Written by Bella | March 27th, 2016

Meskipun ada yang menyokong tindakan Lydiawati membelasah pengkid yang dikenali sebagai Sharifah Harnizam Musa kerana sering mengganggu beliau dengan mesej lucah, tetapi ada sesetengah yang kurang bersetuju dan menganggap tindakan Lydiawati itu agak melampau.

Namun, buat Lydiawati tiada siapa yang tahu apa yang beliau terpaksa lalui dan tekanan yang beliau hadapi sepanjang dua tahun ini. Sudah memberikan keterangan kepada pihak polis, Lydiawati menyerahkan segala siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa.

Mereka di luar sana mungkin tidak tahu apa yang berlaku, hanya saya dan keluarga yang terpaksa melalui tekanan yang diberikan wanita ini.

Apa yang berlaku lebih kepada kesabaran saya sudah sampai tahapnya. Jangan risau, saya dan wanita tersebut membuat laporan kepada pihak berkuasa, kita tunggu sahaja hasil siasatan.

Lydiawati juga menafikan dakwaan kononnya beliau sebelum ini mempunyai hubungan cinta bersama pengkid tersebut apabila beliau pernah diminta untuk melangsaikan hutang Harnizam.

Kedua-dua telefon bimbit milik dia sudah diambil pihak hotel dan restoran, jadi dia hanya akan menggunakan telefon orang awam untuk menghubungi saya. Bayangkan nombor telefon saya dijaja oleh dia.

Disebabkan itu juga orang ingat saya mempunyai hubungan dengan dia, jadi ada yang minta saya langsaikan hutang dia. Selama ini saya sabar tetapi bila sampai kemuncaknya, saya terpaksa bertindak kerana dia juga sudah ke rumah ibu saya mengganggu.

Sesiapa pun di tempat Lydiawati akan bertindak sedemikian kerana sudah merasa tertekan menerima pelbagi jenis ugutan. Dalam hal ini, kita tidak boleh menilai tindakan yang Lydiawati lakukan kerana kita tidak berada di tempatnya.

Sumber Berita : Utusan Online

7 responses to Tunggu Sahaja Siasatan Polis – Lydiawati

  1. Anonymous says:

    Tukar je la no phone .ape ssh…

    0

    0
  2. Maizatul mohd says:

    Kalau aku pun aku hantar orang belasah si pengkid. Kecik2 tak nak mampus…

    0

    0
  3. shashamoden says:

    Assalamualaikum kepada semua, x baikkan pengkid tu buat mcm tu. Jhat btul la!

    0

    0
    • hakak nam says:

      ko geng2 pengkid ke apa?.. pukul orang memang x baik.. tapi jadi pengkid pastu bt perkara x senonoh lagi x baik.. kenaa nak tukar fitrah yg ALLAH da jdikan..

      0

      0
      • Anonymous says:

        ko ni tak reti baca ke atau tak paham bahasa? kan shasha cakap pengkid tu tak baik? dah kenapa ko bash dia lak? takleh baca leklok dulu ke?

        0

        0
  4. Adam Levine says:

    makcik ni nak publisiti,
    tp dulu memang mantop makcik ni . . . kalah yg muda sekarang wa cakap lu.

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Tngk gaya kak lisda ni mcm pandai bersilat !!!
    Nasib baik pompan kalau jantan mau buah pelirnya di terajang sampai ke tekak!!!
    Aunmmmm..
    Sabar kak .. Minum air bandung dulu ..

    0

    0