Written by Bella | June 9th, 2016

Penghijrahan Stacy yang memeluk agam Islam pada tahun lepas mendapat perhatian ramai khususnya daripada peminat beliau.

Apabila Akim dan Stacy berkahwin, ramai yang menyimpan harapan tinggi untuk Akim terus membimbing Stacy untuk mendekati Islam dengan lebih mendalam.

Namun, ada sesetengah pihak yang kurang sabar dan melabelkan Akim sebagai suami yang dayus kerana membiarkan Stacy tidak berhijab meskipun sudah bergelar seorang Muslim kini.

Jelas Akim, ia bukanlah tugas yang mudah untuk membimbing saudara baru didalam Islam dan orang ramai janganlah hanya tahu menghina mereka.  Akim meminta agar orang lain memahami situasi tersebut dan memberikan Stacy sedikit ruang dan serta masa.

Saya tahu ada pihak yang mendakwa bahawa saya seorang suami yang dayus kerana tidak menyuruh Stacy berhijab setelah beliau memeluk Islam. Bagi saya tohmahan sebegitu tiada asasnya kerana sebagai saudara baru dalam Islam, masih banyak yang perlu dia pelajari. Benar bertudung adalah tuntutan untuk wanita Islam, namun berilah Stacy masa.

Tugas saya untuk mendidik dan membimbing Stacy mendalami agama Islam bukanlah sesuatu yang mudah. Janganlah sewenang-wenangnya melemparkan kata cacian yang tidak berasas kepada kami.

Stacy masih lagi baru ingin mengenali Islam dengan lebih baik dan masih banyak lagi perkara yang beliau harus fahami. Tidak boleh terburu-buru dalam sesuatu perkara dan biar tahu erti sebenar Islam dan berhijab dengan hati yang terbuka.

Sumber Berita : BH PLUS

 

19 responses to Tugas Bimbing Stacy Bukan Perkara Mudah, Jangan Menghina Kami – Akim Ahmad

  1. nok gebuzzz says:

    jgn pedulikan ape org kate,yg penting kita tau dan Allah tau mcm mn cara nak mengajar saudara baru ni…bukan mudah nak mengajar semua benda dlm satu masa,mcm budak kecik jugak…mesti nak belajar A dulu…baru bla bla bla….sabar ye akim n stacy

    0

    0
    • Pekerja Gomen says:

      Kesat sgt kalau nak kata Akim ni lelaki Dayus…
      Stacy tu kalau nak compare dengan kebanyakan Islam sejak lahir… putih lagi corak canvas Stacy tu… tak seberat dosa2 kita ni yg dh kumpul bertahun2.
      Apsal takde sapa cakap laki Nabila Huda dayus?
      Nabila Huda sejak lahir Islam… dia lebih kenal Islam dari Stacy…

      0

      0
      • mualaf says:

        btol..setuju sgt komen kt atas ni. Islam bukan agama paksaan. bagi masa utk dia berubah dan istiqomah. Allah dh beri dh hidayah kt dia, insyaAllah x lama lagi berhijab la dia siapa tahu kan.. doa yg baik2 aje utk dorg

        0

        0
      • Nur says:

        btol2..haa lgi sowg. pehal x ckp awal tue dayus?? bini dia pkai tdung? plzz laaa jgn cpt sgt kondem owg len.. bgi mase. ntah2 1 ari nnti dia lgi muslimah dri kite dik non oiii.

        0

        0
    • kutu says:

      tipical malay…asik nk kondem orang lain.tak sedar diri sendiri banyak kekurangan.org macam ni ade penyakit busuk hati.

      sy pasti akim tau ape yg dia buat.org luar doa yang baik2 pun dah memadai.
      jangan dimaki dihina..
      perancangan Allah lebih baik dan cantik..

      sabar lah akim & stacy..pedulikan kata2 org..sentiasa positif ok!!

      0

      0
      • aaakulahhh says:

        tu le…yg melayu , lahir2 dah Islam berpuluh tahun dah…pakai cam kafir , x tutup aurat, pondan2, pastu pakaian nampak bentuk badan tu…korang dok puja bukan main..contohnya nora danish, fasha sandha, Uqasha senrose & adik beradik, amyra rosli, ruhainies, kakak ruhainies tu, neelofa, makcik2 tua dok belakon x tutup aurat lg, geng2 melati and betina2 anak melayu islam kat one utama, shopping2 complex lain sume tu….last2 ko nak marahkan n mengata mualaf yg baru jek masuk islam…ape jenis muslim bodoh la kome2 ni ek

        0

        0
  2. hihihihihiii says:

    yang komen mesti Islam sejak lahir kan…
    hahahaaaa…diri sendiri perfect sgt ke smpai komen2 saudara baru…???
    kesian la korang………takut2 nnti stacy lebih baik dr korang, jangan menilai keIslaman orang… perbaiki je diri sendiri… Islam pun tak ajar berprasangka buruk pd orang lain….
    korang kutuk…korang pun tak mencerminkan akhlak islam

    0

    0
  3. melati says:

    biar lah , Akim ..!!..janji ko bukan gang pemalas cam org yg kater ko tu..!! kalau citer pasal Hijab ni , kalau nk marah saya suka hati lah..!! Org Arab yg hijab sampai tutup mulut cuma nampak mata jew hanya nk elak pasir byk padang pasir kt sana , tapi org2 yg jenis tabsub sgt pasal agama tutup litup semua..!! pastu kan susah nk makan & bercakap , nk buat keja..!! kalau nk kesyurga pun bukan bertutup sampai ke mata kalau nk kesyurga Hati kita yg penting..!! kalau nk kesyurga sgt Derma kan segala harta ko kt Anak Yatim tinggal kan untuk ko cukup makan sampai ke Tua..tu jewww..!!!

    0

    0
    • lynn says:

      Silap tu. Pakaian yg tutup mata semata2 diikut oleh rakyat kita sebab itu pakaian anak isteri junjungan kita Nabi Muhammad. Mereka nak dekatkan diri dengan mereka. Jaga sikit cakap tu, risau nanti jadi menghina keluarga nabi.

      0

      0
  4. kiahh terompah says:

    eheemmm ehemm yang lahir memang islam pun pakai macam setann . Mentang laa dia ni baru masuk islam drastik korg nak suruh dia berhijab . sekurang kurang nya masa akad nikah dia pakai jugak tudung dari mmg islam takpernah pakai tudung nikah pun xpakai … sudah xpakai tudung pakai baju macam nak malam pertama ngn suami korg . fuck offf !!! doakan yang baik baik sudah .

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Yg islam dari lahir pun tak pakai tudung.. nak salahkan mualaf… Astaghfirullah.. Stacy nak masuk Islam pun kira Alhamdulillah.. Buat kerja sendiri dah lah.. kau kutuk kau confirm masuk Syurga ke?! Alahaii…

    0

    0
  6. Menyampah says:

    Yg islam sejak lahir pun tak berhijab.. hijab atau tidak itu pilihan masing2 jangan nak sebok hal org lain. Itu amalan dia dengan tuhan. Berhijab kalau hati busuk pun tak guna.

    0

    0
  7. Anonymous says:

    betul la pakai smpi nampak mata. nk mkn mcm susah ja. tapak tgn dgn muka ja boleh nmpak kan. kdg pakai celak bagi mata nampak mengoda. hmmm… hanya dia sj yg tau

    0

    0
  8. i X kisah says:

    ABAIKAN JE..YANG MENGATA TU PN BELUM TENTU PERFECT…YANG SEJAK LAHIR ISLAM PN RAMAI X PAKAI TUDUNG..YANG PENTING JAGA TINGKAH LAKU DAN PERANGAI..INSYAALLAH YG BAIK2 LAIN AKAN DATANG KEMUDIAN.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    artis ramai je tak pakai tudung….dorang dh tentu islam dr lahir..moga dorang pun cepat dapat hidayah

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Org tu elok nak mendalami islam,tp org islam sendr sibuk nk kritik mcm2 dia bkn peluk islam dah 3-4 thn smpi nk expectation lbh dr tu,bg le peluang somi dia bimbing dia pelan2,somi dia pun tahu tanggungjwb nk didik isteri dia sbg seorg islam..

    0

    0
  11. missv says:

    yg sedia islam pun ramai tak bertudung…kaki clubbing…tergedik sana cni terbang tudung…ni yg baru peluk islam dah kecam macam2…

    0

    0
  12. Hanis says:

    Allah tgk hati. Yg tuduh org dayus sebarang tu sah2 hati busuk berulat. Stacy and akim….teruskan istiqamah. Jgn biar org yg busuk hati kacau hidup korang.

    0

    0
  13. panda says:

    marsya lagi seksi dari stacy laki dia tak kena dayus pon *rolls eyes* relek2 sudahla meleis oi. tak suka takpayah tgk. kutuk2 sendiri rambut gerbang2 kena tiup angin. wadehel?

    0

    0