adzim

A post shared by Zahiril Adzim (@zahiriladzim) on

InshaAllah, rumah tangga Zahiril dan Sheira akan berkekalan sehingga ke jannah. Dalam perkahwinan perlukan kesabaran, kesetiaan, kejujuran,kepercayaan , cinta, dan toleransi agar dapat mengekalkan rumah tangga yang harmoni.

16 responses to Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Zahiril Adzim Kepada Sheira Ayob Buat Hati Peminat Tersentuh

  1. Pomss says:

    Alhamdulillah, match made in heaven. Such a beautiful couple :)

    29

    0
  2. Mak Jemah Pemalu says:

    Semoga bahagian hingga ke Jannah
    Cume..Zahiril Adzim janganlah berlakon sentuh2 perempuan dah. Tambahan pula korang ada rancangan bual bicara seniri di tv Al-Hijrah. Semoga penghijrahan ini diberkati Allah..amin..

    22

    0
    • minah jambu say no to DRUG says:

      kan bagos kalau korang doa kan zahiril untok jangan berlakon lagi..buat amal ibadat aje kt rumah ngan bini..berlakon kalau tk bersentuhan pegang tangan itu bukan pelakon nama nyeeee…kalau nak berlakon jugak ha pegang watak ustaz atau watak oku ada jugak faedah tk payah pegang2 dudok rengang2 huh !!

      6

      0
      • anon says:

        ade hikmah ko clash dgn kamal adli tu…skrg ex ko xsettle down lg masih lg syndrom down dan dok memujuk minah 3 suku maembong tu… smg bahagia hingga ke syurga..

        6

        0
  3. nok gebuzzz says:

    Inn shaa allah..semoga impian korang tercapai,sentiasa dilimpahi rezeki dan jodoh yg berkekalan…Aamiin…

    3

    0
  4. Sara Rafeeda says:

    Semoga berkekalan hingga akhir nyawa.Dimurahkan rezeki dan di berkati oleh Allah swt.Semoga senantiasa di bawah rahmat Allah swt..????

    4

    0
  5. miss kepah says:

    PASANGAN YANG CUTE DAN COMEL JE

    9

    0
  6. apa pun tak bley says:

    Ucapan yang simple tapi deep sangat.. Tak payah nak meleret2 and meleleh2.. Tak macam sesetengah artis tu yang buat ucapan bajet2 dorang jer couple paling sweet dalam dunia ni.. mamalah.. babalah.. ayanglah.. ucuk acinlah.. pooraahhh..

    9

    0
  7. zila says:

    Kebanyakan artis macam tula,ucapan berbagai,rasanya ucap secara personal dahla..dah wajib semua nak citer dlm
    instagram

    4

    1
  8. ila says:

    Tapi takpala ujung2 tu minta doa dari peminat

    2

    0
  9. . says:

    Tayangla…jgn…dah lama tak tinggal sebumbung dah!

    0

    6
  10. Hamba sederhana says:

    Wahai Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Mulia, seMoga Engkau rahmatilah pasangan ini yang penuh dengan kerendahan hati. Mudah2an dimurahkan rezeki, anak2 yang baik, isteri yang bertolak ansur, serta pengakhiran yang baik. Robbana aatina fiddun ya hasanah, wafil aakhirati hasanah, waqina azaabannaar..amin. SeMoga doakan saya juga..amin.
    Terima kasih

    27

    -1
  11. sekadar btanye says:

    org slalu kata ORG YG TAYG KBAHAGIAAN KT LAMAN SOSIAL HAKIKAT SBENARNYE TAK BAHAGIA PUN.. betul ke?? tanye jee

    0

    0