Tun Mahathir Adalah Mentor Saya – Shah Rukh Khan

Hiburan

Tun Mahathir Adalah Mentor Saya – Shah Rukh Khan

Untungnya Shah Rukh Khan mendapat mentor sehebat Tun Mahathir. Pasti banyak nasihat, ilmu dan pandangan yang diterima oleh Shah Rukh Khan daripada Tun Mahathir terutama mengenai kehidupan. Jeles pulak Abang Nara dibuatnya.

shah rukh khan

Advertisement

Untuk yang tidak tahu, Shah Rukh Khan telah terbang ke Kuala Lumpur dengan jet peribadinya untuk hadir ke majlis sambutan hari jadi ke 87 Tun Mahathir. Memang sangat penting nampaknya Tun Mahathir di mata Shah Rukh Khan. Shah Rukh telah hadir bersama dengan isterinya ke majlis anjuran Lord Taylors ini.

shah rukh khan

Shah Rukh Khan akan memastikan yang beliau bertemu dengan Tun Mahathir beberapa kali setiap tahun. Antara kata-kata yang dituturkan oleh Shah Rukh mengenai pertemuannya dengan Tun Mahathir ialah:-

Saya mula mengenali beliau (Tun Dr Mahathir) sejak 15 tahun yang lalu. Sejak mengenali beliau, hidup saya lebih bermakna kerana beliau inspirasi buat diri saya sendiri. Setiap kali bertemu dan berbual dengan beliau, saya rasa cukup senang. Beliau sangat bijak dan mempunyai pengetahuan yang cukup luas dan besar. Saya bertuah kerana dapat mengenali beliau. Dia bukan saja mentor buat saya, malahan merupakan salah seorang individu paling bermakna dalam hidup saya. Saya akan sentiasa membawa prinsip dan falsafahnya ke mana saja saya pergi.

shah rukh khan

Semoga hubungan mesra antara Shah Rukh Khan dan Tun Mahathir akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Lagi 7 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit info portal Murai.

shah rukh khan
shah rukh khan
shah rukh khan
shah rukh khan
shah rukh khan
shah rukh khan
shah rukh khan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...