Pelakon Hollywood yang terkenal menerusi filem The Parent Trap dan Mean Girls, Lindsay Lohan khabarnya sudah memeluk Islam apabila bertindak untuk memadam semua foto beliau di Instagram dan menulis ayat Alaikum salam di ruangan bio di laman sosial berkenaan.
Malah, Lindsay juga sebelum ini pernah dilihat berjalan di Brooklyn, New York sambil memeluk Al-Quran sekitar tahun 2015. Dalam satu kenyataan Lindsay memberitahu beliau mahu berubah ke arah yang lebih baik.
Pada 18 Oktober 2016, Lindsay juga aktif melakukan kegiatan amal di kompleks Suriah di Turki lengkap berpakaian seperti seorang muslimah dengan mengenakan jubah dan hijab.
Sebelum ini Lindsay pernah keluar serta masuk ke pusat pemulihan kerana masalah dadah dan ketagihan arak.
Meskipun pelbagai spekulasi hangat telah diperkatakan mengenai isu ini, pihak Lindsay masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi beliau sudah memeluk Islam.