Written by AbangNara | June 22nd, 2017

Sekiranya anda peminat dunia hiburan tanah air, sudah pasti anda mengetahui kisah cinta lokasi yang paling hangat sekarang ini. Tak lain tak bukan ia adalah di antara Fattah Amin dan Nur Fazura. Kedua-duanya berlakon di dalam drama Hero Seorang Cinderella. Tak kisahlah sama ada mereka benar-benar bercinta ataupun tidak, setidak-tidaknya “cinta lokasi” ini menghangatkan dan menaikkan “rating” drama tersebut.
remy ishak

Baru-baru ini, Remy Ishak menerusi akaun Twitternya, telah menulis satu status yang menyindir para pelakon yang berdrama kononnya mereka bercinta lokasi. Tiada nama disebut di dalam status tersebut, namun rata-rata yang membaca status tersebut berpendapat yang Remy Ishak menyindir Fattah Amin dan Fazura. remy ishak

Tambah menghangatkan lagi keadaan, status seterusnya oleh Remy Ishak telah menyebabkan netizen naik angin.

remy ishak

Akan tetapi, seperti biasa warga Twitter tidak pernah mengecewakan. Ramai yang membalas status Remy Ishak dan mengingatkan pelakon tersebut tentang peristiwa yang pernah terjadi terhadap dirinya satu ketika dahulu. Fuh!!! Memang pedas bila baca. Antara yang menarik:-

remy ishak

remy ishak

remy ishak
habib raya

P.S: Cepat-cepat jangan lepaskan peluang keemasan dan tawaran hebat dari HABIB ini. Khas untuk pembaca Beautifulnara, dapatkan diskaun RM3 untuk setiap gram emas dan pelbagai lagi diskaun dengan memasukkan email anda di 

https://rantaiankasih.habibjewels.com/beautifulnara.  Silalah bersegera ke cawangan HABIB berdekatan anda. Sempat lagi nie nak shopping barang kemas sebelum balik kampung.

_____________________________________________________________________________

Kadangkala kita memang terlupa dengan sejarah hidup kita sendiri. Biasalah tue. Nasib baik ada orang tolong ingatkan. Hehehe. Bagi Abang Nara, cinta lokasi ini adalah satu teknik promosi yang biasa untuk melariskan drama/filem. Apatah lagi jika pelakon-pelakon yang terlibat memang bak pinang dibelah dua. Kalau mereka benar-benar bercinta selepas itu pun, apa salahnya kan? Apa pula pendapat anda?

P.S: Esok lusa dah nak raya dah. Baju raya semua dah siap ke? Jangan pulak korang lebih-lebih macam akak di dalam video di atas. Baju raya sampai 10 pasang. Pagi 1 Syawal baju lain, tengah hari lain, petang lain, malam pun lain. Sehari sampai 4 helai baju raya. Itu memang dah melampau. Raya tue raya jugak, tapi #janganlebihlebih. Ingatlah mereka yang kurang bernasib baik juga. Tak gitu? Lagi video #janganlebihlebih di www.kpdnkk.gov.my.

53 responses to Tulis Status Sindiran “Berdrama Cinta Lokasi”, Remy Ishak Diperli Kembali Oleh Netizen

  1. Mann says:

    Dah la xensem..dok perli org lak. Lg xminat.

    27

    0
  2. anon says:

    Bulan2 puasa ni pun nak perli2 & dengki kat org ke?? Masa ko dah berlalu, tapi jgn lah iri hati kat org pulak. Dulu ko pun naik & jadi pujaan org jgk, tapi takde pun yg dengki dgn ko. So shut up. Hidup kita ni ibarat roda, sekali keatas & sekali kat bawah. Bersihkan hati ye, org melayu ni asek nak dengki je bila tengok org lain lebih. Tuhan dah tentukan rezeki masing2..

    18

    1
  3. Anonymous says:

    Buka aib sendiri.. bila orng sindir harap faham (enough is enough ?)

    11

    1
  4. Anonymous says:

    Fattah and Fazura x perlu nak pura2 Cinlok semata2 nak lakukan drama light2 mcm Hsc tu.
    They are already popular on their own. Their name alone command attention from fans and haters alike. Remy mungkin x faham benda ni sebab he never had this kind of attention from fans…. fattah is most popular actor 2016 and Fazura best actress….xperlu gossip murahan ok…

    55

    1
  5. nok gebuzzz says:

    tak baik bang bulan2 pose ni dengki ngan org…rezeki masing2 kot….nasib la si fattah tu jenis x amik pot,kalau org lain mcm sharnaaz atau yg lain2..kompem ko kena balik…

    41

    1
  6. Pattah Riuk says:

    Bangla Oh Bangla

    13

    0
  7. tena says:

    biarlah dia nak cinta lokasi pun.. dah kenapa panas hati ni? cinta lokasi ni dari zaman pramlee daa.. artis2 luar negara tu pun bnyak cinta lokasi..bkn stakat drama/filem je boeh ada cinta lokasi, dekat ofis, kolej, skolah etc pun boleh jgk jadi cinta lokasi…

    18

    1
  8. Yaya says:

    Hahaha.. Bro, jgn dijolok sarang tebuan. Kan dah kena. Org dari x tahu jadi tahu segala aib ko. Aku selalu pesan, kalau xde benda baik nk cakap, better diam. As simple as that kan.
    Haih la dunia dunia..

    35

    1
  9. Mia says:

    Saya suka tgk remy ishak berlakon & ingatkan remy ni jenis x angkat port hal2 artis lain.. kira x menyibuk la.. u with ur own world.. tp rupanye kepoh jgk ek.. statement nampak ala2 dengki.. jgn la camni.. u had ur fair share in the entertainment industry.. bg la org lain chance nak naik gak.. pttnye sokong sesama artis.. selamat hari raya.. :-)

    26

    0
  10. Cik Jah says:

    X yah ler nak up kan story mengata org or tak puas hati kat rezeki org di bulan yg mulia ni. Aku bukanlah apa…aku kagum sikit ngan fatah tu…dah ramai kot artist dengki mengata dia…but he still maintain his macho; professional and always positive.aku respect. Sebab tu Allah murahkan rezeki dia lagi.

    35

    0
  11. AS says:

    Sekali kita buka aib orang ..10 kali Allah buka aib kita..banyak2lah beristifar di bulan yg mulia ni

    19

    0
  12. Cupcake says:

    nape tiba2 si Remy ni masok campur plak? Nk tarik perhatian netizen la tu

    4

    1
  13. Anonymous says:

    Tak pernah minat perangai si remy ni. Poyo, tak boleh ditegur, perasan diri sentiasa bagus & betul.

    7

    1
  14. Beauty and The Beast says:

    skg ni artis jangan la suka suki sindir2 ya…kena sendiri juga akhirnya..oopsss
    sebab masa zaman gemilang dulu pun sama juga kesnya…hehehe

    14

    1
  15. Jemah says:

    Ala haiiiTak ingat ke ko dok mengengdeng MK dulu? Punya la hit cite tu sana sini ngn MK. MK plak cool je..

    1

    0
  16. Azhar says:

    bro, dulu aku support kau. drama kau sbb kau ada potential but once kau sendiri dah try main budaya perli memerli sorry la bro, aku yg dari x minat fattah amin terjadi minat plak. kau tahu kenapa? sbb org hina dia, mengata dia, alhamdulillah la makin melonjak naik nama dia. kau ckp dia, kan dah kata2 kau kena balik kat diri kau. lain kali, remind urself, kalau x de apa2 benda baik yg nk dicakap senyap je. ur tie me is gone now. bagi la chance nama dia naik. mereka x perlukan publisiti untuk naikkan rating drama. fattah popular, ganding pulak dgn best actress. support cast pun artis2 yg bagus. org akan tergerak hati nk tgk drama ni. kau pahal nk busuk hati sgt

    25

    1
  17. JimatMart says:

    Sblm ni so-so aje ngn fattah, tp bila tgk sikap dia dlm menangani kata2 org dh jd suka kat fattah…he always spread the positivity, dan org kita mmg perlukan inspirasi budaya yg baik mcm ni. Zaman remy dh berlalu, bertabahlah ya

    22

    1
  18. Anonymous says:

    Lagi 5 tahun kita pun dah kian tua lumrahnya sebagai artis zaman populariti pun juga akan dingin dan perlahan lahan berlalu dan tenggelam.

    1

    0
  19. bisobonar says:

    Aku rasa dia bukan kutuk pasal cinlok. Dia kutuk pasal kepura puraan diorg berdua, yg konon2nya cinlok. Padahal diorg x cinlok pon. Diorg buat2 konon2 cinlok utk tarik perhatian peminat. Tu yg dia kata, peminat suka hidup dalam fantasi. Sebab pada remy, walaupun peminat dh tau yg diorg buat2 cinlok, tp diorg percaya je

    6

    15
    • ohAku! says:

      ko diam jela

      9

      1
    • noname says:

      yea betul…aku pun pikir cmtu…dia bkn sebut pasal cinta lokasi…dorg berlakon bercinta hanya untuk HSC saja….tp konon2 cinta sampai luar set. juz untuk naikkan rating. kot2 rating cm fattah n nelofa tu…nmpk sgt kepura puraan. drama sgt. lebey baik buat biasa mcm xde pape…biar peminat yg beria2 nk kenenkan depa…baru reallll…rare…sekian

      3

      2
  20. Juju says:

    Aku tak berapa setuju dgn Remy.sebeb mengata orang kamu pun sama.Drama kamu pun sama taraf je.Drama kisah kemaruk celah kangkang.perosak generasi.Nak mengata org yg sama2 dalam industri lendir.

    5

    1
  21. lolalaaaaaa says:

    dah tak popular macam tu la. attention seeker. HAHAHAHAHAHA. lupa lettew kes kau cinta lokasi dulu2. kesian kau dikkk. nantilah hakak mintakkan dekat michael ang bagi kau job . dah banyak kerja baru kau takde masa nak dengki hati kot. hahahaha

    4

    2
  22. uyun says:

    aku ingat remy takkan terlibat dengan isu remeh macam ni sebab dia antara A-list actor kan.rupanyaaaa sama jugakkkkk.remy,ko pernah lalui zaman apa fattah lalui sekarang ni.so biarkan dia.ini zaman dia..jangan malukan diri dengan berkata benda-benda macam ko buat sekarang ni.relax bro.nasib la fattah tu jenis diam je apa orang buat dia.aku rasa salah satu sebab fattah ni orang suka,cara dia layan fans dia.dan cara dia cool bila orang mengata dia.keep it up fattah.semoga yang baik-baik untuk fattah dan ko jugak remy.

    17

    1
  23. tarabas says:

    dalam 3-4 bulan ni jgn la cakap yg x elok pasal patahamin..
    pengkipas2 dia cepat menggelupur..
    biarkan la dia berada di awangan seketika..
    peratikan jer takut bila da tinggi sgt kalo jatuh…sakit wooo
    silap2 bole hilang dari radar terus..

    7

    12
    • ky_ says:

      I x minat pun Fattah Amin ni.. tapi x perlu kot artis2 lain nak sindir2 dia.. remy ni pun pernah juga cinta lokasi, tapi x da sapa pun nak pertikai.. so, x perlu kot dia nak sindir org lain, sebab kau pun pernah buat.. Fattah ni popular pun sebab dia pandai layan peminat dia, jadi peminat suka… kalau kau jd artis tp peminat kau xnak layan, orang yg minat kau pun boleh jadi xminat sebab sikap kau..

      14

      3
    • Yaya says:

      LOL
      Slh tu. Bukan fatah amin je. Patutnya ko pesan, jgn ckp buruk pasal orang lain.
      Dgn sesiapapun x elok ada penyakit hasad ni. Rezeki masing2. Aku ingat, si remy ni job dh kurang agknye. Tu yg jd attention seeker ni.
      Jap lg ko tengok dia punya respond. “Status sy bukan tuju pd fatah amin.”
      Artis yg kurang daya pemikiran mcm ni, selalunya dia meroyan bagai nk rak dulu, baru guna otak utk fikir. Damage has been done baru menggelupur nk betulkan keadaan. Sbb x tahan dikecam netizen.
      Aku mampu gelak je tgok keadaan sebodoh ini.hahahaha

      5

      1
  24. mia says:

    x faham artis Malaysia yg sakan dok memerli artis lain kalo rezeki orang tu lebih sikit.. Industri ni kecik je ooi.. Jangan la busuk hati kat orang lain. Aku xdela minat Fattah Amin sangat, tapi boleh tngok dia hargai peminat dia cmne..

    by the way, buruk benoo orang laki meroyan..

    6

    2
    • Taiklu says:

      Antara atrtis artis yang hatinya busuk longkak kepada Fattah
      1) sharnaaz laki bini sama dajal
      2) neelofa
      3) nabil
      4) remy ishak

      22

      1
  25. rosaya says:

    kesian..peminat fattah amin bodoh2..pantang diusik ye. Back up bagai nak rakkkk puiii bodohhhh

    3

    17
  26. Milah says:

    Tak minat smuanya…

    5

    1
  27. sutun kurita says:

    ade ke drama/filem yang x de unsur fantasi??x yah nak ckp ” org kita pon memang suka hidup alam fantasi “…bkn ko pon salah sorang penyumbang dunia fantasi ke??sblom ckp ko guna akei yang ade tu..jangan dengki kat org..ko pon pernah lalui zaman kegemilangan dulu..bukak tv balik2 muka ko..belek sotkaba/majalah muka ko jugak..ade beza ke ko ngn c fattah tu…ngaiii..

    7

    1
  28. siapa yg hipo ni says:

    remy ko pi jelah kawin ngan tunang kau tu…
    bajet macam lah kau bagus sgt…

    dulu ngan ummi nazeera? maya karin? tiz zakyah?

    taste kemain lagi.. last2 mak ‘j’ jugak pilihannya….
    bakal bini ngan kau sama2 hipokrit…

    bertudung konon… nampak free hair jer selambak

    3

    1
  29. Anonymous says:

    Kan dah kena setepek. Ngata org lg kan dah kena balik. Lain kali kalo x suka diam2 je. Kalo tgk org tu famous sgt tgk knp sbb dia ada peminat dia yg sokong dia. Sy bkn peminat fattah or remy ni. Remy ni boleh lah berlakon tp kdg2 lakonan dia off jgk. Hensem ke remy ni? Lain mata lain penilaian boleh la dari xda. Sama dgn syukri yahaya. Dr minat jd x minat. Ada zaman masing2 cuma mcm mana cara nk maintain kan je. X yah dengki k

    1

    1
  30. timah leop says:

    aku rasa komen remy biasa2 jer..general kot..
    korang overacting yg dok pikiaq lain..hahahah

    3

    6
  31. gebus gebas says:

    abam remy pnah try ngejas kaka faz tp tak dpt ehh..hihihi

    2

    1
  32. Elle says:

    Mestilah bersebab knp Allah bg rezeki kt seseorg tu mcm tu, sikit or byk depends jugak pd pembawaan diri die. Dlm hati cuma Allah je yg tau. Dan sbb tu lah FA sgt murah rezeki skrg, penah jumpe FA in person n tgk die mmg budak yg behave n family boy. Tgk aje laa background family n parents die cmne, so no wonder laa FA begitu disayangi. Compare to u RI, mmg x same laa. In fact x perlu kot nak perli org cmtu, sbb RI dah ade kt kelas yg tersendiri. Org yg suke memerli ni actually jeles dgn kehidupan org lain n x suke tgk org lain happy. Sorry bro ur zaman dah almost over, now bg laa chance dgn budak baru naik pulak.

    3

    0
  33. Anonymous says:

    Cuba buat mcm abg faizal husein atau beto kusairi atau bront palere. Diorg kool je . X payah bash fattah. Dia ok je x kacau org.

    8

    0
  34. Anonymous says:

    TARABAS 23 jun. aku setuju dg ko. Ye lah kan. Femes la Fattah untuk sekarang jer kerana drama HSC tengah trending. cinta di lokasi atau di tikor mengkuang (red carpet) tu biasa la nak naik rating. Faz yg cantik stylo tu tak kan pilih yang koman koman. Kan kan!!!

    6

    2
  35. Anonymous says:

    Setuju. Cinta lokasi antara hero dan heroin drama lain. Cinta lokasi hero heroin yg bawak gf atau bf ke lokasi dan ” berlebih” tu pula lain. Anyway Cinta lokasi hero heroin ni hanya pura pura. Wake up guys. Jangan obsessed sangat. Ketawa ngekek Faz dan her besties (dlm Face Up W Fazura) tu baca.

    6

    1
  36. Anonymous says:

    Michael Ang. Tolong blikan kasut for Fazura. Adooi why kt london tu pakai rubber shoes (or looks like)) her shoes looks so poyo. Klu sejuk pun bnyk jenis kasut yg lebih sesuai dan cantik.

    0

    2
  37. Anonymous says:

    Aiyaa lain kali shooting musim summer la. Boleh pakai louboutin gituuu

    0

    1
  38. Nano says:

    Fans yg paling kurang cerdik di dunia….teruskan berfantasi dengan artis yg makin sendu…lakonan Remy berjuta kali lebih bermutu dari Fattah

    8

    2
  39. tina fazlita says:

    mat bangla oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sedaq diri boleh!!! hang tu lebih dari lokasi..saip pukui girlpren lagi last last kena pukui!!! kah kahahahh baru ada akai…

    1

    1
  40. Hate this bangla says:

    mamat poyo xsedar diri..menipu kate g indon tp hakikat raya kt cameron..blk jaga nenek ko la wey..lupa daratan

    1

    1
  41. minah lopa gendut says:

    sekarang ni zaman patah amin… zaman fazurah.. nanti-nanti zaman artiste lain baru nak up pulak.. popular ni kejap je dik nun.. pasrah je la.. industri seni ni kecik.. support each other.. ko rasa ko mampu cabar diri ko di hollywood, silakan.. artist dan dunia fantasi berpisah tiada.. artist yang tak reti berfantasi elok jadi penonton saja.. haha

    2

    0

Leave a Comment

Optional