Tujuh Tahun Hidup Bersendirian, Wan Sharmila Teringin Kahwin Lagi

Hiburan

Tujuh Tahun Hidup Bersendirian, Wan Sharmila Teringin Kahwin Lagi

Tujuh tahun bergelar janda selepas gagal dalam perkahwinan sebelum ini, pelakon yang popular menerusi drama 7 Hari Mencintaiku, Wan Sharmila akui merasa sunyi dan teringin untuk kembali bercinta dan berkahwin. Namun, buat masa ini beliau masih belum bertemu dengan jodoh yang sesuai.

Advertisement

Sejujurnya saya kurang selesa hidup seorang diri. Selepas arwah ibu meninggal beberapa tahun lalu, hidup saya semakin sunyi.

Hati saya sentiasa terbuka untuk bercinta dan berkahwin lagi. Sudah tentu saya mahukan lelaki yang boleh mengubah hidup saya ke arah lebih baik.

Terdahulu,  Wan Sharmila digosipkan bercinta dengan Johan As’ari kemudian beliau dikatakan berkahwin secara rahsia pula selepas memuat naik foto imbasan perut di laman sosial.

Wan Sharmila pernah berkahwin dengan Fazli Baharom pada tahun 2007 namun bercerai dua tahun kemudian.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...